Tuesday 21 May 2013

RAKAMAN GAMBAR BAPA ADAM ADLI BERJUMPA DENGAN ANAKNYA DALAM LOKAP...

Selasa, 21 Mei 2013

BIARKAN GAMBAR BERBICARA.

Rakaman gambar yang mengisahkan seribu bahasa...Terima Kasih kepada pihak PDRM kerana mengizinkan bapa kandung Adam Adli berjumpa dengan anaknya.

Kelihatan Adam Adli sihat dan bersemangat sekali...itu kata-kata bapa Adam Adli kapada rakyat.
Posted by OMAK KAU!!!! at Tuesday, May 21, 2013

zorro


Adam Adli Disoal Siasat 8 Jam Selama 2 Hari

Adam Adli Abdul Halim disiasat selama dua hari berturut-turut dan tidak diberikan bantal mahupun selimut untuk tidur, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri yang melawat aktivis siswa tersebut hari ini.

Fadiah, yang bertemu Adam Adli bersama bapa pemuda tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid, di pusat tahanan reman Jinjang pada jam 1.30 hari ini berkata mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbuat demikian.

"Selepas menunggu untuk beberapa lama, saya dan bapanya dibenarkan untuk bertemu Adam. Pengerusi bersama BERSIH (Datuk) S Ambiga, yang turut hadir, tidak dibenarkan bertemu,” katanya.

Tambahnya, beliau dan Abdul Halim kemudiannya berjaya menemui Adam Adli, dalam ruang yang dipisahkan dengan satu panel kaca.

Panel kaca itu menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi apabila beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya itu.

Peguam itu berkata Adam memberitahunya bahawa anak muda berknaan disiasat dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan Isnin, manakala polis mengemukakan soalan yang sama berulang kali.

Fadiah juga berkata Adam memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan berulang dan memberitahu pegawai penyiasat berkenaan untuk menonton rakaman video ucapannya.

Siswa berusia 24 tahun tersebut, yang digantung pengajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan atas ucapannanya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei.
- malaysiakini/Posted by jeebond at 5:57 pm

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena