Wednesday 17 September 2014

Ucapan Dasar Presiden - TERUS BERISTIQAMAH

Khamis, 18 September 2014



Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  serta para pemerhati yang sudi bersama kami dalam muktamar kali ini di Ayer Itam, Batu Pahat, Johor.
Muktamar pada kali ini juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan  ucapan takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat hilang MH370 dan MH17 yang dibedil oleh pihak yang sangat tidak bertanggungjawab. Seluruh ahli dan kepimpinan PAS melahirkan kesedihan dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan ujian ini. Kita juga mendesak pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi negara yang sangat mengejutkan itu.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,
Muktamar yang ke - 60 pada kali ini bertandang ke negeri Johor. Di sini lah pada awal 1920 bermulanya pengaruh Sarekat Islam apabila Haji Ibrahim Sidin dari Singapura menggerakkan penubuhan cawangan Sarekat Islam di Johor dalam keadaan masyarakat Islam menunggu lahirnya sebuah gerakan Islam dalam negara kita ini.
Bagi mengingatkan semua di kalangan pendukung parti ini, maka kita bermuktamar pada hari ini dengan tema Terus Beristiqamah. Kita ingin menyahut seruan Allah SWT :
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . (الأنعام :153).
 Dan sesungguhnya inilah jalan ku yang betul (istiqamah), maka jangan sekali-kali kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan pecah terpelanting keluar daripada jalannya (yang sebenar), begitulah Allah memberi peringatannya kepada kamu, supaya kamu bertaqwa (kepadanya).
Istiqamah dalam perjuangan kita ini, menuntut kita memahami erti sebenar manusia diciptakan, menerima amanah dari Allah SWT, dan seterusnya bersama kumpulan Islam menerusi PAS bagi memikul amanah khilafah ini. Ianya menuntut kita beristiqamah kepada panduan Allah dan Rasul dalam setiap gerak tindakan kita.
 Ditulis oleh Super User

PRK N.01: Bersamo Pakate Pakoh Bule

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena