Thursday, 17 August 2017

[Video Umno SABAH Gigit JARI! Mana air?] Pemimpin Sabah, Sarawak kecewa pembangunan tak seimbang, terpinggir.

Jumaat, 18 Ogos 2017

Image result for Gambar tong biru disabah

Semenanjung merdeka enam tahun lebih awal daripada Sabah dan Sarawak dan hal ini memberi implikasi dari segi tahap pembangunan dan wilayah terbabit.
Dari segi pembangunan, hal ini bermakna Sabah dan Sarawak berada sekurang-kurang enam tahun di belakang Semenanjung. Masih banyak kawasan luar bandar dan kampung di Sabah dan Sarawak yang masih belum mempunyai bekalan api dan air bersih, serta jalan raya. Lebih daripada suku isi rumah tidak mempunyai bekalan elektrik.
Sebanyak 40% isi rumah di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akses kepada air bersih yang dirawat berbanding 12% di Semenanjung (Program Transformasi Kerajaan, 2010).
Bagi Sabah, pada 2009, umpamanya, keseluruhan kawasan luar bandar Sabah yang memperoleh akses bekalan elektrik ialah 72.7 % dan jumlah ini hanya meningkat sebanyak 2.0 % pada 2011, iaitu satu jumlah peningkatan yang amat perlahan berbanding peratusan penerimaan bekalan elektrik di kawasan luar bandar di negeri lain dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan sekurang-kurangnya RM740 juta  diberi kepada Sarawak bagi pembangunan infrastruktur daripada keseluruhan peruntukan yang diterima Kementerian Kerja Raya di bawah Bajet 2013.
Kementerian itu diperuntukkan RM3.7 bilion untuk pelaksanaan projek tahun 2013 dan hampir separuh daripadanya adalah untuk Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada peruntukan  masing-masingnya akan disalurkan ke Sarawak dan Sabah.
Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan masalah ini dapat ditangani dengan berkesan dan agar rakyat luar bandar dapat merasai nikmat kemerdekaan. Kita tidak boleh membiarkan masalah ini dan membiarkan jurang antara bandar dan luar bandar dan antara rakyat Sabah dan  Sarawak dengan Semenanjung.
Kekecewaan tentang ketidakseimbangan pembangunan dan keterpinggiran Sabah dan Sarawak  turut diluahkan oleh wakil rakyat Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar pernah meluahkan kekecewannya yang menyifatkan jalan yang becak dan berlumpur, kemudahan asas yang teruk sehingga menyebabkan ada penduduk yang meninggal dunia kerana gagal mendapat perubatan segera ekoran masalah jalan raya dan perhubungan.
Mengikut beliau, kerajaan telah berjanji untuk membina jalan raya tetapi janji itu belum ditunaikan. Justeru, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Pusat  perlu menyalurkan peruntukan yang lebih banyak melalui Kementerian Wilayah dan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk memperbaiki prasarana dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik dan jalan raya di Malaysia Timur, sekali gus merapatkan jurang antara Malaysia Timur dengan Semenanjung Malaysia.
Sebenarnya, mengikut beliau prasarana teruk bukan hanya terdapat di kawasan beliau, tetapi juga beberapa daerah lain di Sabah. Kata beliau, isu ini penting dan perlu ditangani segera. “Tidak ada gunanya bercakap tentang transformasi jika masalah berkenaan tidak diselesaikan sehingga rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan” (Borneo Post, 6 Ogos 2013).
Selepas PRU 2008, pemimpin politik dari Sabah telah tidak lagi dapat membendung kekecewaan mereka terhadap pemimpin pusat.
Mereka telah menyuarakan rintihan dan rasa tidak puas hati di Parlimen dan juga di media  membabitkan isu jumlah sedikit jawatan menteri yang diberikan kepada wakil rakyat dari negeri berkenaan, kekurangan kemudahan infrastruktur dan isu sosial seperti kebanjiran pendatang asing tanpa izin.
Pada PRU 2008 BN Sabah memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen dan menyumbang kira-kira 17 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi.
Anifah Aman, seorang wakil rakyat UMNO menolak pelantikan sebagai timbalan menteri pengangkutan selepas pilihan raya umum 2008. Beliau menyatakan bahawa rintihan dan kekecewaan yang dibangkitkan oleh anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak, akhir-akhir ini semakin lantang kerana mereka merasakan “tiada apa dilakukan setakat ini” (mStar, 28 Mei 2008).
Kenyataan ini turut disokong Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin, yang berkata: “Ia telah berlaku terlalu lama. Kami sepatutnya bercakap mengenai meningkatkan taraf kehidupan tetapi (di Sabah) kami masih bercakap mengenai kekurangan kemudahan asas. Macamana kami nak bincang mengenai ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) sedangkan kemudahan asas pun tidak ada?” soalnya.
Anifah turut memberikan perbandingan mengenai jurang pembangunan antara  Sabah dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia: “Sebagai contohnya  kita semua tinggal dalam sebuah banglo yang indah dan besar, tetapi hanya beberapa penghuni yang menikmati kemudahannya. Hanya sedikit yang menikmati bekalan air paip tetapi yang lainnya menggunakan telaga. Sesetengahnya menggunakan pendingin hawa sedangkan lainnya malahan tidak mempunyai kipas.”
Beliau berkata apa yang mereka lakukan adalah untuk memperjuangkan apa-apa yang sepatutnya untuk rakyat di Sabah dan Sarawak, termasuk meningkatkan  infrastruktur asas, dan bukan minta benda-benda yang istimewa.
“Kami telah menjadi sebahagian Malaysia sejak lebih 40 tahun lepas. Sehingga sekarang, masih banyak kawasan yang masih belum dihubungi jalan raya, tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih.  Kami tidak boleh lagi cakap banyak, malahan janji yang lepas-lepas juga belum ditunaikan,” katanya.
Anifah berpendapat para pemimpin persekutuan perlu melawat ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak “untuk melihat sendiri” keadaan sebenar di kawasan yang amat memerlukan kemudahan asas (mStar, 28 Mei 2008).
Adakah keadaan sudah berubah selepas kenyataan pemimpin politik terbabit?
Kita perlu terus berusaha untuk mengubah nasib rakyat. Kita perlu terus berazam untuk memajukan negara ini supaya setaraf dengan negara maju. Memang, kita sudah banyak berubah, tetapi kita masih jauh di belakang negara maju. – Sarawakvoice

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena