Thursday, 24 August 2017

[Video PAS berangan-angan nak rampas Kepala Batas? Mengapa Najib nak jumpa Trump 'Presiden Dungu dan Racist'?] Bertanding 42 kerusi Dun Selangor sahkan Pas 'pengebom bunuh diri'.

Jumaat, 25 Ogos 2017



Image result for Gambar Donald trump

Foto Parti Amanah Negara.
PEMBERITAHUAN
Harap maklum bahawa kenyataan seperti disebarkan ini adalah PALSU dan BUKAN dikeluarkan oleh YB KHALID ABD SAMAD.

Bertanding 42 kerusi Dun Selangor sahkan Pas 'pengebom bunuh diri'

Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi bahawa Pas akan bertanding di 42 kerusi Dun Selangor mengesahkan parti itu sebagai 'suicide bomber' (pengebom bunuh diri) dan bukannya 'king maker' dalam politik tanah air.
Keputusan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak lagi bersama pembangkang malahan menjadi pengganggu (spoiler) dalam perjuangan rakyat menjatuhkan rejim Umno-BN pimpinan kleptokrat Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil bagaimanapun yakin rakyat akan memilih blok yang benar-benar kuat bagi menjatuhkan Umno-BN iaitu Pakatan Harapan.
"Dalam keadaan ini, mustahil untuk Pas menjadi 'king maker' kerana mereka bukan lagi pilihan rakyat kerana tidak lagi berada bersama gabungan pembangkang," ujarnya.
Menurut beliau, dalam sejarah pilihan raya negara ini, Pas hanya mendapat sokongan kuat rakyat apabila berada dalam satu gabungan seperti mana bersama Barisan Alternatif dalam PRU 1999 dengan 27 kerusi parlimen, PRU 2008 (23 kerusi) dan PRU 2013 bersama Pakatan Rakyat (21 kerusi).
"Sebaliknya apabila bersendirian, Pas hanya mendapat 1 kerusi dalam PRU 1986 dan 7 kerusi dalam PRU 2004," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas sebagai 'suicide bomber' yang bukan sahaja akan membunuh dirinya sendiri, tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.
"Begitulah juga ibaratnya dengan kedudukan Pas yang akan ditolak rakyat kerana dilihat mesra Umno dan seringkali membela korupsi Datuk Seri Najib Razak yang mana parti-parti yang bersama Pas juga dibimbangi bakal ditolak rakyat," katanya.
Oleh itu, Faiz menyeru semua parti gabungan Pakatan Harapan supaya memberikan fokus memperkukuhkan Pakatan Harapan di semua peringkat dan menumpukan kepada objektif menjatuhkan Umno-BN.
"Masa yang diberikan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan telah lama dibuka, namun tidak disambut oleh Pas. Sebaliknya Pas lebih ketagih menyerang Pakatan Harapan dan parti-parti komponennya.
"Maka, punca dan agenda Pas di sebalik langkah sumbang Pas ini di kala Datuk Seri Najib Razak mengamalkan khurafat baru 'cash is king' demi survival politiknya bukan lagi suatu misteri," tegas beliau.





Hello Amanah, hello PKR, hello PPBM dan hello DAP. Jangan pedulikan parti HAMPAS ni. Lantak dia, nak tergolek ke atau nak mati terlentang ke, biarkan sahaja. Rakyat akan menolak parti balaci umno ini dlm pru ke 14 nanti. Yg mustahak PH susun strategi untuk maju ke hadapan.

1 comments:

Blogger said...

QUANTUM BINARY SIGNALS

Get professional trading signals sent to your cell phone daily.

Follow our signals NOW and gain up to 270% per day.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena