Tuesday, 16 September 2014

Pemuda Pas Kelantan...Pertahankan Kerajaan PAKATAN RAKYAT

Rabu, 17 September 2014


KOTA TINGGI, 17 Sept - Kejayaan pemerintahan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun merupakan sesuatu yang membanggakan PAS, kata perwakilan daripada Negeri Kelantan, Ustaz Noor Azariza bin Mohd Alawi.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pemerintahan PAS mampu berdiri sendiri disebabkan pendekatan yang baik dan kehebatan kepimpinan di peringkat negeri.
"KIta seharusnya bersama mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan. Kebolehan kerajaan negeri berdiri selama lebih 20 tahun adalah disebabkan kehebatan saf kepimpinan kerajaan negeri dan pendekatan kerajaan yang baik kepada rakyat"
Selain itu beliau turut menasihati supaya tiada perbandingan dibuat antara kepimpinan Datuk Ahmad Yaakub dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Adalah tidak adil perbandingan dibuat antara kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Datuk Ahmad Yaakub kerana kepimpinan Tuan Guru sudah menjangkau lebih 20 tahun manakala kepimpinan Datuk Mat Yaakub baru beberapa tahun."
Ustaz Azariza turut menyentuh soal kesatuan di dalam PAS. Beliau menyeru ahli muktamar agar menghindari perbuatan yang boleh menyebabkan kacau bilau di dalam parti bagi mengelakkan kekeruhan dalam kepimpinan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Ditulis oleh Te@M I.T
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena