Saturday 27 September 2014

Kempen anti-GST di ekspo GST kerajaan 1 hingga 3 Okt Pusat Konvensyen KL...

Ahad, 28 September 2014

Kempen anti-GST di ekspo kerajaan

NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) merancang untumengadakan kempen anti-GST di ekspo penerangan cukaibarangan dan perkhidmatan (GST) anjuran kerajaan.

Dalam kenyataan mereka semalam, JERIT merancang untuk mengedarkan risalah anti-GST kepada pengunjung ekspo tersebut.

Ekspo itu akan bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Untuk menguatkan lagi penolakan terhadap GST, gabungan ini merancang kempen risalah pada 1 dan 2 Oktober ini di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur," kata JERIT dalam kenyataan.

JERIT merancang untuk melaksanakan kempen itu berdekatan pintu utama ekspo mulai jam 12 sehingga jam 2 petang.

GST yang dikenakan ke atas pembelian barangan dan perkhidmatan akan dilaksana bermula pada April 2015.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena