Monday 20 May 2013

GST: Rakyat diperas untuk BN terus boros & Bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta mencapai penyelesaian luar mahkamah..

Isnin, 20 Mei 2013
GST: Rakyat diperas untuk BN terus boros
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan yang nekad mahu melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada kadar 7 peratus dilihat satu lagi projek untuk menekan rakyat sedangkan pada masa yang sama pemerintahan BN meneruskan sikap boros mereka.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika GST dilaksanakan pada kadar 7 peratus, menunjukkan kerajaan BN kini dalam keadaan begitu terdesak.

"Dengan kenyataannya baru-baru ini menunjukkan Kerajaan BN yang baru ini begitu tamak dan terdesak mengurangkan kadar defisit dengan menaikkan cadangan asal dari 4 peratus kepada 7 peratus iaitu hampir sekali ganda. 

"Malah kadar itu dilihat lebih tinggi dari kadar cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada sebanyak 6 peratus sahaja," katanya.
Menurut Nasrudin, sekalipun kerajaan BN mahu meningkatkan pendapatan negara, tidak perlulah menekan rakyat yang sedia terbeban dengan sedemikian rupa.

Katanya, masih terdapat banyak lagi cara lain khususnya dengan menukar dasar pentadbiran boros kepada yang lebih berjimat cermat.

Ianya termasuk penguatkuasaan kutipan Cukai Pendapatan yang perlu dibuat secara telus serta kutipan hutang kepada sektor swasta dan korporat khususnya dari kroni-kroni BN wajib dibuat secara jujur. 

"Kita tidak mahu hutang korporat dihapuskan begitu sahaja atas faktor menjaga kepentingan kroni seperti yang Kerajaan BN berikan kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, dimana hutang korporat MAS berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja sedangkan peminjam PTPTN dikejar sampai ada yang disekat ke luar negara dan dibawa ke Mahkamah kerana gagal membayar hutang.

"Pendedahan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen sebelum ini, bahawa delegasi Perdana Menteri yang melawat London, New York dan Washington tahun lepas sahaja sudah mencecah RM 3 juta amat mengejutkan rakyat sedangkan anggaran sebenar bagi lawatan di tiga tempat ini hanyalah RM 400 ribu. Jika pembaziran seperti ini di teruskan oleh pemimpin BN, sampai bila pun negara akan terus mengalami belanjawan defisit," katanya.
Harakahdaily.
Tajudin selesai kes hutang RM589 juta luar mahkamah
Tajudin

PUTRAJAYA - Bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai

penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Peguam Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian tersebut dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.

Sehubungan itu, Lim berkata Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang
dinamakan dalam tuntutan balas beliau.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel itu, kemudian memutuskan untuk membatalkan semua rayuan berkaitan.

Selain itu, panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, memerintahkan Tajudin membayar sejumlah RM15,000 kepada beberapa responden sebagai kos perundangan dan RM5,000 lagi kepada kerajaan Malaysia bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.

Pengurusan Danaharta, Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd serta pegawainya bagaimanapun tidak menuntut kos perundangan.

Terdahulu, Lim memaklumkan panel itu Tajudin dan Danaharta berjaya mengatasi semua permasalahan yang dihadapi kedua pihak berhubung terma penyelesaian.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Lim untuk menangguhkan prosiding sehingga hari ini bagi membolehkan Tajudin dan Danaharta mencari
penyelesaian berhubung 'masalah kecil yang muncul pada saat-saat akhir'.

Berbekalkan semangat penyelesaian luar mahkamah yang dicapai hari ini, Lim meminta semua pihak terbabit menanggung kos perundangan masing-masing bagi
prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kecuali Danaharta, responden lain tetap mahukan Tajudin membayar kos perundangan mereka.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus
kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Jan 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

Responden lain ialah pentadbir khas Naluri Corporation Bhd iaitu Mohamad Raslan Abdul Rahman, Ooi Woon Chee dan Gan Ah Tee serta syarikat Telekom
Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Technology Resources Industries Berhad, Celcom (Malaysia) Sdn Bhd, Commerce International Merchant Bankers
Berhad (CIMB), Atlan Holdings Bhd, Atlan Properties Sdn Bhd, Multi Esprit Sdn Bhd, Datuk Seri Adam Sani Abdullah, Datuk Ong Kim Hoay, Datuk Khalid Mohamad
Jiwa, Datuk Ong Kar Beau, kerajaan Malaysia dan Naluri Corporation Berhad.

Dalam penyataan tuntutannya, Tajudin berkata beliau diarah Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) membeli 32 peratus
kepentingan dalam MAS bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian dalam tukaran asing.

Pada prosiding hari ini, Lim turut memaklumkan mahkamah bahawa Tajudin kini dalam proses menyelesaikan beberapa kes lagi yang membabitkan rayuan beliau
terhadap pihak lain termasuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.

Lim berkata selepas kes saman antara Tajudin dan Danaharta berjaya diselesaikan, anak guamnya kini berharap perkara sama dapat dicapai dalam kes
beliau yang lain.

Katanya, beliau akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding rayuan dalam kes berkaitan. - Bernama/
WARTAWAN SINAR HARIAN 
14 Februari 2012


Ameno World

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena