Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Monday, 4 March 2019

[Video Mira minta Dr M bawa Anwar masuk kabinet] Tendang Umno keluar BN antara pilihan MCA, MIC.

Isnin, 4 Mac 2019
KiniTV
Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad merombak kabinet supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibawa masuk sekali gus mengatasi isu kabinet yang dianggap lesu. Memetik Malaysiakini, Setiausaha Agung Mira, R Kannan, berkata dengan adanya Anwar dalam kabinet Dr Mahathir, presiden PKR itu boleh diberikan peranan khusus membantu kerajaan. Kenyataan itu dibuat ketika Pakatan Harapan mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam pilihan raya kecil selepas PRU ke-14. Pada Sabtu lalu PH gagal mempertahankan kerusi DUN Semenyih apabila ia dirampas semula oleh BN - yang disokong PAS - dengan kelebihan hampir 2,000 undi. Bagaimanapun untuk rekod sejak mengambil alih Putrajaya daripada BN pada 9 Mei 2018, PH sudah memenangi empat PRK sebelum Cameron Highlands dan Semenyih, iaitu untuk kerusi DUN Seri Setia, Sungai Kandis dan Balakong, serta kerusi parlimen Port Dickson. Kata Kannan, dengan membawa Anwar menyertai kabinet juga Mahathir berpeluang membuktikan bahawa beliau masih berpegang kepada perjanjian mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum PRU tahun lalu. Mira sebagai rakan strategik Pakatan Harapan turut mendakwa terdapat beberapa menteri ketika ini dilihat tidak cukup berkemampuan menjalankan tugas yang diberikan.

Tendang Umno keluar BN antara pilihan MCA, MIC

Gabungan baru yang diusahakan MCA dan MIC mungkin tidak melibatkan penubuhan badan baru, kata seorang pemimpin kanan BN.
Sebaliknya, kata pemimpin yang enggan namanya disebut itu, kedua-dua parti itu mungkin cuba menyingkirkan Umno, yang kini dilihat lebih berminat dengan kerjasama bersama PAS.
"Kenapa perlu MCA dan MIC keluar BN? Kita mampu, boleh pecat Umno daripada BN. 
“Sebab kami( MCA dan MIC) dua parti. Umno cuma satu," kata sumber itu.
Katanya, memang Umno lebih kuat dalam Dewan Rakyat, tetapi keadaan dalam parti berbeza sama sekali.
“Tetapi, di dalam BN, MCA dan MIC lagi mantap," tambah beliau.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 12 April 2016

Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno? Peliknya DAP pulak dihentam kuat..."Akhirnya hero datang".

Rabu, 13 April 2016
Page Liked · April 11
 
"Saya rasa forum sebegini tidak mendatangkan apa2 kebaikan..", kata Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yg beragama islam..

Anda nilaikanlah sendiri siapa sebenarnya dia...
Akhirnya hero datang dan menyelamatkan suasana tegang. Maka tamatlah sebuah drama minggu ini.

Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Ruzaihan Junit


Prof. Dr. Ramasamy adalah seorang individu dalam DAP. FB postingnya adalah atas kapasiti individu. MIC, HINDRAF dan MCA adalah organisasi. Penentangan mereka adalah dalam bentuk organisasi.

Peliknya DAP dihentam kuat. Manakala hentaman terhadap MIC, HINDRAF dan MCA hanya sayup². Mengapa? Apakah MIC, MCA & HINDRAF adalah belaan Umno maka mereka tidak boleh disentuh?

Atau mungkinkah apa yang dikatakan oleh Khalid Abdul Samad bahawa ada orang yang mengambil kesempatan dari isu ini untuk kepentingan politik? Rasanya begitulah. Kerana selain DAP, AMANAH juga menjadi cercaan. Walaupun yang membatalkan program itu adalah IGP di bawah KDN yang mana Zahid Hamidi dari Umno adalah menterinya.

Aku mengutuk kenyataan Prof. Dr. Ramasamy. Tapi dalam masa yang sama aku tidak gemar dengan perbuatan menjadikan ini sebagai isu politik. Jangan bersifat hipokrit dalam isu ini.

Pun begitu, perlu diingat MCA, MIC & HINDRAF tidak lagi mewakili suara majoriti kaum Cina dan India. Kaum Cina dan India sekarang bersama PARTI BERBILANG KAUM DAP. Maka kita sebagai orang yang beriman jangan menghalakan api kemarahan secara borong. Ramai dari penganut Hindu, orang India dan Cina yang tidak mempunyai masalah dengan kehadiran Dr. Zakir Naik. Berhati² apabila menulis komen dan posting.

Selain dari itu, mari periksa diri. Kita membenci orang bukan Islam menggelar ulama kita. Pernah atau tidak kita berbuat perkara yang sama kepada agamawan mereka? Malah lebih teruk lagi, ada antara kita yang menggelar sesama muslim dengan gelaran yang buruk.

Ramasamy telah menyatakan kekesalannya. Tetapi orang Islam yang memberikan gelaran buruk kepada orang Islam yang lain, jangankan meminta maaf, menyesal pun tak pernah. Lebih jelek lagi, mereka berbangga dengannya. Apakah ini akhlak Islamiyah yang diperjuangkan?

Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu


1.Menjawab ungkapan "khadam DAP" dengan "khadam UMNO" tidak perlu .

2. Kerjasama Amanah dan DAP serta Keadilan melalui Pakatan Harapan, baru berusia sekitar tujuh bulan, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu-membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia.

3. Sedangkan kerjasama PAS dengan DAP jauh lebih panjang dari itu. Sepanjang kerjasama itu PAS tidaklah menjadi khadam sesiapa. Ianya sekadar kerjasama politik.

4. Begitu juga Amanah, mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan DAP dan Keadilan serta Gerakan Selamatkan Malaysia adalah difikirkan satu pendekatan lebih baik untuk masa depan rakyat dan negara.

5. Melawan kerajaan yang rasuah dan menindas, cukup diyakini oleh Parti Amanah Negara sebagai suatu tuntutan Islam.

6. Terpulang kepada PAS merencana teman politik mereka dan kita harus berubah kepada politik nilai dari politik label-melabel.

7. Moga Amanah dapat terus memacu kehadapan, kerana kita hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan.

Adly Zahari
Pengerusi
Amanah Melaka.
KDL
Read More

Monday, 20 May 2013

Pemuda MIC & Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati...HINDRAF ditatang Najib..!

Isnin, 20 Mei 2013
KIMMA meroyan pasal HINDRAF ditatang Najib..!


Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang secara terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tempat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Perlantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam. Malah KIMMA menyebut pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, berkata bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf, macam mana boleh dilantik mewakili Hindraf.
Adakah Waytha sebagai mandur India terbaru..? Apakah dia bakal dinobatkna sebagai "Samy Vellu" baru bagi masyarakat India Malaysia..? Nampaknya KIMMA akan tersisih lagi jika tiada seorang pun wakil mereka dalam kabinet.

Nampaknya kesatuan puak India kian parah, walaupun mereka sedikit tapi mereka amat bercelaru. Mereka ada MIC, ada HINDRAF dan ada KIMMA! Belum masuk PPP dll lagi...

KIMMA Pulau Pinang merayu PM  mempertimbang  melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet 
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.

"Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.

Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000 orang.
- Bernama
MIC pulak tak puas hati bila Hindraf dilantik...

Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.
"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan.

"Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.
Posted by Kedah Lanie at 5:57 PM/FRIDAY, MAY 17, 2013
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena