Tuesday 17 June 2014

Himpunan Bantah Perobohan Kg Chubadak 23 Jun...Hadapan Bangunan DBKL

Selasa, 17 Jun 2014

DBKL Zalim, Kg Chubadak Tetap Akan Di Robohkan


Egois! Mentang2 gaji dibayar kerajaan.. Tiap bulan duit masuk poket.. Nak apa2 dapat xclusive.. Muka tembok mula naik tocang.. Sembang buat banner israel zalim melepasi sempadan otak.. Tapi bertindak tiada batasan... Why not bagitau or sediakan satu penempatan yang selesa untuk perpindahan penduduk kg chubadak.. Apa penduduk kat situ warga asing ke.. Penduduk kat situ bukan malaysian ke..

Kerana mahkamah telah tetapkan.. Pemerintahan berjiwa rakyat ke tu.. Rakyat diutamakan ke tu.. Or pembangunan kapitalis menjadi sandara.. Duit poket atasan wajib diisi untuk dibawa dalam liang lahad nanti.. Nak bayar dirham kat malaikat maut untuk kurangkan timbang tara... Ke macam mana...


BANkami.net


Himpunan bantah perobohan Kg Chubadak 23 Jun

MUHAMMAD FAIZAL



KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.

Penganjur himpunan, NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) di bawah Pemuda PAS Malaysia berkata, himpunan tersebut bagi menuntut keadilan terhadap tindakan zalim DBKL itu.

Himpunan tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.


Pengerusi Lajnah Tanah, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mengambil kira kes yang masih lagi dalam peringkat mahkamah.

"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam perbincangan mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadhan yang hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penunduk yang lain.

"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.

"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.

"Kita ingin tegaskan kes Kampung Chubadak Tambahan masih lagi dalam prosiding mahkamah.

"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah, ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.

Menurut beliau, pada himpunan tersebut itu nanti satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk akan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKL.

Pihanya juga berharap DBKL tidak akan melakukan apa-apa kerja meroboh sehingga Hari Raya Aidilfitri dan menghormati prosiding di mahkamah sekarang.

Dalam pada itu, Mazlan turut menegaskan beliau sedia membawa isu ini ke peringkat antaranbangsa.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena