Thursday, 25 September 2014

Exco S'gor - PAS kekal 4, DAP dan PKR 3 kerusi...Komposisi kekal, Okeylah!

Khamis, 25 September 2014

Senarai Exco Baru Selangor Akhirnya Didedahkan Dihadapan Sultan


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata exco Selangor akan kekal pada PAS empat kerusi, dan DAP dan PKR 3 kerusi. Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3."Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam hari ini.

Timbalan presiden PKR itu bagaimanapun enggan mendedahkan 10 exco terbabit, sebaliknya akan mengumumkan esok semasa majlis angkat sumpah."10 orang, komposisi kekal, esok saya akan umumkan."Saya bersyukur kerana Tuanku perkenan senarai yang saya persembahkan kepada Tuanku," katanya.

Azmin dilihat tiba di pintu masuk utama kira-kira pukul 2.40 petang dan meninggalkan perkarangan istana pukul 4.10 petang tadi.Pelantikan barisan exco baru menimbulkan pertikaian apabila Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam mencadangkan kepada Azmin supaya mengurangkan kerusi PAS.

Katanya PAS hanya layak diberikan "kerusi saguhati" kerana tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon menteri besar yang menjadi pilihan PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menambah lagi kemelut apabila menyifatkan empat exco PAS yang enggan meletak jawatan dan terus mentadbir negeri bersama bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Namun bekas exco Agama Sallehen Mukhyi membidas Lim yang tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menyifatkan kenyataan ketua menteri itu ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

Selepas mempertahankan kemenangan PR di Selangor bagi penggal kedua, 10 exco yang dilantik adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi.

Namun enam exco PKR dan DAP dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu selepas didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengehadkan kuasa pemutus menteri besar dalam mesyuarat. ~malaysian insider

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena