Thursday 17 August 2017

[Video BERGEGAR DEWAN! Tamatkan PEMERINTAHAN BN!] Akhbar: Bank tempatan berwaspada dengan projek TRX.

Khamis, 17 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Bukankah Najib sebelum ini dah kata ekonomi negara kita berada di landasan yang betul kukuh, mapan dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara..

TAHUKAH ANDA.. TRX City Sdn Bhd dan sekutunya sedang berusaha nak cari lebih RM2.5 bilion untuk pembangunan projek di Tun Razak Exchange (TRX) tetapi sambutan daripada bank tempatan digambarkan sebagai "suam-suam kuku", menurut laporan oleh The Edge Markets.

TIBA-TIBA bank tempatan sendiri tak 'confident' dgn projek TRX itu sendiri, jenapa ??!
Akhbar: Bank tempatan berwaspada dengan projek TRX


TRX City Sdn Bhd dan sekutunya sedang berusaha untuk mendapatkan lebih RM2.5 bilion untuk pembangunan projek di Tun Razak Exchange (TRX) tetapi sambutan daripada bank tempatan digambarkan sebagai "suam-suam kuku", menurut laporan oleh The Edge Markets.
Memetik sumber, laporan itu berkata beberapa bank telah dihubungi, tetapi jenis instrumen belum diputuskan.
Bank gergasi UK, HSBC dan beberapa bank Singapura dikatakan menunjukkan minat, manakala bank tempatan seperti RHB, Malayan Banking Bhd dan CIMB Bank Bhd kurang bersemangat.
Menurut laporan itu, kementerian kewangan kurang senang dengan "sambutan suam-suam kuku” dari bank tempatan.
"Sesetengah (bank tempatan) berkata pasaran hartanah, baik komersial dan kediaman, masih lembab manakala yang lain pula ragu-ragu kerana syarikat induk TRX sebelum ini adalah 1MDB," kata sumber lain.
Laporan itu menyebut bahawa HSBC telahpun memberi komitmen kepada projek TRX dengan memperolehi sebidang tanah untuk membina ibu pejabat baru bank itu.
Pada tahun 2010, Putrajaya menjual sebidang tanah seluas 70 ekar, yang dikenali pada masa itu sebagai Dataran Perdana, berhampiran Bulatan Pandan kepada 1MDB pada harga RM230 juta, atau kira-kira RM75 satu kaki persegi.
Ketika itu, 1MDB menamakan projek itu sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, yang berasaskan model Canary Wharf di London. Ia kemudiannya dikenali sebagai Tun Razak Exchange (TRX) sempena nama bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selepas 1MDB menghadapi masalah aliran tunai, projek TRX dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan dikendalikan di bawah nama TRX City Sdn Bhd.
Susulan itu, 70 ekar tanah diasingkan dan dijual kepada enam syarikat, termasuk Mulia Property Development Sdn Bhd, Affin Bank Bhd, Lembaga Tabung Haji, WCT dan Australia Lendlease.
Putrajaya belum menamakan syarikat keenam yang terlibat, sekadar menyatakan bahawa ia dimiliki oleh MOF Inc.

malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena