Wednesday 18 June 2014

Pilihan PM...Juara Dunia ’La Roja’ Bungkus Awal

Khamis, 19 Jun 2014

Piala Dunia: Sepanyol Bungkus Awal

June 19, 2014


Juara bertahan Sepanyol tersingkir awal apabila giliran skuad kerdil Chile pula menconteng arang ke muka mereka dengan kemenangan 2-0.
Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Chile bakal mengiringi Belanda untuk ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan.

Anak buah Vicente Del Bosque itu melakukan rombakan di bahagian pertahanan di mana Gerard Pique diletakkan dibangku simpanan, terus meminggirkan Xavi tetapi mengekalkan Diego Costa dan Iker Casillas.

Namun jelas keyakinan Sepanyol masih goyah apabila hampir menjaringkan gol sendiri seawal minit pertama.

Kegusaran itu menjadi kenyataan apabila juara bertahan itu menerima tamparan apabila Eduardo Vargas meledak gol pertama hasil kesilapan benteng Sepanyol ketika perlawanan berusia 19 minit.

Chile seharusnya diberi kredit kerana kerjasama mereka mempertahankan kubu mereka sehingga menyukarkan Sepanyol.

Costa pula terlepas peluang menarik tetapi rembatannya kurang tepat dan hanya menggegar jaring pasukan lawan dari sebelah tepi.

Pada minit ke-43, Chile menambah luka Sepanyol dengan jaringan kedua mereka akibat kegagalan Iker Casillas menumbuk bola ke kawasan selamat. Akibatnya bola singgah tepat di kaki Charles Aranguiz yang begitu tenang menyempurnakan peluang tersebut.

Sepanyol menyambung perlawanan dengan hantaran lebih pantas tetapi masih belum dapat mencipta gerakan hebat.

Melewati sejam perlawanan barulah kelibat Fernando Torres dipertaruhkan.

Tetapi ia masih gagal mengubah keputusan perlawanan kerana apa yang diperlukan Sepanyol adalah sentuhan kreatif ke dalam gol.

Malah pada m68, Mauricio Isla hampir sahaja menjadikan kedudukan 3-0 namun sepakannya melambung tinggi.

Walaupun Sepanyol berusaha untuk bangkit, tetapi segalanya terus tidak menjadi.

Kini Sepanyol akan beraksi perlawanan berikut bertemu Australia dengan harapan mengelak untuk mengulangi pencapaian buruk Perancis pada 2002 dan Itali 2010.
Kerabu Bersuara.

Piala Dunia 2014: Najib pilih Sepanyol

09/06/2014 1:01pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol akan menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.
Perdana menteri berkata, beliau yakin Sepanyol atau pasukan bergelar ’La Roja’ itu akan berjaya mempertahan kejuaraan yang diraih mereka pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berdasarkan prestasi cemerlang mereka.
"England ialah pasukan pilihan sentimental saya tapi saya tidak rasa mereka akan pergi jauh kali ini.
"Walaupun saya suka cara Brazil bermain...tetapi saya percaya Sepanyol akan menang,” katanya dalam sesi perbincangan selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.
Perbincangan itu dipengerusikan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia’ Datuk Seri Johan Raslan.
Sepanyol akan menentang Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 13 Jun. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz352Fp9pdx 
Hakcipta terpelihara 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena