Monday 28 August 2017

[Video Kisah Pilu, Pesan Ayah Kpd Thanabalan Bikin Haru, Sedih, Nangis (Perusak Mimpi Emas Garuda & Tun M Dedah Cerita Susah Zaman Kanak² & Remajanya] PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN & Tidak perlu lagi terus melayan Pas!

Selasa, 28 Ogos 2017

Image result for Gambar thanabalan
N Thanabalan (dua dari kiri)

PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN TIDAK PERLU LAGI TERUS MELAYAN PAS


KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:

1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan

2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

29 Ogos 2017
Di atas adalah kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan lewat malam tadi selepas mesyuarat diadakan yang antara lain membincangkan kewujudan pertembungan pemikiran dalam PKR tentang perlu atau tidaknya parti itu terus bekerjasama dengan Pas.

Satu pihak dikatakan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dengan tujuan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan bagi mempertahankan Selangor, sementara satu pihak lain, sesuai dengan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR, merasakan tidak perlu lagi diwujudkan sebarang bentuk kerjasama dengan parti itu.

Keputusan Majlis Presiden malam tadi adalah pendirian paling jelas dan mudah difahami. Bermakna,  semua pemikiran dalam PKR perlu memahami dan menghormati keputusan tersebut. Mereka kini perlu bersatu dan bergerak seiring dengan pendirian rasmi Pakatan Harapan.
Tidak perlu dan tidak harus wujud lagi sebarang keinginan untuk terus bekerjasama dengan Pas selepas ini. Sebagaimana yang kerap ditulis dalam blog blog ini - lupakan Pas dan Pakatan Harapan perlu maju ke depan dengan keyakinan sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Dengan keputusan Majlis Presiden itu juga, jika Pakatan Harapan terus bergerak dengan kesepakatan yang jitu melalui gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Hindraf untuk menumbangkan UMNO dan BN, maka pengundi tidak lagi keliru atau terasa dipermain-mainkan dengan gambaran wujudnya ketidaktentuan dan tidak konsisten dalam pendirian perjuangan mereka.

Keputusan malam tadi dengan sendirinya bererti Pakatan Harapan menolak sebarang kajian atau dapatan bersifat akademik yang kononnya jika pertandingan tiga penjuru dapat dielakkan, tujuh negeri dalam genggaman dapat ditawan dan hasrat merampas Putrajaya lebih mudah lagi untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, Pakatan Harapan, meskipun peluangnya mungkin tidak berapa baik, tetapi keyakinan baru melalui strategi yang sedang dirangka, harapan untuk menawan Putrajaya tetap ada.

Secara mudahnya, dalam dunia ini hanya ada dua pilihan saja - baik atau jahat, benar atau salah, keburukan atau kebaikan dan syurga atau neraka. 

Jika ada satu pihak  mahu menyelamatkan negara bertembung dengan pihak yang sedang membawa kemusnahan, patutkah ada pihak lain mahu berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak tersebut?

Yang berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sebenarnya hanya mahu mengelakkan kekalahan kepada pihak yang sedang berkuasa dan tidak mahu pihak yang mahu mengambil alih kuasa daripada mencapai kemenangan.

Maka, bagaimana mungkin jika masih ada segelintir golongan dalam pihak yang ingin mengambil alih kuasa mahu terus bekerjasama dengan mereka yang kononnya mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sedangkan tujuan sebenar mereka ialah untuk menjadi pengacau  yang dengan sendirinya bermakna tidak mahu kuasa baru muncul sebagai pemenang?

Diharapkan, dengan keputusan malam tadi juga, segala kekeliruan dan kerumitan dalam PKR telah berakhir, malah parti itu tidak perlu lagi terus membincangkan perkara tersebut sama ada dalam Biro Politik, mesyuarat majlis pimpinan, kongres atau apa ruang sekali pun. (ShahbudinHusin 29/08/2017).
Read More

[Video Anak Muda Melayu, Cina, India, Iban, & Kadazan Kini BERSATU Lawan Najib UmnoBN] Sikap 'kluk klek' Pas tiada tempat dalam PH.

Selasa, 29 Ogos 2017

Sikap 'kluk klek' Pas tiada tempat dalam PH

Read More

[Video Perbezaan Pas & AMANAH] "Rafizi HADIR di mesyuarat malam tadi, bagaimanapun Azmin tidak kelihatan"! Tiada kerjasama Pakatan Harapan-Pas PRU14.

Selasa, 29 Ogos 2017

Related image

Tiada kerjasama Pakatan Harapan-Pas PRU14

Logo Harapan
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menegaskan, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya PH sedang merangka strategi bagi kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.
Penegasan itu dibuat dalam satu kenyataan selepas Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad bermesyuaat lebih empat jam malam tadi.
Kenyataan dibuat atas nama Dr Mahathir, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Ia timbul apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu mengumumkan sedang ada usaha berbincang dengan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun menjelaskan, perbincangan dengan Pas itu tiada kaitan dengan PH sebaliknya atas inisiatif PKR sepenuhnya.
Berikutan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kelmarin mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan Pas atau tidak.
Beliau mendakwa, ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara menangani Pas.
Menurut beliau juga, secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara PKR-Pas yang tidak melibatkan PH adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil kerana PKR tidak boleh berunding bagi pihak Amanah dan Bersatu dalam keadaan sebahagian besar tuntutan Pas itu melibatkan Amanah, Bersatu dan DAP.
Rafizi hadir di mesyuarat malam tadi, bagaimanapun Azmin tidak kelihatan.
Read More

[Video Gempar! Perwakilan PAS Selangor dakwa Dr Rani 'mesra' PAN? & PAS Mahu Rampas Kerusi Azmin Dan Wan Azizah] MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN: Tidak akan bekerjasama dengan PAS & Sedang merangka strategi untuk 'kemungkinan' menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

Selasa, 29 Ogos 2017
Image result for Gambar majlis Presiden Pakatan harapan
Image result for Gambar majlis Presiden Pakatan harapan

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:
1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan
2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
29 Ogos 2017
-
PAKATAN HARAPAN PRESIDENTIAL COUNCIL MEDIA STATEMENT
The position of the Pakatan Harapan Presidential Council regarding cooperation with PAS is as follows:
1) Pakatan Harapan will not cooperate with PAS in the 14th General Election (GE14); and
2) Pakatan Harapan is preparing its strategy for the possibility of three-cornered contests in GE14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pakatan Harapan Chairman
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Pakatan Harapan President
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pakatan Harapan Deputy President
YAB Lim Guan Eng
Pakatan Harapan Deputy President
YBhg Hj Mohamad Sabu
Pakatan Harapan Deputy President
29 August 2017
Read More

[Video Tun M: PAS PARTI PENGACAU bertanding utk menangkan Najib] Bersediakah Keadilan bersama Pakatan Harapan sepenuhnya atau 'Berada di dalam dua kolam'? Jangan nanti Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran!

Selasa, 29 Ogos 2017

Foto Rafizi Ramli.
ANGGOTA KEADILAN HARUS PILIH MELALUI KONGRES KHAS
Persoalan mengenai bentuk kerjasama di antara KEADILAN dengan PAS berpanjangan kerana ia satu keputusan yang memberi kesan kepada semua, bukannya KEADILAN semata-mata.
Keputusan sama ada KEADILAN menumpukan kepada persediaan pilihanraya bersama Pakatan Harapan sepenuhnya (termasuk bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS) atau “berada di dalam dua kolam” (bersama Pakatan Harapan tetapi juga bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru) adalah keputusan yang perlu mengimbangi perkara-perkara berikut:
1. Soal prinsip – adakah keperluan mengekalkan kemenangan di Selangor atau mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi KEADILAN di seluruh negara mengatasi perkara-perkara prinsip yang selama ini menjadi roh perjuangan KEADILAN?
2. Soal realiti semasa – apakah situasi sokongan rakyat sekarang kepada setiap parti untuk menilai sama ada pertandingan tiga penjuru yang sangat ditakuti itu benar-benar memberi kelebihan mutlak kepada Umno seperti yang dihujahkan beberapa pihak?
3. Soal tanggungjawab moral – bahawa KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk berada di barisan paling hadapan dalam usaha menumpaskan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak demi membela rakyat. Keutamaan membela rakyat adalah nadi yang menghidupkan parti ini sejak hari pertama saya mengenalinya
Sudah tentu ketiga-tiga perkara di atas adalah pertimbangan berat dan saling berhubung kait. Ia disukarkan lagi kerana penilaian kepada ketiga-tiga perkara itu banyak bergantung kepada persoalan tahap sokongan pengundi semasa yang tidak dapat dipastikan dengan mudah. Satu-satunya cara yang paling objektif untuk menentukan tahap sokongan pengundi semasa ialah dengan bersandarkan kepada laporan-laporan kajiselidik tahap sokongan pengundi. Masalahnya badan kajiselidik yang berlainan memberi gambaran dan laporan yang sangat berbeza.

Perbezaan pendapat yang berpanjangan
Sebab itu, kepimpinan kanan KEADILAN baik di Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memang berbeza pendapat mengenai perkara ini sejak sebelum pun Pakatan Harapan ditubuhkan. Malah semasa Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dan saya mengaturkan langkah-langkah sebelum dan selepas itu, kumpulan yang tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan telah mengumpul satu petisyen untuk memecat saya dari jawatan Setiausaha Agung pada ketika itu.
Hakikatnya, perbezaan pendapat itu berlarutan sejak pertengahan 2015 hingga sekarang di antara dua pemikiran berbeza di dalam KEADILAN.
Di satu pihak merasakan keutamaan parti yang tertinggi ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor. Oleh itu, sebarang keputusan politik KEADILAN mestilah mengambil kira terlebih dahulu kesannya kepada penguasaan KEADILAN sebagai tonggak kerajaan Selangor. Hasil dari pendapat ini adalah mudah: KEADILAN tidak sepatutnya mengambil langkah yang ada risiko kerana sebarang risiko boleh menyebabkan ketidaktentuan kepada kerajaan Selangor. Maka, pihak ini sangat menolak sebarang perbincangan yang boleh menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya.
Pendekatan pragmatis begini tidaklah mengejutkan kerana itu perkara biasa dalam politik. Keakraban segelintir sahabat-sahabat pimpinan di dalam KEADILAN dengan PAS dalam perkara ini bukanlah atas kecintaan kepada PAS kerana beberapa orang pemuka utama yang membawa aliran ini (seperti Latheefa Koya, N Surendran dan Sivarasa) mempunyai rekod yang panjang mengkritik PAS sebelum itu.
Di satu pihak lagi merasakan KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk terus memimpin pembelaan rakyat melalui pembentukan satu gabungan pembangkang yang berpandukan kepada prinsip keadilan sosial dan merangkumi semua kumpulan, kaum dan agama bagi menyambung usaha yang dimulakan melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Relevannya KEADILAN di dalam politik tanahair adalah kerana KEADILAN adalah orang tengah yang menyatukan pelbagai kumpulan dan parti di dalam barisan pembangkang.
Kumpulan ini meletakkan tanggungjawab itu mengatasi kepentingan memenangi kerusi kerana prinsip dan rekod perjuangan adalah lebih penting dari pragmatis politik untuk berkuasa semata-mata. Kemenangan yang menampakkan KEADILAN sanggup mengorbankan prinsip perjuangan akan menyebabkan KEADILAN dilihat sebagai tidak berbeza dengan Umno atau parti-parti lain.
Seluruh dunia tahu bahawa antara pimpinan kanan KEADILAN yang berpendapat begini adalah saya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan) dan William Leong sendiri.

Parti terbahagi dua
Sudah tentu perbezaan pendapat dalam perkara besar yang berlanjutan panjang seperti ini akan meresahkan mana-mana parti. Ramai juga pimpinan yang menjadi serba salah kerana perbezaan pendapat di antara dua pihak seperti ini dan kelihatan tersepit di tengah-tengah.
Maka, tugas Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti bukanlah mudah. Saya faham beliau terpaksa mengemudi KEADILAN tanpa dilihat menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua pendapat tadi masing-masing ada baik dan buruknya. Walau apa pun kritikan terhadap beliau, saya terhutang budi kepada beliau kerana memimpin KEADILAN membidani lahirnya Pakatan Harapan dicelah-celah kecelaruan politik negara tanpa mengendahkan bantahan termasuk dari aktivis-aktivis civil society.
Keputusan awal sejak 2015 ialah supaya KEADILAN membina Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama mengambil pendekatan bersaudara dengan PAS atas kepercayaan perselisihan PAS dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan dapat diredakan. Matlamat utama ialah untuk membina satu barisan pembangkang yang kuat untuk masuk PRU14 dan kaedah paling logik ke arah itu ialah dengan mendapat persetujuan satu lawan satu di antara parti-parti pembangkang utama negara (termasuk PAS, sama ada ia berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak).
Walau bagaimana pun, dalam keadaan PRU14 semakin hampir dan banyak perkembangan terkini membayangkan PAS tidak akan bersetuju untuk tidak bertanding di kerusi-kerusi yang diagihkan kepada AMANAH dan PPBM, sudah tentu persoalan timbul sama ada strategi pragmatis untuk terus mendampingi PAS itu wajar.

Kajiselidik yang semakin merumitkan
Pertembungan di antara dua pendekatan ini (pragmatis lawan prinsip) dirumitkan lagi apabila tiadanya persetujuan mengenai laporan kajiselidik yang mana yang perlu dijadikan panduan. Lebih-lebih lagi, laporan-laporan kajiselidik yang digunakan oleh kedua-dua pihak bukan sahaja berlainan tetapi dapatannya juga adalah bertentangan.
Kumpulan yang masih mahu mendampingi PAS sering memetik dapatan-dapatan dari Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan yang menurut mereka menunjukkan (dari kajiselidik kedua-dua badan ini) bahawa PAS adalah parti Melayu yang paling kuat. Oleh itu, pada perkiraan mereka, sebarang pertandingan tiga penjuru dengan PAS akan menyebabkan Umno menang besar.
Malah, perkembangan terakhir yang mendorong kepada keputusan untuk terus berunding dengan PAS walaupun Pakatan Harapan telah jauh berlari ke depan adalah bersandarkan pembentangan terkini Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel).
Mereka memberi pendapat, berdasarkan kajian mereka, bahawa pengundi bukan Melayu sangat membenci Umno sehinggakan mereka akan tetap mengundi KEADILAN /Pakatan Harapan walaupun KEADILAN dilihat terus berunding dan menjalin kerjasama dengan PAS. Oleh itu, demi mencapai pertandingan satu lawan satu, rundingan mesti diteruskan kerana ia tidak ada kesan besar kepada sokongan pengundi bukan Melayu kepada KEADILAN.
Saya tidak pernah melihat data yang terperinci dari Merdeka Centre atau Institut Darul Ehsan. Kaedah dan jenis sampel kajiselidik yang mereka jalankan juga berbeza dari apa yang dikendalikan oleh Pusat Kajiselidik INVOKE yang saya rujuk dalam memahami pola sokongan rakyat terkini.
Sudah tentu dapatan kajiselidik INVOKE sangat berbeza malah bertentangan dengan dapatan Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan itu. Seawal Januari 2017, dalam kajiselidik yang terbesar pernah dibuat di negara ini mengenai kecenderongan mengundi, kami dapati undi Umno sudah pun jatuh ke tahap 40%. Itu memungkinkan senario pertandingan 3 penjuru yang berpihak kepada Pakatan Harapan jika undi bukan Melayu kekal tinggi dan Pakatan Harapan berjaya mendapatkan 30% sokongan Melayu. Setakat kajiselidik terkini iaitu Julai 2017, kajiselidik INVOKE menyimpulkan undi Melayu Pakatan Harapan adalah hampir sama dengan undi Melayu Umno iaitu sekitar 30+ %.
Pertembungan dua set data berbeza yang masing-masing menyokong pendapat satu pihak juga disebabkan oleh latar belakang setiap badan yang mengeluarkan dapatan tersebut.
INVOKE ditubuhkan oleh saya, maka dapatannya dituduh berat sebelah hanya untuk menyokong pandangan saya dan rakan-rakan. Kaedah dan sistem yang digunakan oleh INVOKE menepati piawaian antarabangsa dan saya pastikan data dan dapatan dibuka kepada orang ramai agar jika benar ada manipulasi, ia boleh dibuktikan segera.
Institut Darul Ehsan adalah milik Kerajaan Selangor dan bergantung belanjawannya kepada ehsan Menteri Besar Selangor. Malah, kajiselidik IDE hanyalah melibatkan pengundi di Selangor (bukannya di seluruh Malaysia) dan sehingga kini, saya masih belum diyakinkan sama ada sampel yang dipilih adalah benar-benar rawak seperti kehendak sebuah kajiselidik.
Bagi Merdeka Centre pula, saya tidak pernah melihat laporan kecenderongan pengundi seluruh negara yang terkini. Merdeka Centre juga tidak pernah menyiarkan berapa orang yang ditelefon, berapa kadar jawab (response rate), bagaimana sampel itu dipilih untuk memastikan ia benar-benar rawak dan pelbagai soalan lain. Saya juga tahu pengurusan Merdeka Centre juga diberi tanggungjawab menguruskan satu projek bernama #teamSelangor di bawah Kerajaan Selangor yang dimaklumkan melibatkan peruntukan RM13 juta.
Bagi saya pula, sementara saya menerima pelbagai input dari IDE dan Merdeka Centre, kajiselidik-kajiselidik mereka yang dikemukakan untuk menyokong pendapat kumpulan yang mahu terus berunding dengan PAS ini tidaklah menggambarkan keadaan sebenar dan tidaklah sebebas yang didakwa kerana keterlibatan mereka secara rapat dengan pentadbiran Dato’ Seri Azmin Ali.
Oleh sebab ini jugalah (dan peranan maklumat yang berbeza-beza dari kajiselidik-kajiselidik seperti yang saya sebut di atas), perbezaan pendapat kami di peringkat pimpinan berpanjangan sejak 2015 dan menjadi lebih kuat dengan dapatan terkini yang dibentangkan oleh Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel) mengenai sokongan pengundi Cina yang tidak begitu terkesan dengan kerjasama KEADILAN -PAS.

Usaha yang mustahil membuahkan hasil
Mengambil kira perkara-perkara ini, saya bimbang bahawa perkara ini akan terus berlanjutan dalam bulan-bulan terakhir sebelum PRU14 kerana ia mengheret sama Pakatan Harapan dalam keadaan secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara KEADILAN -PAS yang tidak melibatkan Pakatan Harapan adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil.
Saya menyebut begitu kerana KEADILAN tidak boleh merundingkan bagi pihak AMANAH dan PPBM dalam keadaan sebahagian besar tuntutan PAS itu melibatkan AMANAH, PPBM (dan juga DAP). PAS berkehendakkan supaya kerusinya di Selangor dan seluruh negara tidak disentuh. Ini bermakna AMANAH dan PPBM tidak ada kerusi untuk bertanding. Saya tidak yakin KEADILAN dan DAP akan menyerahkan kerusi kepada AMANAH dan PPBM semata-mata untuk memenuhi tuntutan PAS.
Contohnya, satu konfigurasi kerusi di Selangor yang disebut-sebut di bawah cadangan “satu lawan satu” yang diusahakan diantara KEADILAN dan PAS ini ialah KEADILAN bertanding 15 kerusi, DAP bertanding 15 kerusi, PAS bertanding 14 kerusi, PPBM bertanding 10 kerusi dan AMANAH bertanding 2 kerusi. Saya tahu perkara itu mustahil dicapai kerana Dato’ Seri Azmin tidak akan dapat meyakinkan DAP untuk menerima PAS di dalam kerajaan Selangor selepas ini dan beliau tidak akan dapat meyakinkan AMANAH untuk bertanding hanya 2 kerusi.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Oleh itu, dalam keadaan rundingan itu mustahil membuahkan apa-apa kerana KEADILAN tidak ada kuasa dan mandat untuk memaksakan persetujuannya ke atas Pakatan Harapan, rundingan pada saat ini hanya akan melengah-lengahkan rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan yang sedang berjalan.
Dengan kenyataan demi kenyataan PAS yang bukan sahaja menolak pelawaan kumpulan dari KEADILAN yang mahu berkawan tetapi menghina KEADILAN dari semasa ke semasa, strategi terus melayan karenah PAS dan menyakitkan hati rakan dari Pakatan Harapan hanya akan menyebabkan kekalahan seberapa ramai calon KEADILAN termasuklah dari kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu.
Ini kerana dalam proses cuba memujuk PAS itu, KEADILAN akan dilihat tidak berprinsip dan mementingkan diri. Apabila rundingan itu gagal akhirnya (kerana ia mustahil dicapai seperti disebut di atas), KEADILAN bukan sahaja tidak mendapat undi dari penyokong PAS, malah hilang undi bukan Melayu dan pengundi tegar Pakatan Harapan yang marah dengan tindakan membelakangkan Pakatan Harapan itu.
Selesai melalui undian akar umbi di Kongres Khas

Selesai melalui kaedah demokrasi di Kongres Khas
Itulah latar belakang kenapa tidak ada titik pertemuan atau kompromi di kalangan pimpinan KEADILAN di peringkat Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat mengenai isu ini. Perbezaan pendapat ini telah berlanjutan terlalu lama dan kita tidak lagi boleh mengheret anggota biasa KEADILAN dan rakyat keseluruhannya ke dalam kancah ini.
Perbezaan pendapat ini juga telah membahagikan parti ini kepada dua kumpulan sejak kebelakangan ini sehinggakan mengelirukan akar umbi untuk meneka pandangan setiap pemimpin pusat. Oleh kerana ada di kalangan pemimpin pusat yang turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan, perbezaan pendapat ini ada kesan kepada persediaan PRU14.
Di satu pihak, yang bersetuju dengan Dato’ Seri Azmin untuk terus berunding dengan PAS termasuklah Naib-naib presiden Sdr Tian Chua, Sdr Shamdul Iskandar dan naib presiden dilantik iaitu Sdr Xavier Jeyakumar dan Sdr Dr Shaharuddin (yang menjadi wakil rundingan KEADILAN dan PAS). Pimpinan lain yang dikenali ramai yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sdri Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita), ahli-ahli Biro Politik iaitu Sdr Sivarasa Rasiah, Dato’ Saifuddin Abdullah (yang juga KSU Pakatan Harapan), Dato’ Kamaruddin Jaafar, Sdr Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi) dan Sdr Surendren. Ahli MPP pula termasuklah Sdri Elizabeth Wong, Sdr Hee Loy Sian, Sdri Siti Aaishah Sheikh Ismail, Dr Mohamad Nur Manuty, Sdri Latheefa Koya, Sdr Afif Baharuddin dan Sdri Haniza Talha.
Di satu pihak yang tidak bersetuju dan mahukan komitmen penuh kepada Pakatan Harapan, selain saya sendiri, termasuklah Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Sdr Nik Nazmi (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Sdr Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Sdr Sim Tze Tzin (Pengarah Strategi), Sdr Fariz Musa (Ketua Setiausaha Pengelola), Sdr William Leong, Jeneral (B) Dato’ Hadi (Pengerusi Lembaga Disiplin) dan Sdri Christina Liew (Pengerusi Sabah) di peringkat Biro Politik. Pimpinan lain yang berpendapat begini di peringkat MPP antaranya ialah Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Sdr Wong Chen, Sdri Rodziah Ismail, Sdri Fuziah Salleh, Sdr Manivanan, Sdr Gooi Hsiao Loong, Sdr Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Sdr Hassan Karim dan Sdr Aminuddin Haron.
Pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini berlaku dari peringkat Biro Politik ke MPP hinggalah ke peringkat akar umbi.
Oleh yang demikian, sampai masanya ia diputuskan secara keseluruhan mengikut Perlembagaan parti supaya jalan buntu itu diselesaikan mengikut kaedah terbaik iaitu demokrasi.
Saya mengesyorkan supaya satu Kongres Khas kebangsaan dipanggil dengan segera untuk memutuskan perkara ini dengan melibatkan pengundian perwakilan cabang-cabang KEADILAN dari seluruh negara seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Parti. Setelah undian dibuat dan kedua-dua pihak ada peluang yang adil untuk membentangkan hujah masing-masing, saya yakin apa pun keputusannya keseluruhan anggota KEADILAN dari atas hingga bawah bertanggungjawab memikul apa-apa kesan dari keputusan itu tanpa boleh menuding jari kepada satu pihak lagi.
Hanya dengan keputusan yang dimuktamadkan mengikut kaedah Kongres Khas ini barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan-rakan Pakatan Haarapan dan diri kita sendiri.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

[Video Pesanan Masyarakat Cina Kepada Husam & Para Peniaga Pasir Puteh kecewa dengan Kerajaan Negeri Kelantan Pimpinan Pas Kini!] Kaji selidik - 8 negeri dapat ditawan jika parti pembangkang bergabung.

Selasa, 29 Ogos 2017


Kaji selidik - 8 negeri dapat ditawan jika parti pembangkang bergabung


Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, sekiranya parti pembangkang bergabung pada pilihan raya umum akan datang, mereka dapat menguasai lapan negeri di semenanjung Malaysia - termasuk negeri yang sedang ditadbir pembangkang ketika ini.
Negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Menurut Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, selain lapan negeri berkenaan, di negeri-negeri lain pula BN tidak akan mendapat dua pertiga majoriti.
Redzuan memberitahu, kaji selidik itu dibuat pada 11 hingga 15 Ogos lalu kepada 4,486 responden daripada lebih 12 juta pengundi yang berdaftar di semenanjung di 130 kawasan parlimen.
Soalan yang diajukan kepada respondan ialah 'Jika pilihan raya enam bulan dari sekarang, parti mana yang akan diundi'.
Hasil kajian itu mereka mendapati 59 peratus memilih gabungan pembangkang manakala 39 peratus memilih BN.
Menurutnya lagi, sekiranya parti pembangkang bergabung, undi popular BN merosot sebanyak 14 peratus manakala undi popular gabungan pembangkang sebanyak 13 peratus.
"Ini adalah mood rakyat Malaysia sekarang. Hanya 39 peratus akan menyokong BN.
"(BN) akan hilang dua pertiga majoriti hampir di semua negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan dapatan kajian berhubung kaji selidik Mood Rakyat Menjelang PRU14 di Shah Alam hari ini.
Selain itu, Redzuan turut memberitahu, melihat kepada situasi ketika ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.
Katanya, ia berdasarkan kepada dua keadaan iaitu semangat Sukan SEA serta perpecahan pembangkang.
"Bila Najib akan panggil PRU? Ada dua keadaan. Pertama apabila moodsemangat Sukan SEA lebih-lebih lagi apabila perlawanan akhir bola sepak Malaysia lawan Thailand nanti.
"Kedua pula ketika pembangkang berpecah dan bertelagah. Kalau ada dua gabungan ini, ia waktu terbaik untuk panggil PRU. Tak perlu tunggu tahun depan," katanya lagi.
Malaysiakini.
Read More

[Video Panas! 'Kaki sakit tak apa tapi hati sakit penat beratur' & Tiket bola: Beli RM20, jual RM200!] Lagi Panas pro-PAS dan anti-PAS! Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus.

Isnin, 28 Ogos 2017



Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus


Biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat mingguannya di ibu pejabat parti itu. Bagaimanapun mesyuarat jam 3 petang itu dijangka panas dengan perbincangan sama ada mahu meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.
Mesyuarat tersebut disahkan oleh kumpulan pro-PAS dan anti-PAS kepada Malaysiakini.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat majlis presiden gabungan itu malam ini, memberitahu akan mendapatkan penjelasan tentang hal ini.
Bagaimanapun, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka tidak akan melakukan lebih daripada memberikan kata-kata nasihat untuk perkara berkaitan urusan dalaman PKR.
Pertempuran sebenar akan terjadi esok hari apabila pihak yang setuju rundingan dengan PAS dijangka akan menyerang naib presiden PKR Rafizi Ramli.
Kumpulan ini memang telah retak hubungannya dengan Rafizi, malah marah dengan MP Pandan itu kerana menyukarkan keadaan dengan menuntut diadakan kongres khas untuk mengundi sama ada PKR perlu terus berunding dengan PAS.
Malaysiakini.
Read More

[Video Siasatan 1MDB - Inilah Kezaliman Oleh Orang Yang Ada Kuasa Yang Majoriti UmnoBN] Pakatan Harapan akan bentuk kerajaan baharu di Melaka.

Isnin, 28 Ogos 2017


Image result for Gambar Pakatan Harapan

PH akan bentuk kerajaan di Melaka, kata Kit Siang

Peralihan 15 peratus undi Melayu dan lima peratus undi bukan Melayu di Melaka akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) sekaligus membentuk pentadbiran baharu, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
“Jika ini berlaku, PH akan menang 17 daripada 28 kerusi negeri (Dun) dan mengambil alih pentadbiran kerajaan BN di Melaka,” katanya.
Bagaimanapun, tugas merampas kerusi dari Barisan Nasional (BN) katanya bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan kerjasama padu semua pihak dalam PH.
“DAP akan mula bekerja dalam semangat mendiang Kerk Kim Hock, bekas setiausaha agung parti dan juga bekas Ahli Parlimen Kota Melaka,” katanya.
Menurut Kit Siang, cabaran demi cabaran dalam kepimpinan DAP Melaka sebelum ini tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak bekerjasama demi masa depan Melaka yang lebih baik dalam pilihan rara umum akan datang.
“Jika DAP Melaka tidak boleh bersatu dalam misi kita menumpaskan Najib dan kerajaan kleptokrasi dalam PRU14 ini, maka peluang berlakunya tsunami rakyat Malaysia sebanyak 15 dan 5 peratus semakin kecil.
“Tetapi, jika kita boleh membuka jalan dan bekerjasama dalam satu pasukan HARAPAN yang kukuh dan bersatu, kita pasti akan mewujudkan momentum tsunami politik di Melaka,” katanya lagi.

Read More

[Video Akar umbi PKR desak adakan Kongres Khas] Sebanyak 57 peratus golongan muda sertai Bersatu.

Isnin, 28 Ogos 2017

Sebanyak 57 peratus golongan muda sertai Bersatu, kata Syed Saddiq

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sebanyak 57 peratus ahli parti itu dikalangan golongan muda berusia di bawah 35 tahun.
Katanya, ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan sebagai sebuah parti baharu dalam usaha menarik golongan muda menyertai parti itu.
"Setakat semalam 57 peratus ahli Bersatu dikalangan golongan muda. Kalau nak harapkan Umno tidak akan dapat peratus sebanyak itu.
"Dalam Majlis Pimpinan Tertinggi sahaja kita ada 7 wakil anak muda. Ini merupakan sokongan yang besar berbanding apa yang pernah diberikan oleh Umno dahulu. Bahkan  anak muda daripada Bersatu juga turut diberikan peluang dalam jawatankuasa Pakatan Harapan ," ujarnya.
Beliau berucap pada majlis anjuran Armada Bersatu dalam program "Fund Rising Dinner" yang diadakan di Gombak semalam.
Menurut Syed Saddiq sembilan agenda yang digariskan dalam Wawasan 2020 dilihat agak tersasar  daripada Transformasi Nasional 2050 (TN50)  tetapi ia  akan menjadi sebahagian dasar dalam Pakatan Harapan kelak sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
" Kita nak masukkan input-input daripada sembilan agenda yang pernah digariskan dalam Wawasan 2020 itu untuk dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun ini jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya kelak.
"Antaranya kita mahu memperkasakan suara-suara golongan wanita, NGO dan profesional ," ujarnya.
Beliau turut memaklumkan sesi perbincangan dikalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan profesional lain akan diadakan pada bulan hadapan yang mana Armada akan mengetuai sesi perbincangan tersebut bersama pimpinan dalam Pakatan Harapan.
Read More

Sunday 27 August 2017

[Video Kerajaan BN banyak HUTANG & Sudah ketandusan kewangan! Najib akan GANTI Rafizi DIPENJARA LEPAS PRU 14] Peluang PH untuk menang lebih besar pada pertembungan tiga penjuru.

Isnin, 28 Ogos 2017

Image result for Gambar GST

Peluang PH untuk menang lebih besar pada pertembungan tiga penjuru

Peluang PH untuk menang lebih besar pada pertembungan tiga penjuru
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada PH di kebanyakan kerusi kerana berlaku pecahan undi Melayu antara PAS dan BN. – Gambar The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2017.

PERTEMBUNGAN tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS pada pilihan raya umum akan datang memberi peluang lebik baik kepada pakatan pembangkang, kata ahli panel pada satu forum pilihan raya baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata beberapa kajian yang dijalankan di seluruh negara menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada PH di kebanyakan kerusi kerana berlaku pecahan undi Melayu antara PAS dan BN.
“Bila berlaku pertembungan tiga penjuru, undi Melayu akan berpecah kepada tiga antara Umno, PAS dan PH di mana undi bukan Melayu terutamanya Cina hampir ketara bersama PH.
"Tambahan lagi apabila terbentuknya Bersatu, sebahagian undi Melayu Umno juga akan dibawanya kepada PH, maka undi PH pun akan bertambah dan akan menang dalam pertandingan tiga penjuru,” kata Khalid pada forum "PAS rakan kongsi berisiko tinggi" di Kuala Terengganu.
Menurut Khalid, PH telah meminta Pengarah Pilihan Rayanya, Mohamed Azmin Ali untuk menyiapkan satu kertas kerja tentang usaha PKR mahu terus bekerjasama dengan PAS.
Timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor itu diminta menjelaskan tujuan dan rasionalisasi mengapa PH perlu bekerjasama dengan PAS ketika parti itu terus menerus menolak kerjasama dengan PH dan juga PKR.
Azmin telah diminta membentangkan kertas itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.
Menurut Khalid, Amanah menyedari sikap PAS yang tidak mahu bersama PH itu sejak awal lagi kerana hampir kesemua pimpinannya mengenali parti Islam itu kerana mereka berasal darinya.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memaklumkan PAS akan bertanding 42 kerusi negeri di Selangor termasuk Kajang (kerusi Wan Azizah Ismail) dan Bukit Antarabangsa (Azmin).
Dalam PRU 13 lalu, PAS hanya bertanding 23 kerusi dan menang 15 darinya.
Menurut Khalid, sebelum ini ketika Iskandar Samad adalah pesuruhjaya PAS Selangor, kesemua 13 Adun PAS telah menghantar surat kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta diberi ruang untuk berbincang dengan PH di Selangor.
"Namun ia telah ditolak oleh PAS. Bahkan kesemua unit PAS telah mempermainkan adun-adun ini sehingga Iskandar mendakwa mereka semua duduk dalam perigi buta, yang tidak tahu kepentingan mereka terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor," kata Khalid dalam forum itu.
Sementara itu seorang lag i ahli panel, Hasbie Muda yang juga  ketua Pemuda Amanah Terengganu berkata, sejak dari dulu lagi sejarah menunjukkan PAS selalu tidak setia dengan rakan kongsinya.
Dalam tahun 1960an di Terengganu, PAS pernah mengkhianati Parti Negara apabila mereka bekerjasama melawan Perikatan waktu itu.
"Ia menyebabkan kemudiannya, tiga Adun Parti Negara pimpinan Datuk Onn ketika itu menyertai Perikatan bersama lima wakil rakyat PAS sendiri melawan kerajaan negeri pimpinan PAS sehingga ia tumbang.
"Ia menunjukkan dalam keadaan yang getirpun PAS tidak menghargai rakan muafakatnya," kata Hasbie bagi mengukuhkan hujahnya bahawa PAS tidak boleh diharapkan oleh rakan muafakatnya.
Katanya, suasana semasa dalamman parti juga sangat bahaya bagi mana-mana pihak mahu berkongsi dengan PAS.
"Dahulu PAS ada ramai pemimpin yang berkongsi kuasa tetapi kini kuasanya tertumpu kepada seorang individu," kata Hasbie merujuk kepada kuasa yang dipunyai oleh Hadi yang sangat besar dalam PAS.
Menurut Hasbie, ketika Hadi adalah timbalan presiden parti, beliau pernah berkata dalam satu program untuk menarik pengundi Cina, PAS akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Namun, kata Hasbie, ia telah disanggah oleh Fadzil Noor kemudiannya.
Begitu juga Hadi pernah mahu bekerjasama dengan Umno sebelum ini tetapi ia telah disanggah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS ketika itu.
"Sekarang kuasa dalam PAS tertumpu kepada seorang individu ini," kata Hasbie dalam forum yang dihadiri pimpinan dan penyokong Amanah Terengganu itu. – 26 Ogos, 2017.
The Malaysian Insight
Read More

[Video MATI Umno MATI Melayu ADALAH SESAT & Kerusi Melayu ada pada Pakatan HARAPAN] Pemimpin Semenanjung ‘tidak jujur’ dengan penduduk Sabah & Rakyat Sabah tidak seharusnya lagi menyokong BN.

Isnin, 28 Ogos 2017

Pemimpin Semenanjung ‘tidak jujur’ dengan penduduk Sabah, kata Jeffrey Kitingan

Pemimpin Semenanjung ‘tidak jujur’ dengan penduduk Sabah, kata Jeffrey Kitingan
Dr Jeffrey Kitingan bertemu penyokong Gabungan Sabah selepas konvensyen hak Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Beliau berkata penduduk Sabah tidak seharusnya lagi menyokong Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Ogos 2017.

PEMIMPIN dari Semenanjung berterusan menipu penduduk Sabah dan menjadikan mereka "tawanan" bagi permainan kuasa politik, kata Dr Jeffrey Kitingan.
Pemimpin Barisan Nasional (BN) persekutuan "tidak jujur" dan memastikan rakyat Sabah terus bergantung kepada mereka, bukannya menjadikan negeri itu mempunyai lebih kuasa autonomi, kata Presiden Parti Sabah Solidariti Tanah Airku (Sabah Star) hari ini.
Ini bertentangan dengan jaminan yang diberikan oleh para pemimpin yang menandatangani Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 (MA63).
Setakat ini, katanya, Putrajaya hanya memenuhi 80% MA63 tetapi enggan menyerahkan baki 20% lagi, terutamanya dalam hal berkaitan kewangan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
"Hanya baru-baru ini pemimpin Sabah diberikan jawatan Kabinet persekutuan.
"Ini adalah permainan politik yang dimainkan para pemimpin dari Malaysia Barat dan terdapat pelbagai permainan yang dimainkan oleh mereka," katanya semasa berucap mengenai MA63 pada persidangan Gabungan Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Gabungan Sabah terdiri daripada lima parti iaitu Sabah Star, Parti Progresif Sabah, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Kitingan, Yong Teck Lee, Lajim Ukin dan Mohd Arshad Abdul Mualap.
Menurutnya, sebagai contoh adalah mengenai pengagihan kerusi Parlimen yang tidak adil.
Kerusi di Semenanjung menyumbang 72% daripada 222 kerusi Parlimen berbanding 25% yang dipegang oleh Sabah dan Sarawak.
"Ini bermakna pemimpin Malaysia Barat dapat meminda Perlembagaan dan juga merangka undang-undang tanpa penyertaan pemimpin Sabah dan Sarawak."
Selain itu, katanya para pemimpin dari Semenanjung juga melanggar hak negeri mengenai perkara tanah melalui mengambil sumber minyaknya di bawah dasar negara.
"Di bawah senarai pekeliling persekutuan dan negeri, perkara tanah adalah perkara negeri dan, oleh itu, apa saja yang tumbuh di atas tanah negeri adalah milik negeri dan begitu juga perkara-perkara yang berada di bawah tanah.
"Tetapi mereka merumuskan Akta Pembangunan Petroleum 1976 untuk membolehkan mereka mengambil minyak kita untuk faedah mereka sendiri."
Akibatnya, Sabah dinafikan hasil minyak sendiri, menjadikan ia negeri yang termiskin di Malaysia.
Walaupun ia negeri yang kaya dengan sumber semulajadi, banyak rakyat Sabah beranggapan peruntukan tahunan daripada Putrajaya adalah hasil persekutuan sedangkan sebenarnya, 65% daripada pengeluaran minyak negara adalah dari Sabah, kata Kitingan.
"Tiada lagi keperluan bagi penduduk Sabah untuk memberi sokongan kepada kerajaan BN.
"Kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan pemberian seperti bantuan tunai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), apabila semua sumber kekayaan berasal dari Sabah."
Sekiranya Gabungan Sabah diberi mandat untuk membentuk kerajaan seterusnya, ia akan menuntut kawalan penuh terhadap sumber dan kewangannya di bawah artikel 8.
"Kita tidak akan lagi menuntut royalti 20% daripada hasil minyak tetapi menuntut sepenuhnya. Kita akan menjadi kerajaan yang adil.
"Kita akan berkongsi hasil kita dengan kerajaan persekutuan," katanya, sambil menambah  perkara itu yang sama bagi cukai barangan dan perkhidmatan.
Sementara itu, Gabungan Sabah akan mengadakan sambutan Hari Sabah di Kundasang pada 31 Ogos, dan Hari Malaysia pada 16 September di Keningau. – 27 Ogos, 2017.
The Malaysian Insight


Read More

[Video Tak pernah pun Khairy bersuara masalah PTPTN, GST & Gaji Anak Muda] 'Kerjasama PKR-Pas' ANGGOTA KEADILAN HARUS PILIH MELALUI KONGRES KHAS.

Isnin, 28 Ogos 2017

Image result for Gambar pakatan rakyat

Saya sedar kegelisahan penyokong Pakatan Harapan dan rakyat mengenai tindakan masih mahu berunding dengan PAS di saat akhir sebelum PRU14 sedangkan nampak jelas PAS tidak mahu bersama. In Sha Allah saya akan cuba mendapatkan sokongan akar umbi KEADILAN untuk memanggil Kongres Khas agar keputusan sama ada masih mahu berunding itu dapat diputuskan di Kongres Khas, bukan ditentukan oleh kami pimpinan tertentu sahaja. Mohon sebarkan kenyataan saya ini.
27 Ogos 2017
ANGGOTA KEADILAN HARUS PILIH MELALUI KONGRES KHAS
Persoalan mengenai bentuk kerjasama di antara KEADILAN dengan PAS berpanjangan kerana ia satu keputusan yang memberi kesan kepada semua, bukannya KEADILAN semata-mata.
Keputusan sama ada KEADILAN menumpukan kepada persediaan pilihanraya bersama Pakatan Harapan sepenuhnya (termasuk bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS) atau “berada di dalam dua kolam” (bersama Pakatan Harapan tetapi juga bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru) adalah keputusan yang perlu mengimbangi perkara-perkara berikut:
1. Soal prinsip – adakah keperluan mengekalkan kemenangan di Selangor atau mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi KEADILAN di seluruh negara mengatasi perkara-perkara prinsip yang selama ini menjadi roh perjuangan KEADILAN?
2. Soal realiti semasa – apakah situasi sokongan rakyat sekarang kepada setiap parti untuk menilai sama ada pertandingan tiga penjuru yang sangat ditakuti itu benar-benar memberi kelebihan mutlak kepada Umno seperti yang dihujahkan beberapa pihak?
3. Soal tanggungjawab moral – bahawa KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk berada di barisan paling hadapan dalam usaha menumpaskan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak demi membela rakyat. Keutamaan membela rakyat adalah nadi yang menghidupkan parti ini sejak hari pertama saya mengenalinya
Sudah tentu ketiga-tiga perkara di atas adalah pertimbangan berat dan saling berhubung kait. Ia disukarkan lagi kerana penilaian kepada ketiga-tiga perkara itu banyak bergantung kepada persoalan tahap sokongan pengundi semasa yang tidak dapat dipastikan dengan mudah. Satu-satunya cara yang paling objektif untuk menentukan tahap sokongan pengundi semasa ialah dengan bersandarkan kepada laporan-laporan kajiselidik tahap sokongan pengundi. Masalahnya badan kajiselidik yang berlainan memberi gambaran dan laporan yang sangat berbeza.
Perbezaan pendapat yang berpanjangan
Sebab itu, kepimpinan kanan KEADILAN baik di Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memang berbeza pendapat mengenai perkara ini sejak sebelum pun Pakatan Harapan ditubuhkan. Malah semasa Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dan saya mengaturkan langkah-langkah sebelum dan selepas itu, kumpulan yang tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan telah mengumpul satu petisyen untuk memecat saya dari jawatan Setiausaha Agung pada ketika itu.
Hakikatnya, perbezaan pendapat itu berlarutan sejak pertengahan 2015 hingga sekarang di antara dua pemikiran berbeza di dalam KEADILAN.
Di satu pihak merasakan keutamaan parti yang tertinggi ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor. Oleh itu, sebarang keputusan politik KEADILAN mestilah mengambil kira terlebih dahulu kesannya kepada penguasaan KEADILAN sebagai tonggak kerajaan Selangor. Hasil dari pendapat ini adalah mudah: KEADILAN tidak sepatutnya mengambil langkah yang ada risiko kerana sebarang risiko boleh menyebabkan ketidaktentuan kepada kerajaan Selangor. Maka, pihak ini sangat menolak sebarang perbincangan yang boleh menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya.
Pendekatan pragmatis begini tidaklah mengejutkan kerana itu perkara biasa dalam politik. Keakraban segelintir sahabat-sahabat pimpinan di dalam KEADILAN dengan PAS dalam perkara ini bukanlah atas kecintaan kepada PAS kerana beberapa orang pemuka utama yang membawa aliran ini (seperti Latheefa Koya, N Surendran dan Sivarasa) mempunyai rekod yang panjang mengkritik PAS sebelum itu.
Di satu pihak lagi merasakan KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk terus memimpin pembelaan rakyat melalui pembentukan satu gabungan pembangkang yang berpandukan kepada prinsip keadilan sosial dan merangkumi semua kumpulan, kaum dan agama bagi menyambung usaha yang dimulakan melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Relevannya KEADILAN di dalam politik tanahair adalah kerana KEADILAN adalah orang tengah yang menyatukan pelbagai kumpulan dan parti di dalam barisan pembangkang.
Kumpulan ini meletakkan tanggungjawab itu mengatasi kepentingan memenangi kerusi kerana prinsip dan rekod perjuangan adalah lebih penting dari pragmatis politik untuk berkuasa semata-mata. Kemenangan yang menampakkan KEADILAN sanggup mengorbankan prinsip perjuangan akan menyebabkan KEADILAN dilihat sebagai tidak berbeza dengan Umno atau parti-parti lain.
Seluruh dunia tahu bahawa antara pimpinan kanan KEADILAN yang berpendapat begini adalah saya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan) dan William Leong sendiri.
Parti terbahagi dua
Sudah tentu perbezaan pendapat dalam perkara besar yang berlanjutan panjang seperti ini akan meresahkan mana-mana parti. Ramai juga pimpinan yang menjadi serba salah kerana perbezaan pendapat di antara dua pihak seperti ini dan kelihatan tersepit di tengah-tengah.
Maka, tugas Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti bukanlah mudah. Saya faham beliau terpaksa mengemudi KEADILAN tanpa dilihat menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua pendapat tadi masing-masing ada baik dan buruknya. Walau apa pun kritikan terhadap beliau, saya terhutang budi kepada beliau kerana memimpin KEADILAN membidani lahirnya Pakatan Harapan dicelah-celah kecelaruan politik negara tanpa mengendahkan bantahan termasuk dari aktivis-aktivis civil society.
Keputusan awal sejak 2015 ialah supaya KEADILAN membina Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama mengambil pendekatan bersaudara dengan PAS atas kepercayaan perselisihan PAS dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan dapat diredakan. Matlamat utama ialah untuk membina satu barisan pembangkang yang kuat untuk masuk PRU14 dan kaedah paling logik ke arah itu ialah dengan mendapat persetujuan satu lawan satu di antara parti-parti pembangkang utama negara (termasuk PAS, sama ada ia berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak).
Walau bagaimana pun, dalam keadaan PRU14 semakin hampir dan banyak perkembangan terkini membayangkan PAS tidak akan bersetuju untuk tidak bertanding di kerusi-kerusi yang diagihkan kepada AMANAH dan PPBM, sudah tentu persoalan timbul sama ada strategi pragmatis untuk terus mendampingi PAS itu wajar.
Kajiselidik yang semakin merumitkan
Pertembungan di antara dua pendekatan ini (pragmatis lawan prinsip) dirumitkan lagi apabila tiadanya persetujuan mengenai laporan kajiselidik yang mana yang perlu dijadikan panduan. Lebih-lebih lagi, laporan-laporan kajiselidik yang digunakan oleh kedua-dua pihak bukan sahaja berlainan tetapi dapatannya juga adalah bertentangan.
Kumpulan yang masih mahu mendampingi PAS sering memetik dapatan-dapatan dari Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan yang menurut mereka menunjukkan (dari kajiselidik kedua-dua badan ini) bahawa PAS adalah parti Melayu yang paling kuat. Oleh itu, pada perkiraan mereka, sebarang pertandingan tiga penjuru dengan PAS akan menyebabkan Umno menang besar.
Malah, perkembangan terakhir yang mendorong kepada keputusan untuk terus berunding dengan PAS walaupun Pakatan Harapan telah jauh berlari ke depan adalah bersandarkan pembentangan terkini Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel).
Mereka memberi pendapat, berdasarkan kajian mereka, bahawa pengundi bukan Melayu sangat membenci Umno sehinggakan mereka akan tetap mengundi KEADILAN /Pakatan Harapan walaupun KEADILAN dilihat terus berunding dan menjalin kerjasama dengan PAS. Oleh itu, demi mencapai pertandingan satu lawan satu, rundingan mesti diteruskan kerana ia tidak ada kesan besar kepada sokongan pengundi bukan Melayu kepada KEADILAN.
Saya tidak pernah melihat data yang terperinci dari Merdeka Centre atau Institut Darul Ehsan. Kaedah dan jenis sampel kajiselidik yang mereka jalankan juga berbeza dari apa yang dikendalikan oleh Pusat Kajiselidik INVOKE yang saya rujuk dalam memahami pola sokongan rakyat terkini.
Sudah tentu dapatan kajiselidik INVOKE sangat berbeza malah bertentangan dengan dapatan Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan itu. Seawal Januari 2017, dalam kajiselidik yang terbesar pernah dibuat di negara ini mengenai kecenderongan mengundi, kami dapati undi Umno sudah pun jatuh ke tahap 40%. Itu memungkinkan senario pertandingan 3 penjuru yang berpihak kepada Pakatan Harapan jika undi bukan Melayu kekal tinggi dan Pakatan Harapan berjaya mendapatkan 30% sokongan Melayu. Setakat kajiselidik terkini iaitu Julai 2017, kajiselidik INVOKE menyimpulkan undi Melayu Pakatan Harapan adalah hampir sama dengan undi Melayu Umno iaitu sekitar 30+ %.
Pertembungan dua set data berbeza yang masing-masing menyokong pendapat satu pihak juga disebabkan oleh latar belakang setiap badan yang mengeluarkan dapatan tersebut.
INVOKE ditubuhkan oleh saya, maka dapatannya dituduh berat sebelah hanya untuk menyokong pandangan saya dan rakan-rakan. Kaedah dan sistem yang digunakan oleh INVOKE menepati piawaian antarabangsa dan saya pastikan data dan dapatan dibuka kepada orang ramai agar jika benar ada manipulasi, ia boleh dibuktikan segera.
Institut Darul Ehsan adalah milik Kerajaan Selangor dan bergantung belanjawannya kepada ehsan Menteri Besar Selangor. Malah, kajiselidik IDE hanyalah melibatkan pengundi di Selangor (bukannya di seluruh Malaysia) dan sehingga kini, saya masih belum diyakinkan sama ada sampel yang dipilih adalah benar-benar rawak seperti kehendak sebuah kajiselidik.
Bagi Merdeka Centre pula, saya tidak pernah melihat laporan kecenderongan pengundi seluruh negara yang terkini. Merdeka Centre juga tidak pernah menyiarkan berapa orang yang ditelefon, berapa kadar jawab (response rate), bagaimana sampel itu dipilih untuk memastikan ia benar-benar rawak dan pelbagai soalan lain. Saya juga tahu pengurusan Merdeka Centre juga diberi tanggungjawab menguruskan satu projek bernama #teamSelangor di bawah Kerajaan Selangor yang dimaklumkan melibatkan peruntukan RM13 juta.
Bagi saya pula, sementara saya menerima pelbagai input dari IDE dan Merdeka Centre, kajiselidik-kajiselidik mereka yang dikemukakan untuk menyokong pendapat kumpulan yang mahu terus berunding dengan PAS ini tidaklah menggambarkan keadaan sebenar dan tidaklah sebebas yang didakwa kerana keterlibatan mereka secara rapat dengan pentadbiran Dato’ Seri Azmin Ali.
Oleh sebab ini jugalah (dan peranan maklumat yang berbeza-beza dari kajiselidik-kajiselidik seperti yang saya sebut di atas), perbezaan pendapat kami di peringkat pimpinan berpanjangan sejak 2015 dan menjadi lebih kuat dengan dapatan terkini yang dibentangkan oleh Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel) mengenai sokongan pengundi Cina yang tidak begitu terkesan dengan kerjasama KEADILAN -PAS.
Usaha yang mustahil membuahkan hasil
Mengambil kira perkara-perkara ini, saya bimbang bahawa perkara ini akan terus berlanjutan dalam bulan-bulan terakhir sebelum PRU14 kerana ia mengheret sama Pakatan Harapan dalam keadaan secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara KEADILAN -PAS yang tidak melibatkan Pakatan Harapan adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil.
Saya menyebut begitu kerana KEADILAN tidak boleh merundingkan bagi pihak AMANAH dan PPBM dalam keadaan sebahagian besar tuntutan PAS itu melibatkan AMANAH, PPBM (dan juga DAP). PAS berkehendakkan supaya kerusinya di Selangor dan seluruh negara tidak disentuh. Ini bermakna AMANAH dan PPBM tidak ada kerusi untuk bertanding. Saya tidak yakin KEADILAN dan DAP akan menyerahkan kerusi kepada AMANAH dan PPBM semata-mata untuk memenuhi tuntutan PAS.
Contohnya, satu konfigurasi kerusi di Selangor yang disebut-sebut di bawah cadangan “satu lawan satu” yang diusahakan diantara KEADILAN dan PAS ini ialah KEADILAN bertanding 15 kerusi, DAP bertanding 15 kerusi, PAS bertanding 14 kerusi, PPBM bertanding 10 kerusi dan AMANAH bertanding 2 kerusi. Saya tahu perkara itu mustahil dicapai kerana Dato’ Seri Azmin tidak akan dapat meyakinkan DAP untuk menerima PAS di dalam kerajaan Selangor selepas ini dan beliau tidak akan dapat meyakinkan AMANAH untuk bertanding hanya 2 kerusi.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Oleh itu, dalam keadaan rundingan itu mustahil membuahkan apa-apa kerana KEADILAN tidak ada kuasa dan mandat untuk memaksakan persetujuannya ke atas Pakatan Harapan, rundingan pada saat ini hanya akan melengah-lengahkan rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan yang sedang berjalan.
Dengan kenyataan demi kenyataan PAS yang bukan sahaja menolak pelawaan kumpulan dari KEADILAN yang mahu berkawan tetapi menghina KEADILAN dari semasa ke semasa, strategi terus melayan karenah PAS dan menyakitkan hati rakan dari Pakatan Harapan hanya akan menyebabkan kekalahan seberapa ramai calon KEADILAN termasuklah dari kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu.
Ini kerana dalam proses cuba memujuk PAS itu, KEADILAN akan dilihat tidak berprinsip dan mementingkan diri. Apabila rundingan itu gagal akhirnya (kerana ia mustahil dicapai seperti disebut di atas), KEADILAN bukan sahaja tidak mendapat undi dari penyokong PAS, malah hilang undi bukan Melayu dan pengundi tegar Pakatan Harapan yang marah dengan tindakan membelakangkan Pakatan Harapan itu.
Selesai melalui kaedah demokrasi di Kongres Khas
Itulah latar belakang kenapa tidak ada titik pertemuan atau kompromi di kalangan pimpinan KEADILAN di peringkat Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat mengenai isu ini. Perbezaan pendapat ini telah berlanjutan terlalu lama dan kita tidak lagi boleh mengheret anggota biasa KEADILAN dan rakyat keseluruhannya ke dalam kancah ini.
Perbezaan pendapat ini juga telah membahagikan parti ini kepada dua kumpulan sejak kebelakangan ini sehinggakan mengelirukan akar umbi untuk meneka pandangan setiap pemimpin pusat. Oleh kerana ada di kalangan pemimpin pusat yang turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan, perbezaan pendapat ini ada kesan kepada persediaan PRU14.
Di satu pihak, yang bersetuju dengan Dato’ Seri Azmin untuk terus berunding dengan PAS termasuklah Naib-naib presiden Sdr Tian Chua, Sdr Shamdul Iskandar dan naib presiden dilantik iaitu Sdr Xavier Jeyakumar dan Sdr Dr Shaharuddin (yang menjadi wakil rundingan KEADILAN dan PAS). Pimpinan lain yang dikenali ramai yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sdri Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita), ahli-ahli Biro Politik iaitu Sdr Sivarasa Rasiah, Dato’ Saifuddin Abdullah (yang juga KSU Pakatan Harapan), Dato’ Kamaruddin Jaafar, Sdr Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi) dan Sdr Surendren. Ahli MPP pula termasuklah Sdri Elizabeth Wong, Sdr Hee Loy Sian, Sdri Siti Aaishah Sheikh Ismail, Dr Mohamad Nur Manuty, Sdri Latheefa Koya, Sdr Afif Baharuddin dan Sdri Haniza Talha.
Di satu pihak yang tidak bersetuju dan mahukan komitmen penuh kepada Pakatan Harapan, selain saya sendiri, termasuklah Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Sdr Nik Nazmi (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Sdr Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Sdr Sim Tze Tzin (Pengarah Strategi), Sdr Fariz Musa (Ketua Setiausaha Pengelola), Sdr William Leong, Jeneral (B) Dato’ Hadi (Pengerusi Lembaga Disiplin) dan Sdri Christina Liew (Pengerusi Sabah) di peringkat Biro Politik. Pimpinan lain yang berpendapat begini di peringkat MPP antaranya ialah Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Sdr Wong Chen, Sdri Rodziah Ismail, Sdri Fuziah Salleh, Sdr Manivanan, Sdr Gooi Hsiao Loong, Sdr Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Sdr Hassan Karim dan Sdr Aminuddin Haron.
Pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini berlaku dari peringkat Biro Politik ke MPP hinggalah ke peringkat akar umbi.
Oleh yang demikian, sampai masanya ia diputuskan secara keseluruhan mengikut Perlembagaan parti supaya jalan buntu itu diselesaikan mengikut kaedah terbaik iaitu demokrasi.
Saya mengesyorkan supaya satu Kongres Khas kebangsaan dipanggil dengan segera untuk memutuskan perkara ini dengan melibatkan pengundian perwakilan cabang-cabang KEADILAN dari seluruh negara seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Parti. Setelah undian dibuat dan kedua-dua pihak ada peluang yang adil untuk membentangkan hujah masing-masing, saya yakin apa pun keputusannya keseluruhan anggota KEADILAN dari atas hingga bawah bertanggungjawab memikul apa-apa kesan dari keputusan itu tanpa boleh menuding jari kepada satu pihak lagi.
Hanya dengan keputusan yang dimuktamadkan mengikut kaedah Kongres Khas ini barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan-rakan Pakatan Haarapan dan diri kita sendiri.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena