Monday 16 June 2014

Projek UiTM diberi kepada Adun Umno?...Kemudian disewakan selama 23 tahun

Isnin, 16 Jun 2014

Rafizi - Projek UiTM diberi kepada Adun Umno ?

KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang diberikan kepada seorang Adun Umno Pulau Pinang.
Katanya, perkara itu disahkan oleh perdana menteri dalam jawapan di parlimen yang mengakui kos kampus berkenaan adalah antara RM280 juta hingga RM315 juta dan disewakan semula kepada UITM. Ia katanya, merupakan perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan antara RM56 juta hingga RM69 juta.
Rafizi (2)
“Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Pulau Pinang) dari Umno. Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20 peratus saham pemegang konsesi tersebut.

“Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris, Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Penyata kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedudukan aset RM6 juta dan perolehan tahunan hanya sebanyak RM150,000.
Katanya, ia membuktikan syarikat itu tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan tiada pengalaman dalam sektor pembinaan.
“Saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?,” soal Pengarah Strategi KEADILAN itu.
Pada 12 Jun lalu, Rafizi mendedahkan bahawa kerajaan memberikan konsesi kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan UiTM selama 23 tahun dan  sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta bagi setiap kampus. Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang ditanggung rakyat.
“Sedangkan kos membina 6 kampus tersebut dianggarkan sebanyak RM 1.8 billion sahaja, mengambil kos purata RM298 juta untuk setiap kampus bagi 6 kampus cawangan,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan di Dewan Rakyat April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi. Selain cawangan UiTM Pasir Gudang, kampus lain adalah Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).
“Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi  terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi,” kata Rafizi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena