Thursday, 18 September 2014

MB Baru Selangor Angkat Sumpah Selasa Ini...

Khamis, 18 September 2014

MB baru angkat sumpah Selasa depan - Istana Selangor

Pautan kekal imej terbenam
Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan dilangsungkan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa bakal mengganti tempat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab Selasa depan.

Ia berikutan salinan kad jemputan ke istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor pada pukul 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Salinan kad itu turut meminta jemputan memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam kepada lelaki sementara jemputan wanita perlu memakai pakaian tertib dan sopan.

Salinan kad jemputan Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa depan - Gambar Astro AWANI

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani mengesahkan istiadat itu akan diadakan Selasa selain nama menteri besar baharu turut diumum pada hari yang sama.

Sebelum ini, Istana Selangor menafikan kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan amalan negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.



0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena