Friday, 20 June 2014

Chubadak...Gotong Royong Bina Bangsal

Sabtu, 21 Jun 2014


PAS akan menganjurkan satu himpunan bagi membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan

PAS akan menganjurkan satu himpunan bagi membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan.
Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman menyifatkan tindakan itu zalim kerana walaupuan kes berkenaan masih di peringkat mahkamah namun pihak terbabit tetap meneruskan kerja merobohkan rumah penduduk.
“Saya melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada institusi kerajaan yang melakukan tindakan zalim ini.
“Meskipun injunksi telah diperolehi daripada peguam yang mewakili penduduk, namun kebimbangan tetap ada bagi penduduk di sekitar kawasan terbabit,” katanya.
Sehubungan dengan itu katanya, pihaknya telah sepakat untuk mengadakan satu perhimpunan bagi membantah kerja perobohan itu.
“Kita telah sepakat untuk mengadakan himpunan di hadapan Menara DBKL jam 10 pagi pada 23 Jun ini.
“Kita akan gerakkan mobilisasi untuk memastikan seberapa ramai yang hadir pada perhimpunan itu termasuk penduduk setempat dan juga penduduk di kampung berhampiran,” katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena