Sunday, 29 June 2014

Gangguan Air Selangor - Kerajaan negeri dan wakil rakyatnya seperti orang bodoh (complete fools)?

Ahad, 29 Jun 2014

Air Selangor: ‘Kami sudah beri cadangan, tapi tak dilayan’ – Tony Pua

Tony 3
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyangkal kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta pemimpin Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan tidak berfaedah berhubung masalah air, sebaliknya fokus kepada mencari penyelesaian isu itu.
Tony berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan, khususnya DAP telah memberi cadangan bagi menghadapi masalah itu namun tidak dilayan kerajaan Negeri.
Beliau merujuk cadangan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming agar kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang dianggotai Khalid sendiri serta Adun dan pegawai kerajaan yang terpilih, serta perancangan luar jangka bagi menangani masalah yang dihadapi.
“Malah, cadangan oleh Adun Selangor agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Khas ketika krisis air memuncak awal tahun ini juga tidak dipedulikan.
“Maka bukannya kurang cadangan membina daripada wakil rakyat DAP dan Pakatan, masalahnya ia seperti ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, katanya lagi, Khalid selaku Menteri Besar berhak untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pegawai kerajaan Negeri untuk menghadapi isu ini, tanpa mengambil mengambil kira pendapat DAP.
“Tetapi, biar saya tegaskan sekali lagi pendirian kami, jika masalah ini berterusan, pihak berkenaan perlu dihukum,” tegasnya.
Abdul Khalid semalam menyatakan DAP tersilap dengan mengkritik kerajaan negeri, sebaliknya perlu menghalakannya kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), berikutan kuasa masih di tangan mereka.
Mengulas kenyataan itu, Tony berkata ia tidak relevan memandangkan kritikannya tiada kena-mengena dengan proses pengambilalihan industri air.
Malah, katanya lagi, beliau sentiasa menyokong penuh usaha pengambilalihan itu, termasuk ketika Khalid sendiri menerima kritikan di dalam Pakatan.
“Isunya adalah gangguan terbaru yang berlaku – terutama di Balakong dan Bangi, serta di Bandar Mahkota Cheras dan Batu 9 semalam. Juga tentang amaran mengejut Syabas berhubung kemungkinan gangguan di Petaling Gombak dan Klang, seminggu selepas kerajaan Negeri memberi jaminan jelas bahawa tiada catuan air dalam masa beberapa bulan akan datang.
“Persoalannya mengapa buat jaminan sebegitu, dan kini beri alasan kerajaan Negeri ‘tiada kuasa ke atas Syabas’. Adakah kerajaan Negeri mendapat jaminan itu daripada Syabas, sebelum mengumumkannya?
“Tiada penjelasan juga diberikan mengenai punca gangguan yang setiap hari dilaporkan media. Semua orang, termasuk Adun Pakatan hanya tahu bahawa kerajaan Negeri telah memberikan jaminan. Maka apabila gangguan berlaku, bukankah ia memperlihatkan kerajaan negeri dan wakil rakyatnya seperti orang bodoh (complete fools)?,” katanya lagi. -Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena