Thursday 21 June 2018

[Video Najib jawab isu Jho Low, Birkin, Altantuya] KALAU SEMUA tak tahu, APA YANG NAJIB TAHU? Tahukah Najib, kamu hanyalah bekas PM yang sudah kehilangan kuasa?

Jumaat, 22 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Nampaknya Najib begitu yakin sekiranya Najib didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah..

InsyaAllah kami rakyat satu negara tak sabar menantikan saat-saat Najib dibicarakan di kandang mahkamah disusuli Rosmah..

KALAU SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?

Najib tak tahu wang dalam akaun peribadinya adalah daripada 1MDB...
Najib juga tak tahu daripada mana datangnya dana membeli barang kemas Rosmah...
Najib turut tak tahu wang 1MDB diguna beli lukisan dan kapal layar mewah....
Akhirnya, Najib jadi tak sangka bala besar menimpanya dalam pilihanraya lalu...
Sejak kehilangan kuasa ini, watak Najib ternampak semakin menghairankan.

Semua yang berlaku sebelum ini, terutama berkaitan 1MDB, beliau  seperti tak tahu belaka.

Benarkah dia tak tahu? 

Kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu?

Najib tahu tak dia pecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir kerana mereka mempersoalkan wang dalam akaun peribadinya itu?

Najib tahu tak media sosial,  WSJ, Washington Post dan media antarabangsa lain sebelum ini banyak menyiarkan mengenai skandal 1MDB, sumber wang dalam akaun peribadinya dan pembelian barang-barang kemas untuk Rosmah?

Masih tak tahu juga?

Najib tahu tak bahawa beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?

Tahukah Najib beliau kini hanyalah bekas Perdana Menteri yang sudah kehilangan kuasa dan tempatnya diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad?

Masih tak tahu lagi?

Akhirnya, tahu tak beliau sekarang ini masih suami Rosmah dan bapa tiri kepada Riza Aziz? (ShahbudinHusin 21/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena