Monday 20 May 2013

Pemuda MIC & Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati...HINDRAF ditatang Najib..!

Isnin, 20 Mei 2013
KIMMA meroyan pasal HINDRAF ditatang Najib..!


Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang secara terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tempat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Perlantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam. Malah KIMMA menyebut pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, berkata bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf, macam mana boleh dilantik mewakili Hindraf.
Adakah Waytha sebagai mandur India terbaru..? Apakah dia bakal dinobatkna sebagai "Samy Vellu" baru bagi masyarakat India Malaysia..? Nampaknya KIMMA akan tersisih lagi jika tiada seorang pun wakil mereka dalam kabinet.

Nampaknya kesatuan puak India kian parah, walaupun mereka sedikit tapi mereka amat bercelaru. Mereka ada MIC, ada HINDRAF dan ada KIMMA! Belum masuk PPP dll lagi...

KIMMA Pulau Pinang merayu PM  mempertimbang  melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet 
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.

"Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.

Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000 orang.
- Bernama
MIC pulak tak puas hati bila Hindraf dilantik...

Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.
"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan.

"Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.
Posted by Kedah Lanie at 5:57 PM/FRIDAY, MAY 17, 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena