Tuesday, 15 August 2017

[Video Nothing To Hide: Apa yang berlaku sebelum kekecohan] Suspek kekecohan ‘Nothing to Hide 2.0’ dibayar RM50!

Selasa, 15 Ogos 2017


Foto Suara Rakyat.

JAMAL 'jamban' nafi beliau dalang di sebalik kekecohan yang tercetus selepas insiden baling selipar, kasut, kerusi dan suar dalam forum #Nothing2Hide2.0 di Shah Alam semalam.
BAGAIMANA PULA DALANG BAYAR RM50 ITU ??!
Beranikah Jamal nak menafikannya juga ??!

Suspek kekecohan ‘Nothing to Hide 2.0’ dibayar RM50

Suspek kekecohan ‘Nothing to Hide 2.0’ dibayar RM50
Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 15(2)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Ogos, 2017.

TIGA suspek yang ditahan atas dakwaan mencetuskan kekacauan semasa forum Nothing to Hide 2.0 semalam dibayar RM50 seorang untuk hadir ke majlis itu, dedah siasatan awal polis.
The Malaysian Insight difahamkan tiga remaja itu adalah dalam kalangan sebuah kumpulan besar yang diminta berhimpun di sebuah lokasi di Setiawangsa. Di situ, mereka diberikan kemeja-T dengan logo Bersatu, kata sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan.
Polis Selangor yang diketuai oleh polis Shah Alam sedang menyemak gambar-gambar dan rakaman video untuk mengenal pasti identiti anggota lain kumpulan itu. Tiga remaja yang dicekup semalam kini sedang ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Ogos ini.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(2)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena