Tuesday 17 June 2014

Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar... Kes 'bihun kembang tekak'

Selasa, 17 Jun 2014

Berita Terkini Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar

Berita terkini kilang Bihun Cap Masjid di Jalan Ipoh KL terbakar. Menerusi laman Facebook Daily Traffic Report, beberapa keping gambar kilang bihun cap masjid terbakar hangat diperkatakan. Antara komen daripada salah seorang pengguna facebook mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan tuntutan insurans. Terdahulu, isu Bihun Cap Masjid pernah menggemparkan negara apabila beberapa keping foto proses bihun yang menjijikan serta kotor tersebar dilaman sosial. Selain itu, siasatan JAKIM mendedahkan bahawa logo halal yang digunakan adalah palsu. Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan notis agar kilang tersebut ditutup serta merta.

Gambar Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar


terbakar 4

terbakar 3

Sumber: Berita Terkini Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar | melvister.com 



Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar


Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi ini.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian. 

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.
BLM.

KECOH DIBERITAKAN KILANG BUAT BIHUN JIJIK CAP MASJID TERBAKAR HANGUS?



Omak Kau mendapat kiriman gambar mengisahkan kononnya kilang kotroversi buat bihun jijik cap masjid di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur terbakar hangus dijilat api sebentar tadi.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena