Thursday 25 September 2014

Dr M nasihat Azmin supaya MEMBELAKANGKAN PARTI. Takpe ker?

Khamis, 25 September 2014
Gambar: KUALA LUMPUR -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Selangor yang baharu boleh mentadbir Selangor dengan baik jika beliau menguruskannya denganpendekatan sendiri.

"Cuba lakukannya sendiri," kata beliau apabila ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mohamed Azmin Ali yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa.

Bercakap kepada wartawan di luar Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di sini hari, Dr Mahathir berkata beliau boleh menjadi menteri besar yang baik "jika beliau tidak mendengar arahan dari tempat lain." - Bernama

P/s ; nampak tak siapa dibelakang Azmin?  Ehhh.. Madey nasihat supaya MEMBELAKANGKAN PARTI. Takpe ker?
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Selangor yang baharu boleh mentadbir Selangor dengan baik jika beliau menguruskannya denganpendekatan sendiri.

"Cuba lakukannya sendiri," kata beliau apabila ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mohamed Azmin Ali yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa.

Bercakap kepada wartawan di luar Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di sini hari, Dr Mahathir berkata beliau boleh menjadi menteri besar yang baik "jika beliau tidak mendengar arahan dari tempat lain." - Bernama

P/s ; nampak tak siapa dibelakang Azmin? Ehhh.. Madey nasihat supaya MEMBELAKANGKAN PARTI. Takpe ker?

Azmin masih boneka Anwar, kata Dr Mahathir

Meskipun Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Datuk Seri Dr Wan Azizah, timbalan presiden PKR itu tetap boneka Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Situasi boneka PKR kini sudah berubah. Meskipun ia tidak sedekat dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah namun, kawalan (boneka) tetap berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Asas Kepimpinan CEO 2014, di Kuala Lumpur .

Beliau berkata, Azmin boleh menjadi menteri besar yang bagus sekiranya tidak mengikut arahan mana-mana pihak lain.

"Beliau (Azmin) boleh jadi menteri besar yang baik sekiranya tidak dengar mana-mana pihak lain," katanya.

Diketahui umum hubungan akrab Dr Mahathir bersama Azmin sebelum Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1998.

Azmin sendiri pernah mengakui perkara ini dan menyatakan hubungan dengan bekas perdana menteri itu seperti anak dan bapa dan dianggap sebagai anak angkat kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas kemelut menteri besar Selangor Dr Mahathir menafikan Sultan Sharafuddin Idris Shah melangkaui peranannya dalam memilih pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pada zaman saya tidak berlaku semua ini, ia hanya pada ketika ini," katanya.

Beliau membandingkan situasi Selangor dengan zaman pemerintahannya dalam pelantikan menteri besar.

"Ketika pentadbiran saya, kita cadangan satu nama yang sudah mendapat majoriti semua pemimpin Barisan Nasional.

"Namun tidak di Selangor, ketiga-tiga parti ini berlainan, mereka sendiri pun tidak pasti calon mana mereka inginkan.

"Yang membuat Sultan kelihatan melangkaui peranannya adalah orang lain," katanya.-TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena