Thursday 18 September 2014

Bakal MB sudah menghadap Sultan Selangor untuk diinterview semalam!...Macai mula resah?

Jumaat, 19 September 2014

Bakal MB sudah dipanggil menghadap Sultan


BERITA TENGAH MALAM                                                                           


Bakal MB Selangor baru yang dijadulkan akan mengangkat sumpah memegang jawatan pada 23 September 2014 (Selesa) khabarnya sudah menghadap Sultan Selangor untuk diinterview semalam. Berdasarkan maklumat ini Adun berkenaan berada dalam senarai teratas daripada dua nama lain.

Hal ini disahkan sendiri kepada saya oleh orang rapat Adun berkenaan. Bagaimana pun tidak elok kalau disebut namanya dan biarlah ianya diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor.

Sekali lagi ditegaskan tidak kira siapa yang akan dilantik menjadi MB menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, semua pihak kena menerimanya demi kesejahtraan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. [wm.kl.12:22 am 19/09/14]

Pemerhati Politik Jangkakan Menteri Besar Selangor Pilihan Sultan Adalah...

Pemerhati Politik Jangkakan Menteri Besar Selangor Pilihan Sultan Adalah..

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.


Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

Ada yang tetap memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pilihan dan ada pula yang merasakan Azmin Ali akan dilantik. Tidak kurang juga yang meramalkan Sultan akan melantik Adun Pas sebagai Menteri Besar kali ini setelah tiada kesepakatan yang jitu mengenainya di kalangan ketiga-tiga parti dalam PR.

Adakah pilihan Sultan Selangor nanti ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah mendapat sokongan majoriti 30 Adun? Atau mungkinkah Azmin Ali atau lain-lain Adun daripada PKR?

Mungkinkah juga Sultan Selangor akan melantik mana-mana Adun Pas, terutamanya Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang dicalonkan oleh Haji Hadi Awang sebelum ini?

Menteri Besar Selangor
Dalam masa yang sama, oleh kerana seiring dengan pengumuman tarikh majlis angkat sumpah ini terdapat pula teguran daripada Istana Selangor terhadap Anwar Ibrahim mengenai pencalonan hanya satu nama yang dianggap tidak tepat dan mengelirukan, ramai pula beranggapan ianya sebagai signal bahawa Dr Wan Azizah bukanlah pilihan untuk mengangkat sumpah Selasa ini.

Teguran terhadap Anwar itu adalah tanda Sultan Selangor tidak memberi perkenan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah, demikian tafsiran ramai pemerhati politik sama ada yang gemar melayan sembang di coffee house hotel, di kedai-kedai mamak mahupun sekadar di alam maya Facebook dan Twitter.

Jika benar Dr Wan Azizah bukan pilihan Sultan, nama yang paling hampir tentulah Azmin Ali. Ini kerana Dr Wan Azizah Presiden PKR, Azmin pula timbalannya. Walaupun beliau sebelum ini menolak pencalonan untuk jawatan itu, tetapi jika Sultan memilihnya, tentulah mustahil Azmin akan menolak. Apa yang ditolaknya selama ini hanyalah pencalonan parti, bukannya pemilihan oleh Istana Selangor.

Bersama Azmin, nama lain yang turut disebut sebagai pengganti Khalid ialah Dr Idris Ahmad, Nik Nazmi dan Yaakob Sapari.

Selain wakil daripada PKR, nama Adun daripada Pas juga turut disebut-sebut akan dilantik tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi jawatan ini kekal diserahkan kepada PKR. Istana juga tentunya sedia maklum bahawa semua parti dalam PR telah pun menyatakan secara jelas bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR.

Melantik Adun Pas yang hanya mempunyai sokongan 13 Adun lebih memungkinkan berlakunya kemelut yang berpanjangan, bahkan tidak mustahil berlarutan sehingga berlakunya undi tidak percaya dalam DUN nanti. PKR dan DAP yang telah jelas mempunyai blok 30 Adun mustahil akan berdiam diri.

Menteri Besar Selangor
Lagi pula, jika Adun PKR juga yang dilantik sebagai Menteri Besar, kemelut yang sudah lama berlarutan ini lebih mudah didamaikan. Dr Wan Azizah yang tidak dipilih lebih mudah untuk dipujuk dan disejukkan hatinya jika yang dipilih itu daripada PKR juga, tak kiralah sama ada Azmin, Dr Idris atau sesiapa saja.

Namun demikian, tidak mustahil juga sebenarnya Sultan Selangor akan bertindak memilih Dr Wan Azizah yang sudah mempunyai sokongan majoriti itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Jika ini dilakukan, ia pastilah lebih bertepatan dengan kehendak undang-undang dan perlembagaan yang mengatakan sokongan majoriti sebagai asasnya.

Mungkin juga teguran Istana Selangor terhadap Anwar itu sekadar peringatan semata-mata dan tidak menjejaskan kedudukan Dr Wan Azizah yang sudah ada sokongan majoriti. Lagi pun, Anwar juga sudah meminta maaf sekali lagi kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya itu. Jika itu yang berlaku, suatu sejarah baru akan tercipta iaitu buat pertama kalinya seorang wanita dilantik sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Apa pun, bersabarlah menunggu detik yang ditunggu ini dan Adun-Adun yang disebut-sebut namanya ini janganlah ssmpai ada yang tak lena tidur dan hilang selera makan menanti ketibaan Selasa ini. ~shahbudin

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena