Monday, 16 June 2014

Mana Lorong Motosikal?: Suami Sebak Kutip Organ Dalaman Isteri Yang Maut Digilis Lori Pasir...

Selasa, 17 Jun 2014

Lorong motosikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lorong motosikal merujuk kepada lorong khas motosikal di jalan raya atau lebuh raya. Ia dibina bertujuan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di kalangan penunggang motosikal di MalaysiaLebuhraya Persekutuan adalah laluan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan lorong motosikal.

Suami Sebak Kutip Organ Dalaman Isteri Yang Maut Digilis Lori Pasir

KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.

Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.

“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.

Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.  

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis ~kosmo

Lihat gambar ditempat kejadian di SINI.
Addin:
Diucapkan takziah pada ahli keluarga, moga tabah menghadapi ujian Allah SWT.. Al-fatihah..

Ciri-ciri lorong motosikal[sunting | sunting sumber]


Di Indonesia, lorong pengumpul di tepi lebuh raya turut berfungsi sebagai lorong motosikal seperti contoh diJakarta Pusat.
Di Malaysia, lorong motosikal di lebuh raya adalah diasingkan sepenuhnya daripada aliran utama kenderaan. Secara kasarnya, lebar bagi lorong motosikal adalah lebih kurang separuh daripada lebar lorong di lebuh raya (lebih kurang 2 ~ 3 meter). Lebuh raya yang dilengkapi dengan lorong motosikal adalah Lebuhraya PersekutuanLebuhraya Shah AlamLebuhraya Butterworth-KulimLebuhraya Koridor Guthrie dan beberapa laluan utama di Putrajaya.
Sepanjang lorong motosikal biasanya ditempatkan tempat berteduh daripada hujan, biasanya terletak di bawah jejambat, tetapi terdapat juga pondok khas untuk berteduh.
Sesetengah laluan persekutuan juga turut dilengkapi dengan lorong motosikal. Tidak seperti lorong motosikal di lebuh raya, lorong motosikal di jalan-jalan persekutuan hanya dipisahkan daripada laluan utama oleh jalur belang hitam-putih sahaja, membolehkan penunggang memotong motosikal yang lebih perlahan serta keluar dari lorong motosikal untuk membelok ke kanan.
Di Indonesia pula, secara umumnya motosikal tidak dibenarkan melalui lebuh raya (dipanggil sebagai jalan tol di Indonesia). Walau bagaimanapun, sesetengah lebuh raya di kawasan bandar raya seperti di Jakarta menyediakan lorong pengumpul yang turut berfungsi sebagai lorong motosikal.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Sementara reka bentuk lorong motosikal di laluan persekutuan boleh dianggap sebagai boleh diterima, reka bentuk lorong motosikal di lebuh raya pula dikritik disebabkan isu-isu berikut:-
  1. Lorong yang terlalu sempit, tidak sesuai untuk motosikal besar dan hanya selamat digunakan pada kelajuan sehingga 70 km/j menggunakan motosikal kapcai. Lorong yang sempit juga menyukarkan penunggang motosikal untuk memotong motosikal yang lebih perlahan.
  2. Susur keluar masuk yang terlalu sempit dan memerlukan penunggang untuk melihat sekeliling sebelum keluar atau masuk ke lorong motosikal dengan selamat, mendedahkan penunggang dengan risiko dilanggar dari arah belakang.
  3. Selekoh berbahaya terutamanya di persimpangan bertingkat, boleh mengakibatkan kemalangan pada kelajuan melebihi 35 km/j.
  4. Kebanyakan lorong motosikal juga tidak diselenggara dan kalau ada pun ia tidak dilakukan dengan sempurna. Keadaan lorong yang teruk seperti lubang, pasir serta tidak diterangi cahaya lampu turut membahayakan penunggang.
  5. Keadaan lorong motosikal yang gelap dan sunyi memudahkan perompak untuk merompak mangsa yang terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Lebih teruk lagi, penunggang tiada jalan keluar untuk melarikan diri memandangkan lorong motosikal terpisah sepenuhnya daripada aliran trafik utama lebuh raya.
  6. Terdapat sindiket menabur paku di lorong motosikal yang telah menipu banyak penunggang motosikal. Tidak lama selepas tayar motosikal mangsa pancit, secara tiba-tiba muncul beberapa orang "baik hati" yang kononnya menawarkan bantuan menukar tiub tayar, tetapi dengan harga yang terlalu mahal dan tidak masuk akal (kadang-kadang sehingga lebih RM70).

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena