Saturday 21 June 2014

PRK Lagi...ADUN Bukit Assek Meninggal Dunia

Ahad, 22 Jun 2014




ADUN DAP/PR BUKIT ASEK SARAWAK MENINGGAL DUNIA. - Adun Bukit Assek di Sarawak, Wong Ho Leng, meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

Kematian itu disahkan melalui twitter Roketkini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang di twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemer
gian itu.

Pada 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya.

Pada 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai.

Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada 1999. Pada 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek.

Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4,751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.

Dalam pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihan Raya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, dengan jumlah undi sebanyak 13,527 undi, manakala lawan beliau, Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4,700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat, hanya 180 undi.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔

ADUN Bukit Assek Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Assek, Wong Ho Leng disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu akibat kanser.

Perkara itu disahkan oleh Ibu Pejabat DAP Kebangsaan sebentar tadi. Terdahulu, The Star melaporkan Hong Leng yang sedang menjalani rawatan tumor otak berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.

Isteri beliau, Irene Chang turut mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai keadaan Hong Leng.

Pada Januari tahun lalu, Hong Leng mengumumkan beliau disahkan menghidap tumor otak.

Bagaimanapun, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri lapor mStar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena