Tuesday 17 June 2014

Beranikah Najib? 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'...MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir

Rabu, 18 Jun 2014

MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir.. Beranikah Najib?

KUALA LUMPUR: MCA mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang dan Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin kerajaan sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara sekular di negara ini, lapor portal Rakyat News.

Beliau menambah, pihaknya memandang berat jawapan Jamil Khir itu yang telah mengatakan bahawa 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'.

"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta merta berhubung status negara Islam yang cuba dipertahankan beliau.

Jamil dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat semalam menyatakan Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. 

-HARAKAHDAILY 
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena