Monday, 30 June 2014

KPM mengarahkan PENGARAH UMCEDEL LETAK JAWATAN! Mangsa penguasa angkuh...

Isnin, 30 Jun 2014

MANTAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI LETAK JAWATAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK KANAN UNIVERSITI MALAYA (UM) KERANA CAMPUR TANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENGARAHKAN PENGARAH/PENGASAS UMCEDEL LETAK JAWATAN.

Hari ini di akaun laman sosial Facebook miliknya .. Dato' Saifuddin Abdullah Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan MKT UMNO serta bekas Ahli Parlimen Temerloh telah menghebahkan kepada dunia bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap penganiayaan yang diterima oleh Profesor Dato' Dr Redzuan Othman yang diarah letak jawatan atas campur tangan dan arahan Kementerian Pendidikan.

"Prof Dtk Dr Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas UMCEDEL & Dekan FSSS UM. Olh krn arahan daripada pihak trtentu d KPM, baru2 ini beliau diarah meletak jawatan sbg Pengarah UMCEDEL. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini, beliau tidak disambung sbg Dekan (walaupun dicalon olh pnsyarah2 FSSS). Cerita ini disiarkan MsianInsider hari ini. ..Sy tahu akn cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM)...Prof Redzuan terima kedua2 keputusan ini dgn brlapang dada...Atas prinsip kebebasan akademik & solidariti dgn beliau, sy meletak jawatan sbg Felo Penyelidik Kanan UM hari ini".
Posted by 
KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar.

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. - HARAKAHDAILY

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena