Tuesday 26 June 2018

[Video Saya datang sukarela, bantu siasatan SPRM isu 1MDB] Boleh dia kata 'TakTahu?' Kalau Bapak Penyamun, Anak Ikut Jadi Perompak & Tun M: Dasar perkasakan Melayu mesti diteruskan.

Selasa, 26 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Tak usahlah nak salahkan orang lain. Cermin-cerminlah diri tu dahulu. Di kementerian sendiri pun terpalit dgn skandal penyelewengan ratusan jutaan ringgit pon boleh kata #TakTahu ??!

Kalau Bapak Penyamun, Anak Ikut Jadi Perompak.

Dasar perkasakan Melayu mesti diteruskan - Dr M

Beberapa dasar untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu, khususnya bagi merapatkan jurang antara mereka dengan bangsa lain bakal diteruskan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam temu bual dengan Channel News Asia, beliau berkata dasar itu sebahagian daripada usaha mengelakkan konflik dengan kumpulan etnik lebih kaya seperti Cina sedangkan orang-orang Melayu memerlukan bantuan, seperti contoh dalam bidang pendidikan di luar negara.
"Semasa di United Kingdom, saya berjumpa dengan beberapa pelajar Cina di sana. Mereka di sana kerana ibu bapa mereka mampu membayar uran pelajaran mereka.
"Tetapi saya dapati kebanyakan ibu bapa pelajar Melayu, tidak mampu untuk memberi pendidikan universiti untuk anak-anak mereka," kata Mahathir.
Beliau berkata sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini terlibat dalam perniagaan manakala orang Melayu pula terdiri daripada penjawat awam dan mereka yang makan gaji serta mendapati adalah terlalu mahal untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara.
Untuk merapatkan jurang ini, Mahathir berkata, lebih banyak biasiswa perlu diberikan kepada pelajar Melayu.
Beliau mengulangi bahawa dasar berterusan membantu orang Melayu tidak bermakna bahawa kerajaan hanya mementingkan orang Melayu tetapi potensi konflik tercetus lebih besar apabila terdapat perbezaan dalam masyarakat.
"Yang kaya, sangat kaya, dan yang miskin, sangat miskin ... kamu mengundang konflik.
"Tetapi apabila orang kaya tergolong dalam satu bangsa dan golongan miskin pula bangsa lain, potensi konflik lebih besar,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, ada bahagian dan bidang tertentu yang tindakan afirmatif masih perlu dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kami telah mengurangkan jurang antara orang Melayu dan kebanyakkan orang Cina, tetapi ada bidang tertentu yang memerlukan kami memberi orang Melayu sedikit dorongan," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena