Friday 24 May 2013

Gatai mulut gi puji, tapi PAS buat petisyen bantahan buat apa?

Sabtu, 25 Mei 2013


Dewan Ulama PAS masih kolot, apasal?

Tulah, gatai mulut sangat apasal? Dah tahu akhbar musuh akan spin, gi buat cerita kat depa sapa suruh?

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini. 


Menurutnya lagi, "Perkataan ditegah tidak menggambarkan perkataan yang tepat. Apa yang beliau tegaskan ialah beliau menasihati agar ahli PAS melakukan kerja kerja yang lebih memberi manfaat dalam usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat untuk berhadapan pilihanraya yang akan datang."

Kalau diselusuri kenyataan Harun Taib, mungkin beliau bersetuju kalau perkataan yang digunakannya ialah 'Ahli PAS TIDAK DIGALAKAN sertai perhimpunan'  atau mana yang lebih dipersetujui oleh Harun Taib ~ 'Ahli PAS TIDAK DITEGAH sertai perhimpunan'

Dua tajuk cadangan saya itu mempunyai implikasi yang berbeza.Aku berani jamin, Harun Taib tidak setuju dengan tajuk ~ 'Ahli PAS TIDAK DITEGAH sertai perhimpunan' Itu persepsi aku ...Memang aku pun gatai mulut !

Geli hati pula bila dia kata 'kesal'...Adooi....Tak kan selama ini dia tak tahu peel akhbar musuh yang kerjanya selalu spin kenyataan korang?

Tak gatai mulutkah bila pi cakap, "Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya, ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti" (Orang tak ajak ko pergi ke perhimpunan tu pun....orang faham ko tak berapa sihat dan pakai kerusi roda...)

Orang dok kutuk dan bantah kelaku SPR yang bacul dengan penipuan 505, dia pi puji pula apasal?

" Keputusan yang dibuat oleh 13.1 juta pengundi pada pilihanraya umum lalu, perlu diterima dengan hati yang terbuka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik" begitulah yang ditulis akhbar musuh. Lihat diatas tu yang dalam kotak merah.

Gatai mulut gi puji, tapi PAS buat petisyen bantahan buat apa?

Harun Taib jangan sekadar buat penafian.Kalau laporan akbar itu fitnah, pergi buat report polis dan saman.Apa guna PAS ada Asmuni Awi dan Hanifah Maidin?

Sepatutnya, pada fikiran aku lah, kalau Harun tak setuju dengan cara orang muda buat protes BLACK OUT 505 tu, sebagai Ketua Dewan Ulama, buatlah cara yang mungkin lebih Islamik.

Bukankah lebih bermakna sekiranya Dewan Ulama menganjurkan perhimpunan munajat ~ minta tuntutan petisyen yang Pakatan buat tu  Allah kabulkan.

Buatlah di seluruh negara sebagaimana perhimpunan BLACK OUT 505 buat.Jangan sekadar suruh ahli-ahli buat sendiri-sendiri kat surau-surau atau di markas masing-masing.

Tapi aku pujilah Dewan Pemuda PAS AJK PAS Pusat yang kini menyokong Himpunan Black Out 505 yang akan diadakan di Amcorp Mall , petang esok, 25 Mei (Sabtu) Kenyataannya lihat di sini 

Kami ahli-ahli dan penyokong PAS semua gembira diatas perubahan tersebut walaupun Dewan Ulama'nya masih dalam kolot.

Cuma nak mengingatkan, jangan pula nak hijack program yang ditaja oleh 60 NGO dan SMMM # Suara Rakyat 505...

Catatan Oleh alhusseyn pada 12:00 am

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena