Tuesday, 17 June 2014

Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat miliki syarikat RM2...Kakak, adik balun?

Selasa, 17 Jun 2014
BLM.

Adik Shahrizat dengan syarikat RM2 dapat konsesi bina UiTM Seremban III - Rafizi




SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat hanya bermodalkan RM2 diberikan pegangan saham sehingga 29 peratus di dalam satu konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang bernilai RM1.5 billion.

Tentu Selesa Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno.

Menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Datuk Shahrir Abdul Jalil dan Datuk Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan Shahrir adalah adik kepada Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudian digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Katanya, Shahrir adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd yang mendapat konsesi penswastaan 23 tahun termasuk pembinaan, operasi dan penyelenggaran UiTM di Seremban III.

Tambah Rafizi, seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Datuk Aidit merupakan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Datuk Hassan Ali selepas dipecat daripada PAS.

"Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno,"katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Jelas Rafizi model ini diguna pakai di dalam beberapa konsesi yang lain iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina memegang saham selebihnya.

"Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal oleh ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang atau kabel politik untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedangkan syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar,"katanya.

Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 billion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn bhd.

Tiga syarikat mempunyai pegangan saham di dalam  Inovatif Mewah iaitu Menang Development Sdn Bhd (51%), Menang Industri Sdn Bhd (20%) termasuk Tentu Selesa Sdn Bhd (29%).

Selepas KAKAK balun Duit Projek Lembu Kondo, kini adik pulak balun duit konsesi UiTM

PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil

PKR hari ini mendedahkan konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban diberikan kepada syarikat yang dimiliki adik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman. – 17 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dedah-putrajaya-beri-konsesi-uitm-seremban-kepada-adik-sharizat-jalil#sthash.1IN7wmiG.dpuf

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena