Thursday 7 June 2018

[Video KDN-Dah cukup maklumat...tindakan terhadap Jho Lo perlu disegerakan] Jho Low arah peguam hubungi SPRM.

Khamis, 7 Jun 2018

Jho Low sedia bantu siasatan SPRM


Image may contain: 9 people, people smiling

Jho Low arah peguam hubungi SPRM

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bersedia untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan yang dihantar bagi pihaknya, jurucakap Jho Low berkata individu utama dalam skandal 1MDB itu telah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM hari ini.
"Melalui laporan media bertarikh 7 Jun 2018 (hari ini), Low maklum SPRM meminta bantuannya.
"Susulan itu, beliau segera mengarahkan peguam untuk berhubung dengan SPRM hari ini berkenaan bantuan tersebut," kata kenyataan satu perenggan itu.
SPRM hari ini meminta Jho Low dan peguam Nik Faisal Ariff Kamil tampil bagi membantu siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd.
Mereka dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan terhadap SRC International dan 1MDB bermula pada 2015.
Mereka berdua dipercayai berada di luar negara.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena