Thursday 23 May 2013

Perhimpunan SuaraRakyat505: Maklumat Terkini dan Muktamat: Perhimpunan SuaraRakyat505 akan tetap diterus

Khamis, 23 Mei 2013
Perhimpunan SuaraRakyat505 akan tetap diterus
Perhimpunan SuaraRakyat505 akan tetap diterus
Perhimpunan SuaraRakyat505, 25 Mei 2013 akan tetap diterus

Perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pemimpin SAMM; Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat.

"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Kerajaan Rakyat


CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI

Kenyataan Terbuka
23 Mei 2013 (6.05pm)
Terdapat spekulasi yang mengatakan pengasas SAMM che'GuBard telah ditahan. Ternyata spekulasi ini tidak benar dan sehingga jam 6 petang ini, che'GuBard masih bebas dan sedia untuk bersama rakyat dalam himpunan #SuaraRakyat505 yang dijadualkan bermula dalam masa 48 jam dari sekarang.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua rakyat supaya tenang dan fokus bagi menjana persediaan terbaik untuk turun ke Himpunan #SuaraRakyat505.

Ayuh turun beramai-ramai, selamatkan negara ini dan nyahkan SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya. Jumpa semua di Padang Timur depan Amcorp Mall Petaling Jaya.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

Posted by Edyes Reduan at 6:12 PM

Terkini...Alamak.. Biar betul Polis Diraja Malaysia Di hadapan Pusat Tahanan Jinjang petang tadi selepas 3 pemimpin ditahan
Written By canang on Khamis, 23 Mei 2013 | 5/23/2013 08:08:00 PTG
Di hadapan Pusat Tahanan Jinjang petang tadi selepas 3 pemimpin ditahan
iAlamak.. Biar betul Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) ni?? Takkan dah tangkap pemimpin rakyat, timbul perasaan takut sangat pada rakyat? Benarlah kata orang Melayu! Berani Kerana Benar Takut Kerana ....!!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena