Monday 25 June 2018

[Video Menteri mahu Finas kaji semula pemberian dana] Ho ho hooo, 1MDB TANGKAPAN DAH BERMULA! Apasal pembantu yg kena Najib bila lagi? Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram.

Isnin, 25 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Bekas pegawai khas Najib Razak direman 7 hari..

Beliau diambil keterangannya semalam SEKALI SAHAJA.. hari ini terus direman 7 hari.

TETAPI..
Najib Razak diambil keterangannya sbyk TIGA KALI.. masih bebas hingga hari ini..

Foto Suara Rakyat.

#BreakingNews.. Bekas pegawai khas Najib Razakdireman 7 hari ??!

SIAPAKAH DIA YANG BERGELAR 'DATUK' ITU ??!

Jika sebelum ini (semalam) beliau telah diambil keterangan (sekali sahaja) DAN HARI INI PULA TERUS DIREMAN kerana menerima RM2 juta dari akaun peribadi Najib, KENAPA PULA YANG MEMBERI RM2 JUTA ITU NAJIB TIDAK PULA DIREMAN ??!

Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram

Keluarga Razak antara 1,000 disiasat kerana mengubah wang haram
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula menjadi tumpuan selepas terdapat dakwaan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit yang melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2018

SIASATAN kes pengubahan wang haram terbesar di Malaysia dibuka minggu lalu melibatkan semakan ke atas lebih kurang 1,000 nama, termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan keluarga Razak, kata sumber.
Senarai nama yang disiasat itu termasuk ahli politik Barisan Nasional (BN), pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam, yang disyaki menerima wang dari akaun peribadi Najib yang mengandungi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselewengkan. 
"Senarai namanya panjang, sangat panjang. Suspek yang sudah dijangka dan sejumlah ahli keluarga, saudara-mara, ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan sebagainya… hampir 1,000 nama," kata seorang peguam yang arif tentang siasatan berkenaan.
The Malaysian Insight difahamkan polis sudah menulis kepada institusi kewangan di negara ini untuk mendapatkan maklumat mengikut Seksyen 48 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Di bawah peruntukan undang-undang itu, pendakwa raya boleh membenarkan penyiasat untuk mendapatkan maklumat mengenai rekod perbankan, saham, akaun perbelanjaan, memeriksa kandungan peti deposit selamat dan meminta sebarang maklumat berkaitan.
"Ini bukan kes mendapatkan waran. Ini tentang pihak berkuasa yang ada kuasa memanggil pegawai bank dan meminta maklumat," kata sumber lain.
Difahamkan senarai mereka yang disiasat sama dengan senarai mereka yang mendapat wang daripada lima akaun bank Najib dengan AmBank Islamic melalui beberapa transaksi pada hujung 2014.
Beberapa peguam yang disiasat termasuk mereka yang pernah mewakili Najib dalam beberapa tindakan mahkamah serta mewakili Umno ketika Najib jadi presiden parti itu dan perdana menteri.
Antara mereka yang mengaku menerima wang dari Najib ialah adiknya, Nazir Razak, pengerusi Kumpulan CIMB dan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad.
Sarawak Report melaporkan pada Ogos 2015, Shahrir mendapat RM1 juta selepas pilihan raya umum 2013 manakala Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mendapat sekeping cek berjumlah RM2 juta.
Najib, yang menafikan semua dakwaan, kini disiasat antaranya oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan melibatkan skandal 1MDB.
Beliau juga menafikan tahu mengenai duit dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, yang masuk ke akaun banknya. Beliau mendakwa akaun itu dikendalikan oleh Nik Faisal Ariff Kamil, ketua pegawai eksekutif SRC International.
Perkembangan ini menyusul selepas BN yang diterajui oleh Najib kalah dalam pilihan raya umum pada 9 Mei kepada Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan dalam kemenangan bersejarah itu.
Dr Mahathir kini jadi perdana menteri sekali lagi selepas letak jawatan 15 tahun lalu. Sejak jadi perdana menteri, Dr Mahathir mengarahkan agar siasatan dibuka semula terhadap skandal 1MDB yang menyebabkan kerugian negara sehingga RM53 bilion.– 25 Jun, 2018
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena