Monday 18 June 2018

[Video Duta: Beberapa syarikat China melabur selepas kerajaan baru angkat sumpah] Alibaba buka pejabat di Malaysia & Jack Ma: Alibaba lahir dari idea genius MSC oleh Dr M.

Isnin, 18 jun 2018

Alibaba buka pejabat di Malaysia

Alibaba buka pejabat di Malaysia

Usahawan terkenal China Jack Ma hari ini merasmikan pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur yang akan menjadi Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP) pertama Alibaba di luar China.
Majlis Perasmian pejabat Alibaba yang bertempat di Menara UOA Bangsar South turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guang Eng dan Menteri Komunikasi Multimedia Gobind Singh Deo.
Turut bersama Duta Republik Rakyat China di Malaysia Mr Bai Tian dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Datuk Yasmin Mahmoud.
Terdahulu, Jack Ma mengadakan kunjungan hormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
di Putrajaya kira-kira jam 9 pagi ini.
Beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan Ma berhasrat berjumpa Dr Mahathir
awal bulan ini namun perdana menteri itu perlu menumpukan pada pentadbiran kerajaan terlebih dahulu.
Kerajaan ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ekonomi digital.
Alibaba juga mempunyai kepentingan dalam Zon Dagang Bebas Digital (DFTZ), yang dilihat sebagai projek infrastruktur yang bertujuang meningkatkan sektor e-dagang dalam negara.
Kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah mengumumkan mengkaji
semula pelbagai projek mega yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya.
Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan DFTZ sebagai idea yang baik dan berkata akan meneruskan projek berkenaan.
MD
Jack Ma: Alibaba lahir dari idea genius MSC oleh Dr M
Hartawan teknologi, Jack Ma berkata beliau menubuhkan Alibaba selepas mendapat inspirasi daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) ilham cetusan Perdana Menteru Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba berkata hari ini benih pertama idea untuk apa yang akhirnya menjadi gergasi e-perdagangan global mula disemainya ketika beliau membaca berita mengenai MSC hampir 20 tahun yang lalu.
"Saya membaca akhbar itu (pada tahun 1997) dan melihat berita mengenai MSC. Saya fikir 'wow' ini adalah idea genius.
"(Saya fikir) jika Malaysia boleh melakukan ini, kenapa China tidak boleh. Mengapa saya tidak boleh melakukan ini untuk diri saya sendiri.
"Oleh yang demikian, Malaysia mengilhamkan saya untuk menubuhkan Alibaba dan pagi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana inspirasi hebatnya (mencetuskan) MSC," katanya, merujuk kepada pertemuannya dengan Mahathir awal hari ini.
'MSC tak menjadi'
Jack Ma telah menyampaikan ucapan ketika melancarkan pejabat pertama Alibaba bagi rantau Asia Tenggara di Bangsar South, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata pejabat yang dilancarkan hari ini, meskipun kecil tetapi jauh lebih besar daripada pejabat pertamanya bertahun-tahun lalu sewaktu Ma memulakan syarikat berasaskan Internet pertama di China pada tahun 1995.
Beliau berkata ketika itu, beliau cuba mencari tahu bagaimana Internet dan teknologi yang berkaitannya dapat memberi kuasa kepada masyarakat dan orang ramai, saat itulah beliau menemukan berita mengenai Koridor Raya Multimedia.
Bagaimanapun, Ma mengakui sejauh pemantauannya mengenai kemajuan projek itu selama beberapa tahun, beliau mendapati "ia tidak menjadi".
Pelancaran pejabat Alibaba hari ini, sebenarnya, merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat itu di Malaysia, berikutan pelancaran hab eWTP (Platform Perdagangan Dunia Elektronik) di Malaysia dalam perjanjian yang dicapai dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah kerajaan lama yang diterajui oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan muda Malaysia ikut terlibat gelombang ekonomi digital dan menjadikan Malaysia sebuah hab e-Dagang dan e-Fulfillment di rantau ini.
EWTP, yang pertama dilancarkan oleh kumpulan Alibaba di luar China, pada tahun lepas.
Ia sebahagian daripada gagasan Zon Perdagangan Bebas Digital cetusan Ma, iaitu zon perdagangan bebas digital pertama di dunia dan ikhtiar bagi membantu PKS, perniagaan baru menjalankan perdagangan dan urus niaga bersilang di dalam talian serta untuk memudahkan aktiviti e-Niaga yang lain.
Walaupun perjanjian dua hala dengan syarikat China dibuat semasa era Najib, Ma berkata hari ini, MSC muncul sekali lagi dalam fikirannya apabila beliau mencetuskan idea mewujudkan hab eWTP di Malaysia.
Kagum wawasan Mahathir tentang teknologi
"Apabila saya membuat idea ini untuk eWTP Malaysia, ia impian 20 tahun yang lalu. (Saya fikir) Kita harus melaksanakannya di sini dan ini akan menjadikan koridor raya multimedia yang nyata untuk memberi kuasa kepada kebanyakan syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan memberi kuasa kepada golongan muda," katanya.
MSC dirancang ketika Mahathir menjawat tempoh pertamanya sebagai perdana menteri. MSC dilancarkan secara rasmi pada tahun 1996, bertujuan untuk berfungsi sebagai zon ekonomi dan daerah perniagaan berteknologi tinggi dengan visi menjadi hab teknologi global dan mendorong Malaysia ke hadapan dalam zaman teknologi maklumat.
Berpusat di Sepang, ia meliputi Cyberjaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dalam pertemuannya dengan Mahathir awal pagi ini, Ma menyatakan beliau kagum dengan pengetahuan dan wawasan Mahathir mengenai teknologi.
"Sangat mengejutkan saya, seorang lelaki yang berumur 93 tahun, mempunyai wawasan yang hebat untuk teknologi. Beliau mempunyai pengetahuan yang begitu banyak mengenai teknologi," kata Ma.
Beliau gembira kerana dapat bercakap dengan Mahathir dan membuatkan dirinya mahu "membaca lebih banyak buku" apabila pulang ke rumahnya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena