Sunday 10 June 2018

[Video Tun M: Jangan Terburu Buru Dakwa Najib, Kumpul Bukti Kukuh] Menteri Pendidikan: Tindakan Tegas Pada Skandal Projek Solar Sarawak & Najib lah yang arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN.

Isnin, 11 Jun 2018

Tindakan Tegas Pada Skandal Projek Solar Sarawak~ Maszlee, Menteri Pendidikan


Hasil carian imej untuk Gambar sistem solar di Sekolah sarawak
Pelaksanaan projek Sistem Solar Hibrid.
Gambar hiasan

Najib arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak secara terus dengan melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.
Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25 bilion di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian pendidikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik tempatan.
Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan dimiliki oleh ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di Sarawak.
Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian Pendidikan kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.
ada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga elektrik ke sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah mengutip wang dari kerajaan.
"Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada satu perkara yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi seperti ini," katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu ini.
Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak itu pada Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar dan membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.
Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk menyediakan surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung kepada syarikat itu.
Pengecualian prosedur standard
Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak RM130 juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai RM1.25 bilion.
Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari prosedur perolehan projek itu.
Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha bahagian perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.
Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat untuk menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena