Monday 18 June 2018

[Video Bank Jepun agak positif Dr M nak pinjam yen, kata duta] Amirudin Shari MB baru Selangor? Menjelang angkat sumpah MB S'gor, Dr Idris terpalit dakwaan penipuan pulak.

Selasa, 19 Jun 2018


Teka-teki siapakah bakal pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor hampir terjawab apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Tua, Amiruddin Shari berkemungkinan besar mengisi jawatan penting itu.
Kemungkinan itu berikutan Amiruddin, 38, dilihat keluar daripada Istana Alam Shah di Klang selepas dipercayai menghadiri majlis raptai penuh upacara angkat sumpah jawatan menteri besar kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Bagaimanapun usaha Bernama mendapatkan komen daripada Amiruddin gagal setelah beliau enggan memberhentikan kenderaan yang dinaikinya, sebaliknya hanya melambaikan tangan ke arah sekumpulan wartawan yang menanti di luar perkarangan istana.
Terdahulu, beliau yang hadir pada majlis mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir Azmin sebagai menteri besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut.
Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor terpaksa melepaskan jawatan menteri besar yang disandang berikutan pelantikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Amiruddin ketika dihubungi enggan mengesahkan mengenai desas-desus beliau akan dilantik sebagai menteri besar dan sebaliknya meminta semua pihak menunggu majlis angkat sumpah jawatan yang akan diadakan esok.
"Saya akan sahkan (calon menteri besar) esok,"katanya.
Amiruddin adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
Azmin hari ini mengesahkan mempersembahkan satu nama daripada parti itu sebagai calon menteri besar bary kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.
Selain Amiruddin, seorang lagi calon yang disebut-sebut dilantik menteri besar adalah ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad.
-Bernama

Menjelang angkat sumpah MB S'gor, Dr Idris terpalit dakwaan penipuan




ADUN Ijok Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penipuan wang Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebuah kolej swasta yang mempunyai kaitan dengannya.
Menurut Idris, dakwaan itu menyatakan bekas ketua pegawai operasi kolej tersebut telah membuat laporan terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan.
Idris bagaimanapun berkata, beliau telah menghubungi ketua pegawai eksekutif kolej itu yang memberitahunya mereka tiada sebarang masalah dengan PTPTN mahupun Kementerian Pendidikan.
Idris membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.
"Saya telah merujuk peguam yang meminta saya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya (kerana) penyebaran berita (dakwaan) ini boleh menjejaskan maruah saya sebagai wakil rakyat.
"Saya menafikan terlibat seperti didakwa berita yang disebarkan, ia tidak benar dan memfitnah saya," kata laporan polis itu.
Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi Malaysiakini juga mengesahkan menerima laporan itu.
Idris akan mengadakan sidang media pagi esok bagi menjelaskan perkara itu. Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang menganjurkan sidang media itu menyifatkan dakwaan itu bertujuan menjejaskan peluang Idris untuk dilantik menjadi menteri besar.
"Sidang media berkenaan motif menjatuhkan maruah dan imej baik Idris daripada dilantik sebagai menteri besar," dakwanya.
Idris adalah salah seorang daripada tiga calon berpotensi untuk menjadi menteri besar Selangor.
Dua lagi adalah ADUN Sungai Tua Amirudin Shari dan ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin.
ADUN Sungai Tua Amirudin Shari merupakan calon pilihan bagi jawatan itu menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjadi menteri hal ehwal ekonomi.
Beliau dilihat keluar dari Istana Alam Shah petang tadi, di mana upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena