Saturday, 20 September 2014

[Vdeo] Ulama Jangan Label Ahli Pro-PR Pengkhianat...

Sabtu, 20 September 2014
yuhaizad abdullah


Antara Ucapan Terbaik Di Muktamar


Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN. 

"PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS.

"Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya. 

Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'. 

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat. Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai. 

"Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan. 

"Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat," katanya. ~mk


Addin:

Addin setuju dengan ucapan dari Sdr. Yuhaizad yang mewakili Melaka. Isu label melabel terlalu parah dalam PAS. Moga selepas muktamar semua golongan didalam PAS dapat merapatkan saf.
Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena