Tuesday 26 June 2018

[Video LANGSUNG: Sidang media Pengarah JSJK umum nilai barang rampasan berkait 1MDB] Briged KibaranBendera (Blogger BJ) berehat sebentar mulai hari ini, akan di update dari London, Scotland, Ireland, Paris, Brussels, Frankfurt & Amsterdam sehingga Ogos nanti.

Rabu, 27 Jun 2018

Hasil carian imej untuk gambar Brigedkibaran bendera
Gambar terbaik rakan blogger BJ PRK Kuala Kangsar.
Hasil carian imej untuk gambar Brigedkibaran bendera
Hasil carian imej untuk gambar Brigedkibaran bendera
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk gambar Brigedkibaran bendera
Santai politik bersama rakan2 blogger di Taman Meru.
Hasil carian imej untuk Gambar Paris

Hasil carian imej untuk Gambar Amsterdam
Read More

[Video Pergh! Najib Menyanyi 3 Lagu Cinta ❤️ Siap Gelek Sakan Tak Ingat] Pasti Datin Rosmah Tak Senang Duduk, Nilai Rampasan Bakal Terjawab Esok (hari ini Rabu, 11am) & ROS KENA TURUN PADANG kerana Umno masih sembang kencang sangat.

Rabu, 27 Jun 2018

Pasti Datin Rosmah Tak Senang Duduk, Nilai Rampasan Bakal Terjawab Esok!


Foto Suara Rakyat.
JIKA BENAR Umno miliki aset berbilion ringgit yg boleh menggerakkan parti, KENAPA penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula bulan lepas ??!

KEKAYAAN UMNO berbilion ringgit itu digunakan utk apa sebenarnya ??!
Pemerhatian dan semak² rekod mesyuarat termasuk temubual secara rambang..

1)Adakah Bahagian keluarkan arahan secara bertulis atau tidak kepada cawangan² 
berhubung medyuarat yang perlu di adakan?
2) Notis mesyuarat,  mencukupi tempoh atau tidak?
3) Notis mesyuarat ditandatangani oleh siapa?
4) Cukup korum atau tidak?
5) Bahagian nengesahkan mesyuarat walau tidak mengikut peraturan?

Gejala² di atas sedang berlaku.

Umno jangan sembang kencang tiada pergolakan di cawangan dan semua 
mesyuarat sempurna.

Read More

[Video Wartawan Berkampung Di Jalan Langgak, Spekulasi Najib Ditangkap!] TIMES UP UNTUK NAJIB...TATAPI Bukan Main Lagi Najib boleh menyanyi & menari di Majlis Hari Raya? Rosma hanya mampu nengok Najib menyanyi & berjoget aje.

Rabu, 27 Jun 2018

Aku jangka didakwa Disember 2018.

Bukan Main Lagi Datuk Seri Najib Menyanyi & Menari di Majlis Hari Raya

Datin Seri Rosmah Hanya Tengok Najib Menyanyi & Berjoget


Read More

[Video 'KAMI TAK SIOR!' kata PH Perak & Ramai Penyokong Pas Hilang Keistimewaan Selepas PRU14] SIAPAKAH Kak ROS SEBENARNYA? Masa Anda Sudah Tiba...APA JADI KEPADA Umno SEKARANG? Apakah Umno akan lebih ketinggalan berbanding Pas! Seharusnya Umno juga akan mati akhirnya?

Rabu, 26 Jun 2018


Foto Suara Rakyat.
SIAPAKAH ROSMAH SEBENARNYA ?

Hasil wawancara dengan penyiasat dan mereka yang rapat dengan isteri perdana menteri yang disingkir, Najib Razak, akhbar berpengaruh itu mengatakan ketaksuban Rosmah mengejar kemewahan adalah faktor utama yang menyebabkan korupsi menjarah kerajaan pimpinan Najib.

Seorang individu yang dipercayai penyiasat AS memainkan peranan penting dalam skandal 1MDB- dan dikatakan membantu pembelian berlian untuk Rosmah- menganggarkan nilai koleksinya mencecah AS$350 juta.

Masa Anda Sudah Tiba...

JIKA BN BERKUBUR, APA JADI KEPADA UMNO? APAKAH UMNO AKAN LEBIH KETINGGALAN BERBANDING PAS?


Secara kasarnya BN ketika ini sudah pun mati dan sedang menuju tanah perkuburannya berikutan kekalahan mengejut pada pilihanraya 9 Mei lalu.

Secara mendadak, daripada 13 parti komponen bersamanya, BN kini hanya tinggal 3 parti saja lagi - UMNO, MCA dan MIC.

Selepas parti-parti di Sabah dan Sarawak dan kemudian myPPP berbuat demikian, beberapa hari lalu, Gerakan pula memutuskan untuk meninggalkan BN.

Dengan hanya 3 parti bersamanya, bermakna BN kembali kepada kedudukan asal sewaktu Perikatan mula-mula ditubuhkan dahulu dan menjadi persoalan kini ialah sampai bilakah MCA dan MIC mahu terus kekal berada dalam gabungan itu?

Apakah mungkin MCA dan MIC akan turut mengikut jejak langkah Gerakan selepas ini?
Kedudukan BN bertambah malang apabila beberapa pemimpin UMNO sendiri merasakan BN tidak sesuai lagi sebagai sebuah wadah perjuangan politik untuk menghadapi masa depan.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang bertanding Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berkata, BN kini bukan lagi produk yang boleh dijual serta mampu menarik perhatian rakyat.

Sehubungan itu, beliau mahu tumpuan hanya diberi kepada usaha memperkukuh UMNO terlebih dahulu.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden UMNO, Annuar Musa juga senada dengan mengadakan BN sudah tidak relevan dalam kancah politik negara susulan kekalahannya pada pilihanraya 9 Mei lalu.

Beliau juga mahu UMNO diperkuatkan terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk membentuk sebuah gabungan baru yang lain.

Kalau UMNO tak dikuatkan, jangan fikir ada orang mahu berkawan dengan kita atau soal membentuk gabungan baru, ujar beliau lagi.

Sementara BN sudah tidak berfungi dan mahu dilupakan begitu saja, bagaimanakah kedudukan UMNO dalam persaingannya untuk menandingi Pakatan Harapan?

Apakah dengan tinggal sendirian, UMNO mampu terus mengekalkan survivalnya?
Mahu tidak mahu, harus diakui, apabila UMNO ingin melupakan BN dan mahu menguatkan dirinya saja, ia lama kelamaan akan menyebabkan MCA dan MIC semakin jauh hati atau ditinggalkan dan akhirnya akan keluar sendiri daripada BN.

Dalam waktu yang sama, dengan hanya UMNO yang diberi tumpuan dan BN dilupakan, UMNO akan berisiko menjadi seperti Pas yang perjuangannya hanya tertumpu kepada orang Melayu semata-mata.

Tanpa kuasa dan wang, mampukan UMNO terus bernafas dengan lancar atau kedudukannya selepas ini lebih ketinggalan berbanding Pas?

Dalam keadaan hanya Melayu diberi tumpuan,  apakah rakyat ada keyakinan kepada UMNO untuk kembali berkuasa semula dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia atau lama kelamaan parti itu semakin ditinggalkan oleh ahli-ahlinya sendiri?

Bagaimana jika semakin ramai ahli dan pemimpin UMNO akan keluar parti dan meninggalkan parti itu, tidakkah UMNO juga akan mati akhirnya? (ShahbudinHusin 26/06/2018)
Read More

[Video Parlimen; Penggal ke-14, dijadual pada 16 Julai ini – 90 MUKA BAHARU & TAKLIMAT AHLI PARLIMEN BERLANGSUNG HARI INI] Husam menang saman fitnah dakwaan seleweng tanah.

Selasa, 26 Jun 2018



Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan saman dan tuntutan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa terhadap seorang bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, hari ini.
Peguamnya Hisham Fauzi berkata, saman fitnah yang difailkan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor itu dikemukan terhadap Masri Che Yusoff susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .
"Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar yang mana tuduhan ini dinafikan anak guam kami.
"Semasa perbicaraan kes ini tuduhan salahguna kuasa dan kedudukan Husam semasa menjadi exco kerajaan negeri Kelantan termasuklah pemberian tanah berkenaan kepada satu syarikat yang dikatakan Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak telah ditimbulkan di dalam keterangan Masri," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Bagaimanapun Hisham berkata, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas.
Che Masri merupakan ahli jawatan kuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan.
Jumlah gantirugi ditaksir mahkamah
Justeru katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Negeri, Datuk Ahmad Bache’ dalam penghakiman beliau mengatakan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi kes fitnah dipenuhi.
"Dengan itu mahkamah membenarkan tuntutan Husam dengan kos RM10,000. Jumlah gantirugi pula akan ditaksirkan oleh mahkamah selepas ini," jelasnya.
Sebagai rekod perbicaraan penuh kes tersebut berlangsung selama empat hari pada 7 dan 14 Februari lalu dan 5 dan 15 April lalu sebelum hujahan lisan di akhir kes dijalankan 14 Jun lepas.
Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan turut diwakili peguam Faiz Fadzil, manakala Masri pula diwakili peguam bela, Wan Rohimi Wan Daud.
Mk.
Read More

[Video Saya datang sukarela, bantu siasatan SPRM isu 1MDB] Boleh dia kata 'TakTahu?' Kalau Bapak Penyamun, Anak Ikut Jadi Perompak & Tun M: Dasar perkasakan Melayu mesti diteruskan.

Selasa, 26 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Tak usahlah nak salahkan orang lain. Cermin-cerminlah diri tu dahulu. Di kementerian sendiri pun terpalit dgn skandal penyelewengan ratusan jutaan ringgit pon boleh kata #TakTahu ??!

Kalau Bapak Penyamun, Anak Ikut Jadi Perompak.

Dasar perkasakan Melayu mesti diteruskan - Dr M

Beberapa dasar untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu, khususnya bagi merapatkan jurang antara mereka dengan bangsa lain bakal diteruskan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam temu bual dengan Channel News Asia, beliau berkata dasar itu sebahagian daripada usaha mengelakkan konflik dengan kumpulan etnik lebih kaya seperti Cina sedangkan orang-orang Melayu memerlukan bantuan, seperti contoh dalam bidang pendidikan di luar negara.
"Semasa di United Kingdom, saya berjumpa dengan beberapa pelajar Cina di sana. Mereka di sana kerana ibu bapa mereka mampu membayar uran pelajaran mereka.
"Tetapi saya dapati kebanyakan ibu bapa pelajar Melayu, tidak mampu untuk memberi pendidikan universiti untuk anak-anak mereka," kata Mahathir.
Beliau berkata sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini terlibat dalam perniagaan manakala orang Melayu pula terdiri daripada penjawat awam dan mereka yang makan gaji serta mendapati adalah terlalu mahal untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara.
Untuk merapatkan jurang ini, Mahathir berkata, lebih banyak biasiswa perlu diberikan kepada pelajar Melayu.
Beliau mengulangi bahawa dasar berterusan membantu orang Melayu tidak bermakna bahawa kerajaan hanya mementingkan orang Melayu tetapi potensi konflik tercetus lebih besar apabila terdapat perbezaan dalam masyarakat.
"Yang kaya, sangat kaya, dan yang miskin, sangat miskin ... kamu mengundang konflik.
"Tetapi apabila orang kaya tergolong dalam satu bangsa dan golongan miskin pula bangsa lain, potensi konflik lebih besar,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, ada bahagian dan bidang tertentu yang tindakan afirmatif masih perlu dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kami telah mengurangkan jurang antara orang Melayu dan kebanyakkan orang Cina, tetapi ada bidang tertentu yang memerlukan kami memberi orang Melayu sedikit dorongan," katanya.
Mk.
Read More

Monday 25 June 2018

[Video Tun M: PH TAK TERIMA MP Umno lompat parti] PM Jawab Isu Lim Guan Eng Guna Bahasa Mandarin & Guan Eng cuma silap kecil.

Selasa, 26 Jun 2018

Sidang Media Tun Dr Mahathir Jawab Isu Lim Guan Eng Guna Bahsa Mandarin



Isu bahasa: Guan Eng cuma silap kecil – Dr M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penggunaan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai kesilapan kecil.
“Ini kesalahan kecil. Saya tidak mahu jadikan isu. Kadang kala kita buat salah.

“Untuk audiens Cina, dia akan keluarkan (kenyataan) dalam bahasa Cina, itu saja,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau tidak menghuraikan lanjut maksud “kesilapan” itu.
Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina, yang mencetuskan kritikan meluas.
Berdepan semua itu, Lim petang, melalui kenyataan dalam bahasa Melayu sahaja, menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan kebangsaan tetapi akan menggunakan bahasa lain di media sosialnya.

Beliau juga berkata akan menggunakan Bahasa Mandarin dalam komunikasi bersama akhbar Cina.
Mk.
Read More

[Video Menteri Paling Sempoi] Tetiba muncul 'murid' bernama Maszlee di meja berlubang? Ni lah peninggalan gomen UmnoBN kepada gomen PH! Adakah Najib & mereka yang bersetongkal dgnnya akan terlepas dari undang2 slps PH memerintah?

Selasa, 26 Jun 2018

Peninggalan gomen UMNO/BN kepada gomen PH. Tu tak tengok tandas pelajar lagi...
Image may contain: one or more people, people sitting and text
Tumpang sekole.
Foto Suara Rakyat.
Ketika Najib berkuasa mana2 kes mahupun skandal yg berkait pembunuhan Altantuya, skandal seleweng dana 1MDB dan kes2 berprofil tinggi yg libatkan pemimpin2 Umno/BN dgn segera kes tersebut ditutup & 'dibersihkan', KENAPA ??!

KENAPA 2 unsur utama dlm kes pembunuhan Altantuya, motif pembunuhan dan dalang sebenar tidak dibicarakan sebelum ini ??!

Adakah slps Umno/BN kalah PRU14 dan hilang kuasa, Najib & mereka yang bersetongkal dgnnya akan terlepas dari undang2 slps ini ??!

Biar masa & ketentuan Allah yg akan menentukan segala2nya...

Tiba-tiba muncul 'murid' bernama Maszlee


Semalam bukan hari biasa buat murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam yang mula masuk ke kelas setelah lebih seminggu bercuti sempena hari raya Aidilfitri.
Manakan tidak, mereka dikunjungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tiba-tiba muncul di kelas mereka.
Tanpa diiringi guru sekolah, beliau dilihat masuk melalui pintu belakang bilik darjah kira-kira pukul 8.30 pagi bagi melihat sendiri sesi pembelajaran.
Melalui rakaman berdurasi 21 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, guru yang sedang mengajar terkejut selepas melihat Maszlee sebaik berpaling daripada papan putih.
Guru tersebut lantas ketawa. Maszlee yang memakai baju batik berwarna merah putih kemudian meminta kebenaran untuk duduk di situ bagi melihat proses pembelajaran.
Menerusi rakaman video di Instagram pula, beliau dilihat menyampaikan pesanan kepada para pelajar.
“Belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu dan buat baik pada ibu bapa,” katanya menerusi video yang dimuatnaik seorang pegawai khas Maszlee.
Maszlee yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum terjun ke dunia politik adalah anggota parlimen Simpang Renggam.
Menurut pegawai khasnya itu, SK Simpang Renggam tersenarai dalam sekolah yang memerlukan penambahbaikan bangunan dan bilik darjah.
"Menteri pendidikan berbesar hati untuk membantu SK Simpang Renggam dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan sekolah itu," katanya lagi.
Sekolah yang sudah berusia 73 tahun itu mempunyai lebih 1,000 pelajar dan perlu mengadakan dua sesi persekolahan.
Malaysiakini.

Read More

[Video Noor Azmi: Kerajaan tak paksa sesiapa bayar GST!] Masih ingat ka! MP Bgn Serai ni lah semasa era Najib Umno penyokong tegar GST & Kami berharap, jangan terima kemasukan spesis2 ini ke dalam PH.

Isnin, 25 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

#BreakingNews.. Ahli Parlimen Bagan Serai umum keluar UMNO, BN !!

MASIH INGAT, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali inilah semasa di bawah BN penyokong tegar GST dgn kata2..

"Bayar GST satu amal jariah" -28/5/2015

"Kerajaan tak paksa rakyat bayar GST. Kalau tak nak bayar GST beli barang yang tiada GST" -28/5/2015

"GST tidak pernah susahkan orang" -29/10/2017

KENAPA BILA UMNO HILANG KUASA & hilang punca kewangan baru nak keluar Umno ??!

Kami berharap Pakatan Harapan amnya dan BERSATU khususnya tidak akan terima kemasukan spesis2 ini ke dalam PH.



Foto Suara Rakyat.



Saz Ham Jika YB ni mohon masum PPBM atau mana2 ahli parti dalam PH...mohon JANGAN terima permohonan. Biar dia jadi YB Bebas. Dalam masa yang sama... pecat dia sebagai Pengerusi LLM. PH mesti jelas dalam hal ini. Keluar UMNO bukan lesen utk terus jadi Pengerusi LLM atau dapat keistimewaan!
Read More

[Video Menteri mahu Finas kaji semula pemberian dana] Ho ho hooo, 1MDB TANGKAPAN DAH BERMULA! Apasal pembantu yg kena Najib bila lagi? Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram.

Isnin, 25 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Bekas pegawai khas Najib Razak direman 7 hari..

Beliau diambil keterangannya semalam SEKALI SAHAJA.. hari ini terus direman 7 hari.

TETAPI..
Najib Razak diambil keterangannya sbyk TIGA KALI.. masih bebas hingga hari ini..

Foto Suara Rakyat.

#BreakingNews.. Bekas pegawai khas Najib Razakdireman 7 hari ??!

SIAPAKAH DIA YANG BERGELAR 'DATUK' ITU ??!

Jika sebelum ini (semalam) beliau telah diambil keterangan (sekali sahaja) DAN HARI INI PULA TERUS DIREMAN kerana menerima RM2 juta dari akaun peribadi Najib, KENAPA PULA YANG MEMBERI RM2 JUTA ITU NAJIB TIDAK PULA DIREMAN ??!

Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram

Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula menjadi tumpuan selepas terdapat dakwaan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit yang melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2018

SIASATAN kes pengubahan wang haram terbesar di Malaysia dibuka minggu lalu melibatkan semakan ke atas lebih kurang 1,000 nama, termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan keluarga Razak, kata sumber.
Senarai nama yang disiasat itu termasuk ahli politik Barisan Nasional (BN), pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam, yang disyaki menerima wang dari akaun peribadi Najib yang mengandungi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselewengkan. 
"Senarai namanya panjang, sangat panjang. Suspek yang sudah dijangka dan sejumlah ahli keluarga, saudara-mara, ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan sebagainya… hampir 1,000 nama," kata seorang peguam yang arif tentang siasatan berkenaan.
The Malaysian Insight difahamkan polis sudah menulis kepada institusi kewangan di negara ini untuk mendapatkan maklumat mengikut Seksyen 48 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Di bawah peruntukan undang-undang itu, pendakwa raya boleh membenarkan penyiasat untuk mendapatkan maklumat mengenai rekod perbankan, saham, akaun perbelanjaan, memeriksa kandungan peti deposit selamat dan meminta sebarang maklumat berkaitan.
"Ini bukan kes mendapatkan waran. Ini tentang pihak berkuasa yang ada kuasa memanggil pegawai bank dan meminta maklumat," kata sumber lain.
Difahamkan senarai mereka yang disiasat sama dengan senarai mereka yang mendapat wang daripada lima akaun bank Najib dengan AmBank Islamic melalui beberapa transaksi pada hujung 2014.
Beberapa peguam yang disiasat termasuk mereka yang pernah mewakili Najib dalam beberapa tindakan mahkamah serta mewakili Umno ketika Najib jadi presiden parti itu dan perdana menteri.
Antara mereka yang mengaku menerima wang dari Najib ialah adiknya, Nazir Razak, pengerusi Kumpulan CIMB dan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad.
Sarawak Report melaporkan pada Ogos 2015, Shahrir mendapat RM1 juta selepas pilihan raya umum 2013 manakala Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mendapat sekeping cek berjumlah RM2 juta.
Najib, yang menafikan semua dakwaan, kini disiasat antaranya oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan melibatkan skandal 1MDB.
Beliau juga menafikan tahu mengenai duit dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, yang masuk ke akaun banknya. Beliau mendakwa akaun itu dikendalikan oleh Nik Faisal Ariff Kamil, ketua pegawai eksekutif SRC International.
Perkembangan ini menyusul selepas BN yang diterajui oleh Najib kalah dalam pilihan raya umum pada 9 Mei kepada Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan dalam kemenangan bersejarah itu.
Dr Mahathir kini jadi perdana menteri sekali lagi selepas letak jawatan 15 tahun lalu. Sejak jadi perdana menteri, Dr Mahathir mengarahkan agar siasatan dibuka semula terhadap skandal 1MDB yang menyebabkan kerugian negara sehingga RM53 bilion.– 25 Jun, 2018
TMI.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena