Monday 23 June 2014

Cinta yang hakiki...suami yang hebat seperti Hafiz

Isnin, 23 Jun 2014


10 gambar, satu perasaan - Sayu. Namun itu belum cukup menterjemahkan situasi sebenar yang ditanggung oleh seorang jemaah tabligh, Saudara Muhammad Hafiz Ab Rahman, 28 yang kehilangan isteri tercinta, Norsha Ahmad, 35 pada pagi semalam (Selasa, 17 Jun 2014). Ketika dalam perjalanan menghantar isterinya itu ke tempat kerja di sebuah kilang roti di Taman Shamelin, Cheras, Norsha ditabrak oleh sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir selepas terjatuh gara-gara Hafiz tidak dapat mengawal motosikal yang dinaiki oleh mereka berdua sebelum kejadian malang itu berlaku. Suasana menjadi pilu ketika orang ramai menjadi saksi ketabahan Hafiz yang bingkas bangun dan menutup mayat isterinya dengan baju sendiri dan mengutip cebisan daging di atas jalan raya serta yang melekat di bahagian tayar lori. Dalam keadaan yang cukup mencabar itu Hafiz tetap menjaga aurat dan maruah isterinya. Tambah menyayat hati, Hafiz dilihat duduk di sebelah jenazah isterinya sambil mengetip tasbih sementara menunggu ambulan datang. Begitulah cinta yang hakiki. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan buat Hafiz dan menempatkan isterinya bersama mukminin yang beruntung. Sungguh, beruntung sekali Norsha Ahmad dikurniakan suami yang hebat seperti Hafiz.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena