Saturday 9 June 2018

[Video Setia di sampingmu & Suboh Serah Diri, 3 Tahun Melarikan Diri & akhirnya kau balik beraya juga] Saksi penting skandal SRC diberi perlindungan, bantu SPRM & FBI telah mempercepatkan siasatan mereka terhadap 1MDB selepas Najib UmnoBN tersungkur.

Sabtu, 9 Jun 2018

Suboh Serah Diri Selepas 3 Tahun Melarikan Diri, Kes SRC Anak Syarikat 1MDB


Foto Suara Rakyat.
#BreakingNews.. FBI telah mempercepatkan siasatan mereka terhadap 1MDB dan lebih banyak pertukaran bukti dengan pihak berkuasa Malaysia sejak Najib kalah PRU14.

FBI yakin bahawa kerajaan baru (Pakatan Harapan) lebih bersedia untuk bekerjasama, sementara pihak berkuasa AS melihat Najib Razak sebagai satu penghalang dalam siasatan, kata sumber.

Adakah Najib sudah bersedia untuk menghadapinya di dalam kandang mahkamah samada di dalam negara mahupun di Amerika Syarikat kelak ??!

https://www.reuters.com/article/us-usa-1mdb/u-s-probe-of-malaysias-1mdb-picks-up-speed-after-najibs-election-loss-idUSKCN1J500B

Saksi penting skandal SRC diberi perlindungan, bantu SPRM


Seorang saksi penting yang diperlukan pihak berkuasa dalam siasatan mereka ke atas anak syarikat 1MDB diberi perlindungan penuh selepas dia menyerah diri, kata sumber.
Menurutnya Datuk Suboh Mohd Yasin tampil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang meneliti skandal syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC International) itu.
Untuk rekod Suboh ialah pengarah SRC International.
Kata sumber terbabit pegawai SPRM ada bertemu Suboh di Indonesia kira-kira tiga tahun lalu namun dia tidak memberikan kerjasama kerana Datuk Seri Najib Razak - yang dikaitkan secara langsung dalam skandal berkenaan - masih menjadi perdana menteri.
Difahamkan pegawai SPRM bertemu Suboh sekali lagi dan mengambil keterangannya - juga di Indonesia - bulan lalu, iaitu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Proses berkenaan dikatakan turut mendapat bantuan agensi antirasuah di Indonesia.
"Sekarang dia (Suboh) sedang membantu siasatan selepas Najib dikalahkan pada pilihan raya umum lalu.
"SPRM juga berjaya memisahkan dia daripada Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil," kata sumber itu, merujuk kepada seorang lagi pengarah SRC International yang turut dikehendaki SPRM.
"Sekarang Suboh diletakkan di bawah pelan perlindungan saksi sepenuhnya," tambah sumber itu lagi.
Jho Low cari Mahathir
Nik Faisal Ariff belum dapat dikesan dan dipercayai sedang bersembunyi sama ada di Indonesia, London atau China.
Bagaimanapun menurut sumber terbabit di pihak SPRM mereka sudah mengenal pasti lokasi persembunyian Nik Faisal Ariff, selain ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.
Katanya SPRM sedang mendapatkan bantuan daripada Interpol bagi membawa mereka pulang.
Pada 7 Jun lalu SPRM mengeluarkan kenyataan media bagi menyatakan mereka sedang memburu Nik Faisal Ariff serta Jho Low.
Sumber juga mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan ke atas kedua-dua individu terbabit.
Nik Faizal Ariff ialah ketua pegawai eksekutif SRC International semasa ia ditubuhkan pada 2011 sebagai anak syarikat firma pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB.
Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - pula dipercayai orang penting dalam 1MDB serta mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib.
Semalam Singapura mendedahkan pihak berkuasa di negara itu memang sedang mengesan Jho Low sejak 2016 dan meletakkan nama anak kelahiran Pulau Pinang itu dalam senarai merah Interpol.
Malaysiakini juga melaporkan Jho Low pernah cuba bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mhamad selepas anggota parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah jawatan pada bulan lalu.
Jho Low kini dikatakan berada di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
Difahamkan SPRM bertemu dengan Peguam Negara Tommy Thomas semalam dan dijangka kedua-dua pihak akan bertemu sekali lagi pada 12 Jun ini.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena