Monday, 23 June 2014

Budak Sekolah 'Samseng Pailang' Kak Yong mengaku bersalah...

Selasa, 24 Jun 2014

Tahukah anda mereka mengelar diri mereka Pailang dan Kak Yong. Tapi adakah mereka layak digelar Pailang dan Kak Yong kalau keluar mahkamah tutup muka. 

-Izwan-
blogtauhusumbat

Tiga pelajar perempuan mengaku belasah pelajar lain

SAMARAHAN - Tiga orang pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di sini yang didakwa membelasah seorang pelajar lain sekolah itu dan perbuatan mereka dirakam dalam video yang tersebar di Internet mengaku bersalah di mahkamah majistret di sini hari ini.
Ketiga-tiga mereka yang berumur 16 tahun itu mengaku di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ekoran pengakuan itu, Zulhairil memerintahkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 seorang dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin sementara menunggu laporan akhlak mereka kepada mahkamah 11 Julai depan.
Mereka turut diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran seminggu sekali sehingga tarikh tersebut, hari sebutan semula kes itu. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0623&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz35VB1l7dm 
Hakcipta terpelihara 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena