Tuesday 30 September 2014

Backdoor.Padpin Godam Mesin ATM Bank...Warga asing Latin Amerika terlibat

Selasa, 30 September 2014

Backdoor.Padpin Godam Mesin ATM Bank

GAMBAR WAJAH INDIVIDU ASING GODAM ATM TERSEBAR!

Wajah Individu Godam Atm Dikenal Pasti




Kuala Lumpur – Wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian dikenal pasti.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:
1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700
2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000
3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000
4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000
5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui
7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000
9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850
10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini.

Sumber www.suara.tv
KUALA LUMPUR : Sejenis virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram.

Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.

Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan.

Menurut syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

"Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula

"Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang," menurut kenyataan Symantec Corporation.

Polis semalam mengenal pasti sindiket menggodam ATM yang dikesan sejak Jumaat lalu menggunakan virus sama iaitu ulssm.exe untuk mengeluarkan wang.

Difahamkan, kumpulan berkenaan juga mensasarkan ATM model lama jenis NCR yang mudah digodam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene, berkata virus itu akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

Beliau berkata, suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Sehingga malam tadi, anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah RM2.5 juta.

Polis juga sudah mengenalpasti beberapa suspek menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin.
BLM.
Read More

KES PECAH AMANAH RM300 JUTA?... Ketua UMNO Bahagian Pensiangan disiasat SPRM

Selasa, 30 September 2014

INILAH PEMIMPIN UMNO BERTARAF KETUA UMNO BAHAGIAN NEGERI SABAH YANG DI SIASAT OLEH SPRM KES PECAH AMANAH RM300 JUTA.



Gambar: Korupsi UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung kes berkaitan pecah amanah.

Bagaimanapun, Abdul Ghani, yang kini berada di Kota Kinabalu, enggan mengulas lanjut mengenai butiran panggilan berkenaan.

"Saya menerima panggilan daripada SPRM pada Rabu lepas semasa di Kuala Lumpur bersama anak saya. Saya juga menerima satu lagi panggilan pada petang hari yang sama yang meminta saya bertemu dengan mereka.

"Pada Jumaat, saya secara sukarela berjumpa SPRM di Kota Kinabalu," katanya ketika dipetik Bernama di sini hari ini.

Pada Selasa, sebuah akhbar di Sabah, Daily Express melaporkan seorang Ketua Bahagian UMNO di negeri itu ditahan SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis kerana terlibat dengan dakwaan pecah amanah melibatkan wang sehingga RM300 juta.

Bagaimanapun, Abdul Ghani menafikan ditahan, sebaliknya berkata beliau memberi kerjasama dan secara sukarela memberi kenyataan kepada pegawai SPRM berkenaan.
Posted by 
Read More

Sukan Asia ke-17: Pingat emas pertama negara ditarik balik...

Selasa, 30 September 2014

PINGAT EMAS PERTAMA DISUKAN ASIA 2014 DITARIK BALIK


Pingat emas pertama negara pada kejohanan Sukan Asia ke-17 yang dimenangi atlet wushu, Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas didapati gagal dalam ujian dadah.

Keputusan itu dibuat Majlis Olimpik Asia (OCA) selaku penganjur Sukan Asia 2014 di Korea Selatan pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheau Xuen, 24 yang bersaing dalam acara nanquan dan nandao itu didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine.
Cheau Xuen disahkan positif dalam ujian terhadap sampel yang diambil selepas dia menangi emas pada 20 September lalu.

"Atlet ini sudah hilang kelayakan daripada sukan ini dan juga di Sukan Asia dan akreditasinya juga dibatalkan dan pingatnya ditarik balik," kata kenyataan itu.

Pengumuman rasmi itu dikatakan terpaksa ditangguhkan oleh OCA kerana Cheau Xuen dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta supaya sampel B untuk diperiksa.

Selain Cheau Xuen, dua atlet lain turut disahkan gagal dalam ujian sama iaitu pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi. Kedua-duanya disahkan positif selepas tidak mahu sampel B diuji.

Keseluruhannya, sebanyak 1,900 ujian doping dijalankan ke atas atlet yang bertanding di Incheon, kata Pengerusi Jawatankuasa Perubatan OCA, Tan Sri M Jegathesan.

Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara, terdapat tiga jenis kegagalan dalam ujian doping.

Ada kes yang membabitkan penipuan serius selepas menggunakan 'pil magis' untuk mencatat kemenangan, kedua atlet dipaksa jurulatih untuk menggunakan bahan perangsang dan ketiga, ada atlet mengambil ubat serta rawatan untuk menguruskan badan.

Jegathesan berkata, dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.
Mstar.
Read More

[Video] Wanita Filipina baru habis pantang dirogol Polis, JPAM, RELA...Aduh sakit bah!

Selasa, 30 September 2014



Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki mer0g0l seorang wanita warga asing.

Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu -Lapor mynewshub.cc

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah kelak.
Namun jika benar berlaku kes r0g0l ini, ia cuma satu titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya.

Baca seterusnya DI SINI / 
Sumber mynewshub.cc
BLM
Read More

Monday 29 September 2014

Tun Salleh: Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya...kerana UMNO belum matang?

Selasa, 30 September 2014
Gambar: UMNO belum matang???...

Patut la facebookers UMNO meroyan macam tidak cukup sifat jer....
UMNO belum matang???...

Patut la facebookers UMNO meroyan macam tidak cukup sifat jer....

Gambar: Ini adalah salah satu contoh rosaknya pemikiran seorang manusia bila terhasut dengan dengan hasutan melayu umno adalah manusia terbaik jadi pemimpin....malah menganggap boleh mengatasi kebijaksana para Rasul dan Nabi...

ini bukan setakat boleh rosak pemikiran malah boleh sampai rosak
Ini adalah salah satu contoh rosaknya pemikiran seorang manusia bila terhasut dengan dengan hasutan melayu umno adalah manusia terbaik jadi pemimpin....malah menganggap boleh mengatasi kebijaksana para Rasul dan Nabi...

ini bukan setakat boleh rosak pemikiran malah boleh sampai rosak

Gambar: Tangan Inilah Yang Drafkan Akta Petroleum – Tun Salleh

“Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya untuk memberitahu hakikat sebenarnya,” kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Terengganu.

Itulah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta Pembangunan Petrolia 1974 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil keluaran minyak di negeri ini.

“Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut,” katanya.

Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam 16 September, 2000, bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya oleh Naib Presiden yang kini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam ceramah yang sama sebagai air mata rakyat Terengganu.

Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.

Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.

“Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari hasil tersebut,” katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.

Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Malaysia.

IMG_20140925_160852“Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.

Untuk mengemaskan lagi cara pembayaran wang itu, satu lagi perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dibuat pada tahun 1987 dan dengan jelas di situ dimasukkan perkataan “royalti” bukannya “ehsan” lima peratus, jelas Tun Salleh lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau sama sekali menol! ak wang lima peratus dari Petronas untuk kerajaan negeri Terengganu itu adalah kerana ehsan Tun Abdul Razak kepada kerajaan negeri Terengganu yang miskin.

“Ia jelas sekali satu pembohongan fakta kerana saya masih hidup dan tahu benar apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak ketika itu,” katanya dipetik Harakah.

Berhubung dengan kenyataan, minyak digali di luar kawasan negeri Terengganu iaitu di luar tiga batu nautika dari pantai Terengganu, Tun berkata, tiga batu nautika ini maksudnya dari pantai terdekat milik Terengganu termasuk pantai pulau-pulau yang menjadi milik negeri Terengganu.

Jika diluar kawasan tersebutpun, kawasan itu dikira masih hak bersama dengan andaian siapakah milik kawasan tersebut jika tidak wujudnya Terengganu sekarang dalam Malaysia.

“Mungkin minyak itu bukan milik Malaysia lagi,” katanya.

Berdasarkan fakta itulah, maka kedua-dua pihak diberikan hak royalti lima peratus iaitu kerajaan negeri Terengganu dan kera! jaan Persekutuan, jelas Tun Salleh.

http://www.buletinonline.net/v7/index.php/tangan-inilah-yang-drafkan-akta-petroleum-tun-salleh/
Tangan Inilah Yang Drafkan Akta Petroleum – Tun Salleh

“Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya untuk memberitahu hakikat sebenarnya,” kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Terengganu.

Itulah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta Pembangunan Petrolia 1974 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil keluaran minyak di negeri ini.

“Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut,” katanya.

Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu pada malam 16 September, 2000, bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya oleh Naib Presiden yang kini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam ceramah yang sama sebagai air mata rakyat Terengganu.

Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.

Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.

“Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari hasil tersebut,” katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.

Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Malaysia.

IMG_20140925_160852“Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak, Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.

Untuk mengemaskan lagi cara pembayaran wang itu, satu lagi perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dibuat pada tahun 1987 dan dengan jelas di situ dimasukkan perkataan “royalti” bukannya “ehsan” lima peratus, jelas Tun Salleh lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau sama sekali menol! ak wang lima peratus dari Petronas untuk kerajaan negeri Terengganu itu adalah kerana ehsan Tun Abdul Razak kepada kerajaan negeri Terengganu yang miskin.

“Ia jelas sekali satu pembohongan fakta kerana saya masih hidup dan tahu benar apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak ketika itu,” katanya dipetik Harakah.

Berhubung dengan kenyataan, minyak digali di luar kawasan negeri Terengganu iaitu di luar tiga batu nautika dari pantai Terengganu, Tun berkata, tiga batu nautika ini maksudnya dari pantai terdekat milik Terengganu termasuk pantai pulau-pulau yang menjadi milik negeri Terengganu.

Jika diluar kawasan tersebutpun, kawasan itu dikira masih hak bersama dengan andaian siapakah milik kawasan tersebut jika tidak wujudnya Terengganu sekarang dalam Malaysia.

“Mungkin minyak itu bukan milik Malaysia lagi,” katanya.

Berdasarkan fakta itulah, maka kedua-dua pihak diberikan hak royalti lima peratus iaitu kerajaan negeri Terengganu dan kera! jaan Persekutuan, jelas Tun Salleh.

http://www.buletinonline.net/v7/index.php/tangan-inilah-yang-drafkan-akta-petroleum-tun-salleh/
 — bersama Bob Lenggong dan 4 yang lain.
Read More

Khalid meletak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?

Selasa, 30 September 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN PELABUHAN KELANG?



Angin bertiup kencang bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini.

Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, TSKI memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tiket PKR. Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor.

Jawatan Dato' MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

TSKI  meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya TSKI masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

TSKI juga dikatakan tidak berminat menyertai mana-mana parti politik sama ada Pas terutamanya UMNO.

Sebagai wakil rakyat bebas, TSKI dilihat akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih lagi dalam pertimbangan TSKI dan masih belum muktamad.
Posted by 
Read More

[Video] Keputusan yang sukar...Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini...

Selasa, 30 September 2014

Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?



PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.


PAS dikatakan bakal mendapat portfolio yang tidak penting.

Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui portfolio yang bakal dipegang.

Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.

Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin meminggirkan Exco daripada PAS.

Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Exco PAS yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today
Posted by 
Read More

BENGANG DENGAN BINI...Merajuk, lalu tidur atas pokok kelapa!

Isnin, 29 September 2014

BENGANG DENGAN BINI BAWA DIRI ATAS POKOK KELAPA


RANAU - Gara-gara merajuk dengan isteri yang membebel kerana dia tidur di ruang tamu rumah, seorang warga emas membawa hati dengan memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter sebelum tertidur di atasnya selama empat jam dalam kejadian di Jalan Sinarut Lama dekat sini semalam.
SALIMIN berbaring di atas pelepah kelapa kerana merajuk dengan tindakan isterinya di Jalan Sinarut Lama, Ranau semalam. 

Sebelum kejadian pukul 8 pagi itu, pesawah yang dikenali sebagai Salimin, 76, dikatakan merajuk dengan isteri yang memarahinya tidur di ruang tamu rumah. Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Ratini, 70, memarahi suaminya kerana ketika itu wanita itu sedang membersihkan rumah dan meminta suaminya berbaring di tempat lain.
Selepas bertengkar beberapa ketika, pesawah itu terus meninggalkan rumah manakala si isteri yang merupakan seorang suri rumah memerhatikan sahaja kelakuan suaminya. Namun, ketika melihat suaminya menuju ke arah sepohon pokok kelapa yang tinggi berdekatan rumah dan dia mula memanjat pokok itu, si isteri cemas. Wanita itu lalu mengejar dan memujuk suaminya supaya tidak meneruskan hajatnya. Salimin yang masih hangat hati tidak menghiraukan pujukan isterinya malah dia terus memanjat sehingga ke pelepah sebelum berbaring di celahnya.Sumber Kosmo POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT
Read More

[Video] Suspek Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Sampai Mati...Jangan bertindak di luar batasan

Isnin, 29 September 2014



Suspek Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Sampai Mati

[Bernama] BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. 

DCM


Read More

Menghina Sultan: Aktivis Ali Abd Jalil Akhirnya Dibebaskan...

Isnin, 29 September 2014
Aktivis Ali Abd Jalil ditahan polis untuk didakwa bagi kesalahan kedua mengikut Akta Hasutan petang ini selepas mengaku tidak bersalah menghina Sultan Johor ...

Aktivis Ali Abd Jalil menghabiskan lebih masa dalam tahanan polis berbanding suspek pembunuhan, yang hanya boleh ditahan selama 14 hari sebelum perlu dilepaskan atau didakwa polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014. 

Tahanan 19-hari kes hasutan ‘lebih lama dari suspek bunuh’, kata peguam

Ali yang bersama gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dituduh memuatnaik kenyataan berbaur hasutan di halaman Facebook "Kapitalis Bangsat" dalam tiga komen berlainan, yang didakwa menghina Sultan Johor dan menyeru supaya ia dijatuhkan. – 26 September, 2014.
 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tahanan-19-hari-kes-hasutan-lebih-lama-dari-suspek-bunuh-kata-peguam#sthash.N7ZqSxQQ.dpuf

Ali Akhirnya Dibebaskan..

Selepas berulang kali dilepaskan dan ditangkap semula, aktivis Ali Abd Jalil akhirnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Peguamnya New Sin Yew memberitahu Malaysiakinibahawa Ali telah dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah Nusajaya pada jam 3.40 petang ini, selepas menerima pengesahan daripada pihak polis pada kira-kira jam 1 tengahari bahawa penahanannya tidak akan dilanjutkan.


"Dia nampak bersemangat. Malah pihak polis membawanya ke hospital sebelum dibebaskan untuk memastikan dia dalam keadaan baik," kata New, sambil menambah bahawa Ali kelihatan dalam keadaan sihat.
BLM.
Read More

Sunday 28 September 2014

Mat Sabu menyelamatkan Iszuree dari dipecat...

Ahad, 28 September 2014
Gambar: LGE yang menyifatkan pemerintahan DAP Pulau Pinang seakan-akan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
LGE yang menyifatkan pemerintahan DAP Pulau Pinang seakan-akan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Mat Sabu muncul menyelamatkan Iszuree dari dipecat...


Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.

Memetik sumber dalam parti, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.

Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mohd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.

Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita 'Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN'.

Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."

Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut lapor Faqar di ( SINI )
Read More

Rasa sedih dan sayu! Insiden hina polis di FB...Dirujuk ‘monkey’ lagi...

Ahad, 28 September 2014

BILA KERETA AWAM ROSAK POLIS DATANG MEMBANTU MENOLAK .. BILA KERETA SENDIRI ROSAK TIADA SIAPA YANG SUDI DATANG MEMBANTU...


Tiada kata yang dapat diungkapan hanya sekadar rasa sedih dan sayu apabila rakyat hanya pandang tanpa menghulurkan bantuan.

Perlu perubahan sikap.
 .. macai-macai UMNO, PERKASA, JATI, PPIM dan ISMA cakap jer besar berdegar tetapi nak hulur bantuan jauh panggang dari api.

Ubah sikap dari pemerhati menjadi ejen pemberi kudrat dan khidmat.
Posted by 
monkeys

Insiden hina polis di FB


MELAKA : Insiden menghina anggota Polis muncul lagi di laman Facebook (FB), kali ini Polis menahan seorang jurujual kereta berusia 32 tahun yang telah memuatnaikkan foto dan komen yang di anggap menghina anggota polis.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom, pihak polis telah menerima aduan dari orang ramai mengenai status di FB dengan ID Kent Tan yang berbunyi, “Those Monkey is looking for extra income…pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank” disertai dua foto dua anggota polis trafik.
“Hasil siasatan kami didapati kereta yang di pandu suspek ketika melalui Taman Melaka Raya tengah hari semalam ditahan dua anggota polis trafik yang di dalam foto tersebut. Setelah kejadian itu, suspek mengambil foto tersebut dan memuatnaik di laman FB beliau tidak berapa jauh dari lokasi beliau di tahan,” kata Raja Shahrom.
Suspek telah ditahan reman  selama tiga hari untuk membantu siasatan.
FMT.
Read More

Pas Kelantan yakin kekal PRU14..."Pengkalan Kubor adalah kawasan BN" - Takiyuddin

Ahad, 28 September 2014

Pas Kelantan yakin kekal PRU14

KOTA BHARU – Mungkinkan PRU14 akan mengubah kerajaan Pas Kelantan yang sebelum ini menjadi kepercayaan utama rakyat Cik Siti Wan Kembang ini? Itulah persoalan yang timbul  selepas PRK Pengkalan Kubor berakhir Khamis lalu menyaksikan kejutan apabila BN  menang  besar dengan pertambahan majoriti  hampir 1,000 undi berbanding PRU13 tahun lalu.
Lantaran itu juga, banyak reaksi penganalisis mahupun pemimpin PR sendiri yang menyatakan kebimbangan Pas bakal kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti jika trend pengundian di Pengkalan Kubor berterusan pada PRK 14 nanti.
Mengulas perkara itu,  Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan  berkata, PRK Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kepercayaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Pas.
Malah, katanya, ia langsung tidak mematahkan semangat kepimpinan yang ada untuk memastikan PRU14 nanti tercipta kejayaan baru bagi Pas di Dun itu.
“Ini hanya PRK sahaja, tambahan pula Pengkalan Kubor adalah kawasan BN, saya lihat masih ada lagi kekurangan di Dun tersebut, dengan kebajikan rakyat dan pembangunan yang masih belum dibangunkan, maka kami akan bekerja keras lagi selepas ini, tiada unsur kelemahan Pas di sini, kami sentiasa optimis untuk berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberi amaran Pas Kelantan akan jatuh ke tangan BN jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap parti itu dan PR turut berlaku di kawasan lain.
Terdahulu sebelum ini,  Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga didakwa membayangkan perkara yang sama selain turut menyatakan sokongan terhadap Pas Kelantan menurun sehingga ke 50 peratus, sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pusat parti itu.
Malah, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kemenangan BN di Pengkalan Kubor akan dijadikan contoh untuk parti itu menawan Kelantan dalam PRK14 nanti.
Dalam pada itu. Takiyuddin yang juga Penasihat  Jentera Operasi  Pas PRK Pengkalan Kubor berkata, walaupun Pas kalah, pihaknya akan merancang dan memastikan pemerintahan Pas Kelantan dikekalkan.
“Kita tidak ada masalah dengan pandangan-pandangan mana-mana pihak, kita mempunyai persiapan sendiri, perancangan yang kukuh dan usaha yang telah diaturkan, bagi saya, kenyataan (Lim Kit Siang)  hanya pandangan peribadi.
“Apa yang penting, saya tegaskan sekali lagi, Pas tidak sesekali lemah dengan kekalahan tersebut, kita sedikit pun tidak tergugat dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan, walaupun saya mengakui pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRU14 nanti, tapi kami tidak akan mengalah, kami sentiasa bersiap sedia dan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena