Monday 16 June 2014

Francis Yeoh (YTL) rupanya dia kaya raya dalam negara ini? Dia ada berpuluh-puluh IPP - Bung

Isnin, 16 Jun 2014

Rumah Mewah Milik Empayar Keluarga YTL


YTL, IPP hangatkan dewan


YTL, IPP hangatkan dewan
KUALA LUMPUR -Isu kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh mengenai kapitalisme kroni dan penjana tenaga bebas (IPP) menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 Isu berkenaan menjadi topik perbahasan hangat apabila disentuh sekurang-kurangnya oleh enam wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

 Ia bermula apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa kerajaan menyediakan video rakaman berhubung dakwaan kenyataan Francis yang mahu Malaysia bebas daripada halangan kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama.

 Katanya, ini kerana Pengarah Urusan YTL berkenaan menafikan mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan mendakwa diputarbelitkan oleh media.

 "Apabila saya lihat latar belakang Francis, rupanya dia kaya raya dalam negara ini. Dia ada berpuluh-puluh IPP, katanya.

 Dalam reaksinya kepada celahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang meminta penjelasan bahawa tanpa sokongan kerajaan dalam bentuk bantuan secara langsung kebanyakan tokoh korporat tidak akan berjaya, Bung Moktar mendakwa, ada yang lupa diri.

 Beliau juga menyokong cadangan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) agar Kabinet mengaktifkan semula jawatan kuasa bagi membincangkan isu IPP yang diwujudkan pada 2011.

 Katanya, cadangan itu perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan bagi mengelakkan masalah pada masa depan.

 "Jangan nanti sudah terhantuk baharu tengadah. Kita bagi kayu pengukur, orang pukul kepala kita. Isu ini harus dilihat secara menyeluruh, kita tidak mahu ia mendatangkan masalah kepada rakyat dan kerajaan," katanya.

 Terdahulu, Shamsul yang membuat cadangan itu ketika mencelah berkata, pengaktifan semula jawatan kuasa berkenaan bertujuan memastikan rakyat memahami sepenuhnya isu berkenaan sekali gus tidak menimbulkan masalah kepada kerajaan.

 "Isu IPP menjadi isu besar dibincangkan oleh rakyat di semua peringkat, katanya.

 Mohd. Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang turut mencelah meminta campur tangan kerajaan supaya kontrak IPP terbaharu diberikan tanpa tender terbuka kepada YTL baru-baru ini tidak diteruskan kerana bantahan juga disuarakan oleh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). -Utusan

 

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena