Thursday, 18 September 2014

MCA Tuduh Pas Ekstrim...'hanya kerana sedekah al-Fatihah' Macai semakin bingau?

Khamis, 18 September 2014

MCA Tuduh Pas Ekstrim Sebab Tafakur Untuk Ustaz Lotfi



MCA mengecam tindakan PAS menghargai seorang bekas anggotanya yang maut dalam pertempuran menetang kerajaan Syria ketika menyertai gerakan militan.

"Ia mempamerkan ekstremisme PAS," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin dalam kenyataan.

Persidangan Dewan Ulama semalam bertafakur seketika dan menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada bekas anggotanya, Mohd Lotfi Ariffin.

Dalam persidangan tersebut, seorang perwakilan Perak, Norazli Musa menggesa agar doa dipanjatkan kepada Lotfi yang didakwa mati syahid, lapor The Star.

Mengulas tindakan itu, Ng berkata tindakan PAS itu berlebih-lebihan kerana parti itu juga telahpun dikritik kerana memuji dan menyokong tindakan Lotfi sebelum ini.

Beliau merujuk kepada tindakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang dilaporkan menghormatikeputusan Lotfi untuk terus terlibat dalam perang di Syria.

Seorang lagi anggota jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz semalam juga dilapor berkongsi "sepotong nasihat" dari Lotfi dalam ucapannya.

"Adakah PAS membenarkan keganasan atas nama Islam?"

"Sudahkah PAS lupa bahawa mereka memecat Lotfi apabila penglibatannya dengan ISIS dilaporkan?" tanya Ng lagi.

Menurut Ng lagi, PAS secara terbuka menghargai Lotfi walaupun parti itu sendiri mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan.

Keanggotaan Lotfi dalam PAS sebelum ini dilaporkan ditamatkan pada 11 Mei menerusi mesyuarat AJK PAS Pusat, lapor Harakah.

Beliau kemudian dilapor mati pada 14 September lalu selepas cedera parah dalam serangan jet pejuang tentera Basyar al-Assad.
BLM.


PRK N.01: Bersamo Pakate Pakoh Bule

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena