Tuesday, 30 September 2014

Sukan Asia ke-17: Pingat emas pertama negara ditarik balik...

Selasa, 30 September 2014

PINGAT EMAS PERTAMA DISUKAN ASIA 2014 DITARIK BALIK


Pingat emas pertama negara pada kejohanan Sukan Asia ke-17 yang dimenangi atlet wushu, Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas didapati gagal dalam ujian dadah.

Keputusan itu dibuat Majlis Olimpik Asia (OCA) selaku penganjur Sukan Asia 2014 di Korea Selatan pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheau Xuen, 24 yang bersaing dalam acara nanquan dan nandao itu didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine.
Cheau Xuen disahkan positif dalam ujian terhadap sampel yang diambil selepas dia menangi emas pada 20 September lalu.

"Atlet ini sudah hilang kelayakan daripada sukan ini dan juga di Sukan Asia dan akreditasinya juga dibatalkan dan pingatnya ditarik balik," kata kenyataan itu.

Pengumuman rasmi itu dikatakan terpaksa ditangguhkan oleh OCA kerana Cheau Xuen dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta supaya sampel B untuk diperiksa.

Selain Cheau Xuen, dua atlet lain turut disahkan gagal dalam ujian sama iaitu pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi. Kedua-duanya disahkan positif selepas tidak mahu sampel B diuji.

Keseluruhannya, sebanyak 1,900 ujian doping dijalankan ke atas atlet yang bertanding di Incheon, kata Pengerusi Jawatankuasa Perubatan OCA, Tan Sri M Jegathesan.

Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara, terdapat tiga jenis kegagalan dalam ujian doping.

Ada kes yang membabitkan penipuan serius selepas menggunakan 'pil magis' untuk mencatat kemenangan, kedua atlet dipaksa jurulatih untuk menggunakan bahan perangsang dan ketiga, ada atlet mengambil ubat serta rawatan untuk menguruskan badan.

Jegathesan berkata, dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.
Mstar.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena