Thursday, 25 September 2014

[Video Sumpah Perajurit] 'PENCEN TAK CUKUP'?, 300 Pesara Tentera terpaksa teroka Hutan Simpan Kekal Changkat Niru

Khamis, 25 September 2014



Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin 

KERANA PENCEN TAK CUKUP,300 PESARA TENTERA TERPAKSA TEROKA HUTAN SIMPAN!!!

300 pesara tentera tuntut janji

sumber


Ahli Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad berharap kebenaran meneroka tanah itu diberikan.

TAIPING – Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad memohon kerajaan negeri membenarkan 300 ahlinya mengusahakan tanah Hutan Simpan Kekal Changkat Niru, di sini, seluas 600 hektar.

Difahamkan, permohonan itu dibuat bagi membolehkan ahlinya yang terdiri daripada pesara tentera menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menambah pendapatan.

Pengerusi Koperasi Wira Wawasan Taiping Berhad, A Rahman Hashim berkata, majoriti ahlinya melakukan kerja kampung untuk menyara keluarga dan pendapatan diperoleh tidak menentu serta tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kami mengaku meneroka kawasan hutan simpan ini secara tidak sah, namun kini permohonan telah dibuat bagi mendapatkan kebenaran menggunakan tanah berkenaan sebagai kawasan pertanian dan penternakan.

“Permohonan sebelum ini telah ditolak atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini 24 hektar tanah diteroka membabitkan semua ahli koperasi,” katanya.

Menurutnya, mereka bukan sengaja hendak menceroboh sebaliknya sekadar menuntut janji di samping memerlukan kawasan untuk aktiviti pertanian berkelompok bagi menambah pendapatan.

“Sebelum ini, bekas menteri besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas tentera ditawarkan bertani di ladang Pahlawan.

“Namun, sehingga kini kami tiada sebarang tempat untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan,” katanya.

Beliau berkata, semua pesara tentera ini sememangnya amat berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian membabitkan tanaman kontan seperti pisang, selain kelapa sawit untuk tempoh jangka panjang.

“Dengan pencen RM700 hingga RM800 agak sukar untuk kami menampung kos sara hidup.

“Kawasan ini amat bersesuaian untuk dimajukan dengan aktiviti pertanian sekali gus dapat membantu meringankan beban kami,” katanya.

A Rahman berkata, semua ahli telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhutanan Negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Kali ini, kami disarankan untuk membuat permohonan semula mengikut prosedur sebenar bagi membolehkan perkara berkenaan dipertimbangkan.

“Selain itu, kami turut merayu kepada kerajaan negeri supaya dapat membenarkan tanah di kawasan hutan simpan kekal ini terus diusahakan,” katanya.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tanah terbabit telah diwartakan Hutan Simpan Kekal dan juga kawasan tadahan air kerana berhampiran Kolam Air Bukit Merah.

Bagaimanapun, menurutnya, dalam situasi ini, jika ada permohonan, ia boleh diproses melalui peraturan sedia ada.

Katanya, laporan jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah serta lain-lain juga diperlukan untuk membantu Majlis Mesyuarat Kerajaan membuat keputusan sama ada memberi kebenaran meneroka atau tidak.

"Jabatan teknikal juga perlu memastikan sistem ekologi di kawasan berkenaan tidak terganggu dengan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

“Selain itu, alam sekitar juga perlu dipelihara tambahan pula kawasan terbabit sensitif memandangkan ia kawasan tadahan air,” katanya.
Kedahkini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena