Monday, 18 June 2018

[Video The Malaysia Election & Opposition Victory Explained | NowThis World] MANA YANG LEBIH PARAH? Pemilihan Umno atau Pergeseran Anwar dgn Kumpulan menyokong Tun? Anwar jangan gopoh!

Selasa, 19 Jun 2018

Hasil carian imej untuk Gambar MO1 kena penjara

MANA YANG LEBIH PARAH?


Antara
Pemilihan umno yang akan mengujudkan dua team kecuali Zahid menarik diri

Atau

Pergeseran Anwar dan kumpulan yang menyokong Tun,  penyokong Tun nampaknya kurang senang dengan butir cakap dan pergerakan Anwar.

Posted by 

Hisham saran Mahathir PM satu penggal, Anwar jangan gopoh

Hishamuddin Rais percaya Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berundur setelah beliau menggariskan langkah menyelamatkan negara. — Foto oleh Azneal Ishak
Hishamuddin Rais percaya Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berundur setelah beliau menggariskan langkah menyelamatkan negara. — Foto oleh Azneal Ishak

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Walau asalnya pengkritik tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, aktivis politik Hishamuddin Rais berpendapat beliau wajar diberi peluang memimpin negara selama satu penggal.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 itu turut mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri menunggu, agar “tidak gopoh” untuk mengambil alih jawatan itu.
Mendekati Dr Mahathir menjelang perhimpunan besar Bersih 4, bagi menentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Ogos 2015, Hishamuddin percaya Dr Mahathir sedia berundur setelah beliau menggariskan langkah menyelamatkan negara.
“Saya punya pandangan satu penggal. Tempoh ini OK, satu penggallah,” katanya, yang terlibat sangat dekat dalam kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH), dalam wawancara dengan ProjekMM hujung bulan lepas.
“Kita mesti ingat, Anwar tidak akan [arah isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri] Wan Azizah [Wan Ismail] berhenti pula. Ia nampak gopoh. Jadi tidak perlulah.”
Hishamuddin berkata rancangan gerakan rakyat mengangkat Dr Mahathir dulu demi kebaikan Anwar juga apabila mengambil alih jawatan itu kelak.
“Anwar di dalam penjara [sejak Februari 2015 hingga Mei lalu], beliau tidak tahu perjanjian kita dengan rakyat. Kita hendak menobatkan beliau juga, beliau tidak sedar, beliau prasangka.
“Beliau ingat kita hendak tinggalkan beliau, itu yang berlaku,” katanya, bekas pemimpin mahasiswa era 1970-an yang dekat dengan Anwar, khususnya ketika mendukung Gerakan Reformasi hujung 1990-an.
Kenyataan aktivis ini dibuat sebelum bekas timbalan perdana menteri itu menyatakan “ada hikmah” tidak memimpin negara saat ini yang terpaksa mendepani pelbagai masalah berat.
“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan,...” katanya dalam satu wawancara dengan Invoke Malaysia awal bulan ini.
Sebulan lalu, sejak Anwar diberi pengampunan penuh, tercetus pelbagai tanggapan beliau tergesa-gesa mahu menggantikan Dr Mahathir walau perdana menteri sejak berkempen awal tahun ini memberi tempoh lebih kurang dua tahun.
Sementara Dr Mahathir pula, hujung minggu lalu, tidak ingin menetapkan tarikh khusus, boleh jadi tidak sampai tempoh tersebut atau mungkin juga lebih panjang.
Kenyataan berbolak-balik ini mencetuskan keresahan di kalangan penyokong Anwar dan PKR tentang sejauh mana Dr Mahathir bersedia melepaskan jawatan teratas itu.
Namun Anwar sendiri Isnin lalu dilaporkan menyeru agar memberi masa sesuai untuk Dr Mahathir mentadbir negara selepas kemenangan luar jangka pembangkang sebulan lalu.
Bercakap kepada The Star sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir itu dalam wawancara dengan Sinar Harian, Anwar berkata beliau sendiri tidak meletakkan tempoh masa khusus untuk Dr Mahathir.
Awal tahun ini, sewaktu PH melancarkan kempen pilihan rayanya, Dr Mahathir dinamakan calon perdana menteri dan Dr Wan Azizah pula sebagai timbalannya.
Dalam perisytiharan PH awal Januari lalu, Anwar dinamakan sebagai perdana menteri kelapan sebagai meneruskan “legasi misi tertangguh” sebelum krisis Dr Mahathir-Anwar pada 1998.
Tempoh dua tahun itu dinyatakan Dr Mahathir dalam kenyataan awalnya, namun baru-baru ini beliau menyatakan tempoh itu “hanya satu cadangan”.
Spekulasi persaingan Anwar dan Mahathir ini mula berkembang sejak kemenangan PH pada 9 Mei lagi apabila perdana menteri gagal mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong secepat yang mereka jangka.
Dalam wawancara yang sama, Hishamuddin berkata Dr Mahathir sendiri sudah dapat menghidu kemungkinan percaturan politik dalaman gabungan itu sejurus selepas PH mendapat majoriti mudah menjelang tengah malam hari mengundi.
“Malam itu [9 Mei], Mahathir kata kalau kita dapat 112 [kerusi], kita kena berarak ke istana malam itu juga [untuk angkat sumpah]. Saya cakap Tun, kalau kita sudah dapat 112 [jumlah kerusi majoriti mudah], kita sudah menang.
“Saya hanya nampak 112 [kerusi] itu kita menang, tetapi Dr Mahathir rupa-rupanya sudah tahu perkara ini. Beliau tahu dua perkara; satu sikap Yang di-Pertuan Agong, sebab itu Mahathir cadangkan kita berarak malam itu juga.
“Saya terperanjat, saya tidak mahu berarak, buat apa berarak [lagi], kita sudah menang. Dr Mahathir sudah nampak, satu lagi masalah ‘sailang menyailang’ [pelantikannya], betapa tajamnya pemikiran beliau. Beliau sudah nampak,” cerita penulis blog Tukar Tiub lagi.
Majlis angkat sumpah Dr Mahathir berlangsung lewat malam 10 Mei lalu sehingga menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan ramai penyokong PH walau mereka tidak menyedari drama di belakang tabir gabungan tersebut.
Walau Hishamuddin tidak menyebut secara khusus, spekulasi yang muncul adalah Dr Mahathir tidak dinamakan perdana menteri pilihan gabungan tersebut dalam saat-saat genting tersebut.
Selepas dibebaskan, Anwar bagaimanapun dilaporkan berkata Dr Wan Azizah menolak namanya diangkat sebagai perdana menteri sewaktu Yang di-Pertuan Agong menitahkan sedemikian kerana simbol PKR mendapat kemenangan besar.
“Azizah jawab patik tidak bersedia sebab kita sudah membuat perjanjian dalam Pakatan Harapan bahawa Dr Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri,” kata Anwar dalam perhimpunan besar menyambut pembebasannya di Petaling Jaya.
Belum reda spekulasi ini, Anwar pula menghadap beberapa sultan sehingga ia menjadi bahan kritikan beberapa tokoh yang dekat dengan Dr Mahathir. Malah, Hishamuddin sendiri di blognya menyindir keras tindakan Anwar waktu itu.
Malaymail Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena