Sunday 13 August 2017

[Video PANAS! CUBAAN MENCEDERAKAN TUN MAHATHIR DAN MEMBAKAR DEWAN] Nothing to Hide 2.0 tanpa Najib dan wakil Umno & Program Nothing To Hide bertukar kecoh.

Ahad, 13 Ogos 2017

Nothing to Hide 2.0 tanpa Najib dan wakil Umno

Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam petang ini berjalan tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahupun ahli Umno.
Bahkan Presiden Gabungan NGO Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos dan juga Ketua Bahagian Sungai Besar yang dikatakan akan membuat kejutan, tidak muncul sehingga jam 3.30 petang ini.
Sebanyak 40 kerusi yang disusun dengan tag "Delegasi Najib" sebaliknya diduduki kalangan penyokong Pakatan Harapan tanpa menghiraukan tag yag diletakkan khusus untuk wakil Najib dan ahli Umno.
Hadirin melebihi 1,000 orang memenuhi dewan dari kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.
Nothing to Hide 2.0 menampilkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kehadiran masuk ke dewan Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diiringi pimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir jam 3.50 petang disambut dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan bacaan doa oleh Pengerusi Agama Bersatu Ustaz Hassan Ismail.
Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir ketika ini Ketua DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin, Exco Kerajaan Negeri Selangor Daroyah Alwi,  Datuk Zaid Ibrahim serta Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil.
Moderator Azhar Harun ketika menyampaikan kata aluan mengharapkan Najib dan wakil Umno akan hadir ke forum dan diskusi Nothing to Hide 2.0 kali ini.
Dalam ucapan pembukaan, Mahathir berpandangan ketidakhadiran Najib itu menunjukkan banyak yang disembunyikan oleh presiden Umno itu.
"Dalam Nothing to Hide 2.0 ini nampak jelas ketidakhadiran Najib jelas 'he has a lot to hide'.
"Rakyat jangan bagi peluang dan jangan takut. Saya berpendapat Najib akan cuba rasuah bagi duit untuk undi dan akan membuat janji palsu bagi partinya sepertimana dia buat dahulu," ujarnya.
Beliau menegaskan program ini diadakan untuk mendapatkan kepastian berkaitan dengan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan mengaitkan nama Najib sebagai kleptokrasi global.
"Saya kata ini (pentas) supaya dia boleh jawab jika tak berani datang sini tempat lain pun boleh jawab.
"Saya jawab di sini DOJ yang kata negara kita negara penyangak PM dituduh curi duit tetapi menteri pula sokong.
"PM datanglah sini....jika betul kita puji tang mana tak patut, kita tegurlah," ujarnya.
Bahkan Mahathir turut menegaskan semula bahawa ahli Umno perlu mengadakan undi tidak percaya kepada presiden Umno itu dan turut mengulangi gesaanya agar Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah berkaitan 1MDB.

Program Nothing To Hide bertukar kecoh

Mahathir Nothing to Hide 2
Program Nothing to hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam petang ini digganggu sehingga memaksa ia ditamatkan segera.
Kejadian berlaku apabila salah seorang hadirin bertanyakan berkaitan isu Memali kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejurus selepas Mahathir menjawab pertanyaan tersebut terdengar pekikan yang tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir.
Lantaran itu terdapat dalam kalangan hadirin yang membaling kerusi dan bom asap dilontarkan di hadapan hadirin dan ada yang mencampakkan botol air mineral ke arah pentas.
Ada seorang suspek di tahan di luar kawasan dewan ketika melarikan diri dan id kejar armda dlm kejadian berlaku.
Orang ramai panik lalu berlari keluar dewan dan merempuh sesama sendiri apabila bom asap yang sama dicampakkan ke arah kerusi media.
Berlaku pertempuran antara Armada dan suspek yang dipercayai melontarkan bom asap ke arah hadirin.
Manakala pergelutan turut berlaku antara Armada dan suspek yang berjaya ditangkap.
Supek didesak memberikan kenyataan terhadap khianat yang dilakukan.
Difahamkan, dua suspek ditangkap polis dan dibawa ke IPD Shah Alam.
Berita lanjut menyusul...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena