Thursday 19 June 2014

Permohonan Wan Muhammad Azri tangguh bayar RM850,000 ditolak ...

Jumaat, 20 Jun 2014
alt
KUALA LUMPUR 20 JUN - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger kontroversi PapaGomo menangguh bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM50,000.
 
Anwar diwakili peguamnya Shahid Adli manakala Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.
 
Februari lalu Rosilah yang menjadi hakim bagi kes tersebut mendapati Peguam N Surendran dan Lathifah Koya berjaya membuktikan kenyataan munasabah dengan mengaitkan Wan Azri sebagai Papa Gomo.
 
Hujah kedua-dua peguam itu mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan kenyataan fitnah berhubung skandal seks Anwar pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013 menerusi laman web papagomo.com.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena