Monday 30 June 2014

Jihad! "Dia (Lotfi) tidak akan kembali ke Malaysia.“ Yang penting PAS tetap berdiri teguh...

Selasa, 1 Julai 2014

KDN Pasti Sakit Hati Dengar Berita Ini...


Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.

Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi meninggalkan tanah air.“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima.

Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.“Saya antara orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat. Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan pergi senyap-senyap.“

Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.Lotfi dalam satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu.Katanya, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi daripada parti selepas mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.

Zainon, 53, berkata Lotfi membuat kajian yang mendalam selama tiga tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya.

Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.“Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. 

Dia tidak akan kembali ke Malaysia.“Yang penting PAS tetap berdiri teguh dan dirinya selamat di Syria,” katanya kepada Sinar Harian yang kesal dengan pihak tertentu sering mengeksploitasi perjuangan adiknya di negara bergolak itu. ~tmi

BEKAS PEMAIN DRUMMER UKAYS DAN USTAZ LOTFI BERJUANG DI SYRIA...

Kami tidak mampu Ustaz....

Allah - Matlamat Kami
Rasul - Pemimpin Kami
Al-Quran - Perundangan Kami
Jihad - Jalan Kami
Syahid _ Cita-cita Kami.
 Ustaz Lofti kini berperang di pihak mujahiddin untuk menumpaskan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad

Gambar atas
Beliau Pernah menjadi Drummer rock 90 Ukays ,Malaysia.
Dikenali sebagai ali kini berada di Syria bersama (ustaz) Mohd Lotfi Ariffin BERJIHAD menentang Rejim Hizbullah(Syi'ah) dan Basyar al Asad,,
Antara kata-kata beliau semasa di sana
 hari ini bersiar di bumi Syam dari Idlib ke Aleppo terus ke Atma sempadan Turkey dan terus pulang semula ke Idlib sampai ke markaz maghrib dan insyaAllah esok pagi akan ke bandar Murik kerana Bassyar sedaya upaya akan merampas semula bandar sepi itu .Bandar itu merupakan pintu masuk ke bandar Khan Syaikhun sebuah bandar yang sedang di kepung oleh mujahidin insyaAllah kalau sekiranya Murik dapat di pertahan maka Khan Syaikhun akan di kuasai sepenuhnya oleh mujahidin .setiap hari mujahidin dari berbagai kumpulan bergilir mempertahankan bandar Murik dan di pehak musuh pula berkali cuba untuk mendekati bandar itu dan terkadang mereka boleh masuk sehingga 1/3 bandar dengan kereta kebal dan kereta perisai dan di bantu dengan jet pejuang juga heli berlegar diudara alhamdulillah akhirnya mereka terpaksa berundur dan kelmarin mereka diserang sehingga mereka terpaksa berundur 3 km ke belakang



Rakyat Malaysia kita pergi berjuang di Syria, sama sama doakan semoga ustatz mendapat syahid seperti yg dimahukan. Besar pahalanya . Allahuakbar !

GAYAPENEROKA
Read More

DIPLOMAT MALAYSIA dituduh melakukan serangan seksual di New Zealand...

Isnin, 1 Julai 2014

Diplomat Malaysia dituduh cuba merogol di New Zealand

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya, memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak lapor Malaysiakini

Sementara itu sebuah portal berita dari New Zealand melaporkan..

PM wants diplomatic immunity waived 

Police say a warrant to arrest has been issued for a man who escaped prosecution on a serious charge in Wellington after invoking diplomatic immunity.

Prime Minister John Key says New Zealand formally asked that a diplomat facing sexual assault charges waive diplomatic immunity, but was rebuffed.

The diplomat has fled the country after allegedly committing a sexual assault.

If he returned to New Zealand at any time he could face prosecution for the alleged offences.

"We expect this diplomat to face consequences for his actions," Key told his regular post-Cabinet media conference this afternoon, but added that as a signatory to the Vienna Convention New Zealand had no option but to allow the man to go free.

The Government had tested the suppression order and concluded it would be breached if the country the diplomat was from was named, he said.

"It was the Government's strong preference that this person be held to account in New Zealand, but this was refused by the sending country," Key said.

"As a signatory to the Vienna Convention our hands are effectively tied, but we still expect justice for the victim. We have been assured this individual will be held to account in his own country."

The relevant head of mission would be called into the Ministry of Foreign Affairs (MFAT) so New Zealand's feelings on the issue could be made clear.

This is a lower-level sanction than being called in to face the foreign minister and as the name of the country involved is suppressed, there will be little diplomatic embarrassment.

PM CAN'T DISCUSS COMPLICATIONS

Key said there were complicating elements in the case that he couldn't discuss.

"There's lots of sort of complications behind the scenes in this that I can't really go into, but if the person was in New Zealand, and if there hadn't been diplomatic immunity, then that person would have been held to account and gone through a process in New Zealand," he said.

He hoped the incident would not harm relations with the sending country.

Asked why the head of mission was only being called in now, more than a month after the alleged incident took place, Key said there had been ongoing contact.

"There's been a series of meetings held at a variety of different levels with MFAT in New Zealand and the representatives of the sending country," he said.

"I'm led to believe, and I strongly accept that advice, that the host country is absolutely aware at a very senior level about New Zealand's expectations and how seriously we're taking the issue."

Asked if the New Zealand Government would be seeking to challenge the suppression order, Key said he had not sought advice on the matter.

LABOUR: EXTRADITE THE DIPLOMAT

Labour's foreign affairs spokesman David Shearer said the public needed to be reassured that the matter would not be "swept under the carpet and forgotten about".

He called for the diplomat's extradition back to New Zealand.

The Vienna Convention for diplomatic immunity ensures diplomats are given safe passage and are not subject to lawsuit or prosecution under the host country's laws.

They can still be expelled, however.

McCully said New Zealand would always seek a waiver to diplomatic immunity in cases where a diplomat was accused of a serious crime ~ Stuff

Faham-fahamlah.. kalau dah kekebalan diplomatiknya itu tetap dikekalkan kemudiannya diminta pulang ke Malaysia... setakat itu sajalah kes ini berjalan...
Read More

UMcedel? "Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik" - Presiden PKAUM

Selasa, 1 Julai 2014

Tutup mulut, diam, dan jangan nak mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin...

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.


Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.

"Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik. Jangan sebab kajian kita anda (kerajaan) menghadapi masalah, itu bukan masalah kita.

"Jangan sebut sekali pun kecemerlangan akademik. Tutup mulut, diam, dan jangan nak pandai-pandai mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang dan sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan, namun perkara ini gagal difahami pihak kementerian.

Mengenai isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan, Azmi berkata Timbalan Cancelor (VC) berkuasa penuh menentukan calon paling layak memegang jawatan dekan walaupun jumlah undi mungkin menyebelahi Redzuan.

"Tentang dekan itu kita tak tahu kenapa kerana sistem (pemilihan) dekan bukan sistem demokratik.

"Staf akademik hanya memberi cadangan siapa yang mereka suka kemudian VC yang akan pilih.

"Jadi kita tak tahu berapa banyak staf fakulti sastera yang sokong (Redzuan).

"Walaupun mungkin beliau menang undi popular tetapi keputusaan akhir ditangan VC, apa sebab kita tak tahu," katanya.

Beliau berkata, jika benar berlakunya isu Redzuan tidak dipilih walaupun mendapat undi popular, ini jelas satu lagi contoh campurtangan kerajaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.

Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.

Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.

Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM.

Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun Twitter miliknya, hari ini.

"Kami hormati prinsip dan keputusan beliau, dan apakah kesan kepada UM? Universiti jadi malu.

"Tetapi akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga," kata Azmi. – tmi
BLM
Read More

Kanan GENTING HIGHLANDS, Kiri LUMBA KUDA...PUSAT JUDI DI HULU SELANGOR

Isnin, 30 Jun 2014

ASTAGHFIRULLAH ! MARI BANTAH PEMBINAAN PUSAT JUDI DI HULU SELANGOR




Dicatat oleh 
Read More

YB Tan Hong Pin cuba berpuasa selama seminggu dalam bulan Ramadhan...Umno jugak yang meroyan!

Isnin, 30 Jun 2014

PERBUATAN SETIAUSAHA PEMUDA DAP INI PASTI AKAN BUAT MACAI-MACAI UMNO TERMASUK PERKASA DAN ISMA MEROYAN PIANG?

Apa nak jadi dengan Setiausaha Pemuda DAP ni .. sempena bulan Ramadhan sanggup bersama isterinya berpuasa selama 1 minggu untuk menghayati dan merasai umat Islam berpuasa.

Ini sudah lebih .. pemuda-pemuda MCA, Gerakan, PPP, MIC, SUPP, SPDP, PRS, PBRS, UPKO, LDP dan PBS pun yang dianggap juak-juak UMNO sebagai rakan-rakan mempertahankan Islam dalam UMNO pun tidak berani nak berpuasa sedangkan DAP siang malam pagi petang 1 hari 24 jam 1 minggu 7 hari tidak kira masa dan tempat sentiasa labelkan DAP sebagai anti, benci dan tindas Islam Setiausaha Pemudanya pula suami isteri melakukan puasa tahan lapar dan dahaga.


"1 Ramadhan, jam 5 pagi: SU Pemuda DAP YB Tan Hong Pin (Adun Mengkibul) dan isteri bersahur di rumah Sdr Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia. YB Tan Hong Pin akan cuba menghayati puasa selama satu minggu dalam bulan ramadhan kali ini."
Posted by 
Read More

Ketua Kongsi Gelap Jackie Chan (bekas Ketua Cawangan MCA) serah diri...

Isnin, 30 Jun 2014

MCA SEPATUTNYA DESAK KERAS POLIS SIASAT AHLI-AHLI MCA KERANA PENGLIBATAN MEREKA SEBAGAI KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP!


Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen cuba nak mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah mereka semua pengganas.

Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat ... kenyataan MCA itu adalah jelas tidak berasas serta mencari publisiti murahan selepas diterima masuk dalam kabinet buncit membusung Najib Razak baru-baru ini..

Omak Kau sarankan sebelum buka mulut sila lihat di longkang parti kamu sendiri.
Posted by 
Read More

Pecat Pengarah UMcedel: Felo Kanan UM turut letak jawatan ...Umno sudah tidak yakin diri!

Isnin, 30 Jun 2014

Pecat Dr Redzuan Umno tidak yakin diri

SUSUPAN T HARI                                                                              
Hari ini kita dikejutkan dengan laporan mengatakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) yang juga Pengarah UMcedel Dr Redzuan Othman akan meninggalkan UM? Berita awal menyebut Redhuan telah melepas jawatan itu atas arahan Kementerian Pendidikan.
Dr Redzuan Othman
Kontraknya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang tamat hari ini juga tidak disambung.

Kalau berita ini benar satu kemalangan buat dunia akademik di negara ini kerana kehilangan seorang tokoh yang berkhidmat penuh profesionalisme.  Dr Redzuan menerusi UMcedel sebuah badan kajian awam sosial politik telah banyak membuat kajian dalam isu sosial dan politik dimana dapatannya memberi faedah kepada banyak pihak.

Bagaimana pun dapatan dan kajian UMcedel itu tidak disenang Kementerian Pendidikan apabila dapatan dalam kajian tidak memihak kepada kerajaan.

Alasan itu sebenarnya dangkal dan tidak mencerminkan sebuah kementerian yang mengutamakan integriti, ketinggian ilmu, tatabudi dan rasional. Walaupun hasil kajian dibuat oleh UMcedel tidak memihak sepatutnya ia diterima dengan baik dan dijadikan indikator atau panduan untuk membaikkan keadaan kerajaan.

Kerajaan nampaknya mahu menjadikan UMcedel seperti Kemas ataupun badan kajian (propaganda) Umno yang menyediakan kajian menunjukkan prestasi Umno baik sepanjang masa. Sudah tentu sebagai badan kajian dikendali oleh akademis ia tidak boleh berbohong atau membuat kajian berpihak kerana ia boleh menjejaskan maruah pusat pengajian itu.

Bertindak atas alasan itu menggambarkan pihak kerajaan bersikap anti akademik, suka dibodek dan para pemimpinnya berbuat tidak serupa yang dicakap. Kepada khalayak, kerajaan melaung-laungkan keadilan, kebebasan bersuara, tetapi dalam masa lain menutup rapat pintu kebebasan, bahkan orang yang cuba memperjuangkan kebebasan dan bersuara secara rasional dikenakan tindakan dan tekanan.

Nasib yang diterima oleh Dr Redzuan Othman itu sudah tentu menimbulkan kemarahan kalangan orang merindui kebebasan. Dunia akademik juga akan bergelora dengan apa yang berlaku itu dan ia akan disifatkan satu lagi bentuk pengengkengan ke atas dunia akademi.

Sebelum ini bekas pensyarah Kuliyah Undang-undang UIA Dr Abdul Aziz Bari mengambil tindakan sama apabila beliau ditekan dan kebebasannya bersuara menurut kepakarannya tidak disenangi oleh majikannya. Kerana menghormati kepada prinsip, akhirnya Aziz bertindak meletak jawatan dan keluar dari UIA.

Tindakan diambil Dr Aziz itu menyebabkan UIA kehilangan seorang profesor yang handal dalam bidang undang-undang dan perlembagaan negara.

Apa yang berlaku ke atas Dr Redzuan itu adalah kesenimbungan apa yang dilakukan ke atas Dr Aziz Bari. Tindakan-tindakan sebegini menunjukkan akan kesempitan pemikiran kerajaan dalam politik dan cuba menghapuskan kebabasan bersuara semaksimanya. Tindakan ini menampakkan pihak kerajaan terutamanya Najib Razak tidak yakin dengan kemampuan diri yang ada, lantaran itu kena menggunakan berbagai prosuder sebagai senjata mempertahankan diri.

Ternyata tekanan ke atas Dr Redzuan sehinggakan beliau meletak jawatan tidak disenangi golongan akademik dan mereka yang cintakan kebebasan. Felow penyelidikan UM, Saifuddin Abdullah yang juga bekas Timbala Menteri Pengajian Tinggi telah meletakkan jawatannya sebagai protes ke atas tindakan terhadap Dr Redzuan itu.

Dipercayai selepas ini dunia akan akademik yang sudah lama ditekanan dan "dibirokrasikan" oleh kerajaan tetapi masih tenang, akan mula bergolak. Badan-badan akademik dan persatuan kakitangan universiti akan memerhati apa yang berlaku dengan penuh minat. Kalaupun persatuan akademik dan kakitangan universiti tidak berani berdada, tetapi setidak-tidaknya dalam hati mereka mengutuk terhadap apa yang berlaku.

Tekanan kepada Dr Redzuan itu dilihat satu lagi cara macam mana kerajaan UBN menerusi Kementerian Pendidikan ingin "memondakan" golongan pelajar di negara ini. [wm.kl.1:07 pm 30/06/14]
Posted by mso.im 

Felo Kanan UM letak jawatan ekoran pemecatan Pengarah UMcedel

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) berikut pemecatan kontroversi seorang profesor di universiti tersebut.

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin.
Read More

KPM mengarahkan PENGARAH UMCEDEL LETAK JAWATAN! Mangsa penguasa angkuh...

Isnin, 30 Jun 2014

MANTAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI LETAK JAWATAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK KANAN UNIVERSITI MALAYA (UM) KERANA CAMPUR TANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENGARAHKAN PENGARAH/PENGASAS UMCEDEL LETAK JAWATAN.

Hari ini di akaun laman sosial Facebook miliknya .. Dato' Saifuddin Abdullah Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan MKT UMNO serta bekas Ahli Parlimen Temerloh telah menghebahkan kepada dunia bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap penganiayaan yang diterima oleh Profesor Dato' Dr Redzuan Othman yang diarah letak jawatan atas campur tangan dan arahan Kementerian Pendidikan.

"Prof Dtk Dr Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas UMCEDEL & Dekan FSSS UM. Olh krn arahan daripada pihak trtentu d KPM, baru2 ini beliau diarah meletak jawatan sbg Pengarah UMCEDEL. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini, beliau tidak disambung sbg Dekan (walaupun dicalon olh pnsyarah2 FSSS). Cerita ini disiarkan MsianInsider hari ini. ..Sy tahu akn cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM)...Prof Redzuan terima kedua2 keputusan ini dgn brlapang dada...Atas prinsip kebebasan akademik & solidariti dgn beliau, sy meletak jawatan sbg Felo Penyelidik Kanan UM hari ini".
Posted by 
KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar.

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. - HARAKAHDAILY
Read More

Sunday 29 June 2014

TIDAK SEDAR DIRI? Bahawa orang melayulah yang selamatkan kuasa sultan!...

Ahad, 29 Jun 2014

Sebar gambar bas, jawapan sebenar Dr Asri

Bas_MewahBekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.
“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.
Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.
Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.
Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.
Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.
Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach. – Sinar Harian

RAKYAT BUKAN MAHU LIHAT KEMEWAHAN ISTANA

#GAMBAR HANYA HIASAN SAHAJA DAN TIADA KAITAN YANG HIDUP DAN MATI

RAKYAT BUKAN MAHU LIHAT KEMEWAHAN ISTANA YANG SUMBERNYAhasil yang menyebabkan banyak tanah-tanah Johor menjadi "milik" asing. Rakyat mahukan Sultan YANG BERFUNGSI SEBAGAI SULTAN BUKAN SAUDAGAR atau Agen Pemudah Pihak Asing mengambil tanah-tanah di Johor.

Kemewahan hanya menyakiti hati dan perasaan yang miskin. Saya masih ingat bahawa IDEA untuk Kembara Mahkota Johor bermula apabila saya balik dari melanjutkan pelajaran Sarjana di USA pada tahun 2000 yang dibiayai oleh Almarhum Sultan Iskandar. Almarhum telah meminta saya berbuat sesuatu bagi membalas budi dan meminta saya menunjukkan cara berterima kasih saya kepadanya dengan membuat Program Kembara Mahkota Johor. Ramai tidak mengetahui perkara ini. Tetapi bagi menampakkan TMJ (pada masa itu nampak "smart") MAKA bila pihak media bertanya, apakah idea Kembara ini idea TMJ(Sultan sekarang) maka saya tersenyum "bagai" mengiyakan sahaja kerana hendak menjaga hatinya di depan orang ramai.

gambar hanya hiasan sahaja.

Saya telah membuat kertas kerja dan berjumpa dengan Almarhum Sultan Iskandar tanpa diketahui oleh TMJ. Maka bermulalah Kembara Mahkota Johor dengan Objektif utama "membetulkan imej keluarga diraja" dan membuat "rakyat kasih dan mesra dengan Istana". Apabila KMJ mendapat sambutan hangat, pada tahun pertama 2001, saya telah berbincang dengan Dato Karim, Pengarah Jabatan Pelancongan pada masa itu untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar ianya dijadikan Acara tahunan. Untuk Kembara kedua pada tahun 2002, kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM25,000. Kerajaan gembira kerana , apabila Istana "mesra rakyat" maka kurangkes-kes kejadian"YANG TAK MESRA" terhadap rakyat terjadi.

gambar hanya hiasan sahaja.

KMJ menggunakan motosikal kuasa tinggi kerana hendak memudahkan pergerakan yang jauh ke beberapa daerah di dalam beberapa hari. Bermotosikal memudahkan untuk melalui jalan jalan kecil dan jalan jalan kampung di pelusuk Negeri Johor. Banyak acara yang "tidak diatur rasmi" spt singgah di rumah rakyat sakit dan kematian pada hari KMJ.

Almarhum Sultan mahu anak anaknya bertemu rakyat dan datang dengan "low profile" dan nampak "sama dengan rakyat" di dalam program KMJ. Barang-barang kemas yang keterlaluan tidak dibenarkan dipakai oleh pihak Istana sewaktu KMJ berlangsung. Tiada meja VVIP yang keterlaluan dan Khemah khemah mewah yang membazir duit kerajaan sepanjang Majlis-majlis sambutan di daerah-daerah sewaktu KMJ. Anak -anak raja DIWAJIBKAN makan bersila atau duduk bersama sama rakyat .

NAMUN KMJ SUDAH BERUBAH menjadi "medan mempopularkan Sultan"dan menjadi MAJLIS MENUNJUK NUNJUK KEMEWAHAN DUNIAWI" YANG JAUH tersasar DARI Objektif asalnya .

Apapun Tahniah kepada Sultan Johor kerana meneruskan Program ini, kalau niat baik pasti yang baik jua balasan dari Allah swt. Program ini bukanlah program "RAKYAT TERPAKSA MENYAMBUT ISTANA" TETAPI IANYA adalah Program ISTANA MERAIKAN RAKYAT yang jauh di pedalaman yang tidak berpeluang seperti rakyat lain yang tinggal di bandar besar mudah bertemu anak anak raja.

SATU lagi KMJ adalah asalnya untuk anak-anak raja spt TMJ dan adik beradik bukan Program untuk Sultan.
Posted by 

Sultan TIDAK SEDAR DIRI bahawa orang Melayulah yang selamatkan kuasa Sultan yang mereka "serah dengan bacul" kepada Negara Asing dulu.


“Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”.


Gergasi Cina 'telan' bumi Johor dengan bantuan Istana Johor....apakah Istana Johor sedang "MENGKHIANATI RAKYAT MALAYSIA" . ADAKAH INI TERJUMLAH KEPADA PERBUATAN "MENJUAL WILAYAH kepada pihak asing?" Undang-Undang Tubuh Negeri Johor ada menyentuh Jika Sultan serah wilayah atau kuasa MAKA....... dulu peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Johor tentang perkara ini telah diperbincangkan secara meluas sewaktu Penubuhan Malayan Union. RAKYAT BENCI SULTAN JUAL TANAH NEGERI ATAU BERI "KUASA" PADA PIHAK ASING. SAYA PUN SANGAT BENCI!!.

KALAU SULTAN BERNIAGA DAN MENJADI RAKAN PERNIAGAAN SYARIKAT ASING DAN SYARIKAT MILIK BUKAN BUKAN MELAYU yang menjalankan Pembangunan dan Perumahan di Johor, Adakah SELAMAT DAN TIDAK MERBAHAYA memberikuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam pentadbiran Pembangunan dan Perumahan.....Mungkin SATU JOHOR KENA JUAL NANTI!

Saya percaya ianya sangat MERBAHAYA dan memudahkan pihak-pihak Asing mempergunakan Sultan yang merupakan Rakan Perniagaan mereka untuk menjalankan aktiviti "pembangunan" mengikut "selera mereka". Saya juga percaya MANA-MANA Orang yang dilantik menjadi Lembaga akan mengalami situasi "serba salah" dan "kesukaran" apabila berurusan dan berhadapan dengan Rakan Perniagaan Sultan di dalam melaksanakan fungsi mereka.

Sultan Johor terlibat secara langsung dan Baginda juga mengakui secara terbuka bahawa banyak Syarikat Asing dari China dan Singapura serta tycoon berbangsa Cina menjadi Rakan Perniagaan Baginda. Hampir kesemua Pembangunan dan Projek Perumahan dengan pihak Asing berkaitan dengan Istana Johor. Pihak Asing telah mengenalpasti bahawa cara mudah "masuk" ke Johor adalah melalui Istana Johor.

SULTAN TIDAK PATUT TERLIBAT secara langsung dalam peniagaan berkaitan pembangunan/perumahan seperti Sultan-Sultan Johor sebelum ini. Saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat MEMBERI PERHATIAN terhadap kepincangan yang berlaku di Johor sekarang,

SAYA JUGA DENGAN IKHLAS meminta Sultan Johor TURUN TAHTA dan memberikannya kepada warisnya yang LAYAK, jika Sultan Johor LEBIH BERMINAT MENJADI AHLI PERNIAGAAN MEMGUMPUL KEKAYAAN TANPA HENTI daripada menjadi Sultan SEPENUH MASA MENTADBIR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.


BACALAH DAN SILA KLIK






Posted by 

Read More

Negeri Johor berjaya "MENYAKITI HATI UMAT ISLAM"...PESTA BEER!

Ahad, 29 Jun 2014

NEGERI JOHOR AKAN MULA SAMBUT RAMADHAN DENGAN PESTA BEER!

Posted by 

NEGERI JOHOR AKAN MULA SAMBUT RAMADHAN DENGAN PESTA BEER!!! Tahniah !!! Kerana berjaya "MENYAKITI HATI UMAT ISLAM".

Suasana di Johor "Bagai Zaman Penjajahan Orang Kafir", Para Penguasa yang berkuasa "BAGAI TELAH HILANG KUASA", Orang Asing sewenang-wenangnya melakukan APA SAHAJA di Johor tanpa perlu rujuk atau tanpa rasa hormat kepada perasaan Masyarakat Tempatan Orang Islam yang menyambut Bulan Yang sangat Mulia ini.

AGAMA RASMI NEGARA DAN KETUA AGAMA ISLAM Tidak langsung dihormati. Pegawai-pegawai yang sepatutnya membuat pemantauan terlalu sibuk hingga "mata mereka juling".

INI ADALAH TANDA AWAL PENJAJAHAN ASING BERMULA DI JOHOR. 

Satu Pertanyaan dari saya, Adakah ada ahli keluarga Ketua Agama yang mempunyai saham dalam Projek ini? HINGGA MENYEBABKAN TELUR-TELUR Pegawai yang sepatutnya menjalankan kerja-kerja PEMANTAUAN telah "pecah".

Tolong dapatkan saya siapa Pengerusi/Pengarah Syarikat ini yang"TIDAK BERHATI PERUT DAN MENGHINA UMAT ISLAM DI JOHOR ini".

Kalau ada sesiapa yang BERANI , tolong "CUBITKAN" BAGI Pihak saya.Ya!!

Read More

PERAGUT KL tak tahan kena belasah..."Hantar saya ke balai, bang," Setelah menikam muka wanita...

Ahad, 29 Jun 2014

[VIDEO] Peragut Dibelasah Orangramai Rayu Dihantar Ke Balai Polis

Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.

"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.

Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. -mstar 

Posted By Greenboc 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena